Piama
Piama (Jawi: ڤيام ) atau piantan (Jawi: ڤيانتن)[1][2] ialah suatu cara pertakwiman digunakan masyarakat Melayu Kedah utara Semenanjung Melayu untuk menentukan kegiatan bercucuk tanam sawah padi atau menangkap ikan. Aturan ini mula dikembangkan berdasarkan pemerhatian masyarakat setempat ini terhadap peredaran dan perubahan cuaca sekitar seperti curahan hujan dan tiupan angin serta keadaan tanah sama ada sesuai untuk menanam padi.[3]
Takwim ini terdiri dari 12 bulan dimulakan pada musim kemarau yang melanda kawasan Kedah sekitar November hingga April; bulan April menjadi tumpuan bermulanya menanam benih padi seiring musim hujan (atau "musim piama")[2] yang tiba di negeri tersebut. Pengiraan tempoh ini masih diaturkan Takwim Dan Waktu Ibadah Bagi Seluruh Negeri Kedah Darul Aman disediakan Jabatan Mufti negeri tersebut.[4]
Penghitungan
suntingBulan-bulan ini dibahagikan kepada dua musim yakni:[5]
- musim timur yang kering dari November hingga Januari
- musim barat atau musim piama "muda" (Jun-Julai) dan "tua" (Ogos-Oktober)
Pada dahulunya, nama bulan-bulan ini diberikan terus daripada urutan kedudukannya sebelum kemudiannya diselaraskan ilmu falak Arab mengikut zodiak atau rasi langit dengan buruj utama dinampakkan pada ketika ini. Setiap bulan piama ditetapkan dalam tempoh tertentu mempunyai petanda utama yang diamati dari persekitaran agar melakukan pekerjaan bersesuaian masa:[6]
Nama bulan | Rasi dinampakkan | Tempoh dalam takwim Gregorius |
Petanda alam diperhatikan | |
---|---|---|---|---|
Lama | Baru | |||
Sa | Kaus Jawi: قوس |
Pemanah | 23 November–22 Disember | Pokok gelenggang besar berbunga |
Dua | Jadi Jawi: جدي |
Kambing Duyung | 23 Disember–21 Januari | Air banjir menyurut, ikan dan tuntung kembali ke bendang sawah |
Tiga | Delu Jawi: دلو |
Timba | 22 Januari–20 Februari | Pokok macang berbunga, angin timur mula bertiup |
Empat | Hut Jawi: حوت |
Ikan | 21 Februari–21 Mac | Bunga durian berkembang, angin timur meniup kencang, pokok janggus berbuah |
Lima | Hamal Jawi: حمل |
Bebiri | 22 Mac–21 April | Tiada bayang terlihat serembang matahari |
Enam | Saur/Thaur Jawi: ثور |
Jantan | 22 April–22 Mei | Kelopak bunga keranji berguguran ("hujan") |
Tujuh | Jauza Jawi: جوزاء |
Kembar | 23 Mei–22 Jun | |
Lapan | Sar(a)tan Jawi: سرطان |
Ketam | 23 Jun–23 Julai | Bintang-bintang boleh dilihat di langit pada waktu subuh |
Sembilan | Asad Jawi: أسد |
Singa | 24 Julai–23 Ogos | |
Sepuluh | Sunbulah Jawi: سنبلة |
Perawan | 24 Ogos–23 September | Tiada bayang terlihat serembang matahari |
Sebelas | Mizan Jawi: ميزان |
Neraca | 24 September–23 Oktober | Kedengaran bunyi burung balai |
Dua Belas | Akrab Jawi: عقرب |
Kala | 24 Oktober–23 November | Kedengaran bunyi burung ruak-ruak |
Rujukan
sunting- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "piama". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 265, 266 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ a b "piama". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
musim yg baik utk memulakan penanaman padi, musim hujan
- ^ Alan Teh Leam Seng (24 Jun 2019). "Invoking the rice spirit". New Straits Times. m/s. 36.
- ^ "Sinopsis Kitab Turath Falak". Buletin al-Falak. Jabatan Mufti Negeri Kedah (1): 16. 2015.
- ^ Muhammad Haji Salleh (2012). "Persepsi dan Pengukuran Waktu di Negeri-Negeri Utara Malaysia". Dalam Abu Talib Ahmad (penyunting). Utara Semenanjung Malaysia: Esei-Esei Warisan. Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 24–48.
- ^ Rahimah A. Hamid (2010). "Piama dan petua tradisi: Ilmu menanam padi masyarakat Melayu di utara semenanjung Malaysia". SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. 28 (2): 211–233. ISSN 0127-2721.