Piala Super UEFA 2014
Piala Super UEFA 2014 (Inggeris: 2014 UEFA Super Cup 2014) merupakan edisi ke-39 Piala Super UEFA, perlawanan bola sepak tahunan yang dianjurkan oleh UEFA dan ditandingi oleh juara bertahan kedua-dua pertandingan kelab Eropah utama iaitu Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA. Perlawanan itu menampilkan dua pasukan Sepanyol, Real Madrid, juara Liga Juara-Juara UEFA 2013–14 dan Sevilla, juara Liga Europa UEFA 2013-14. [2] Perlawanan berlangsung di Stadium Bandaraya Cardiff, Cardiff, Wales, United Kingdom pada 12 Ogos 2014.[3][4] Tarikh itu berpindah dari Jumaat pada akhir bulan Ogos pada tahun-tahun sebelumnya, hingga pertengahan Ogos mulai tahun ini, berikutan penyingkiran tarikh untuk perlawanan antarabangsa FIFA.[3]
| |||||||
Tarikh | 12 Ogos 2014 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tempat | Stadium Bandaraya Cardiff, Cardiff | ||||||
Permain terbaik | Cristiano Ronaldo (Real Madrid) | ||||||
Pengadil | Mark Clattenburg (England) | ||||||
Kehadiran | 30,854 | ||||||
Cuaca | Malam mendunng 20 °C (68 °F) Kelembapan 75%[1] | ||||||
← 2015 → |
Real Madrid menang 2-0 untuk memenangi Piala Super UEFA kali ke-2, dengan kedua-dua gol oleh Cristiano Ronaldo.
Tempat perlawanan
suntingStadium Bandaraya Cardiff telah diumumkan sebagai tempat perlawanan Piala Super pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada 30 Jun 2012.[3] Stadium ini dibuka pada bulan Julai 2009 dan tapak asal Stadium Olahraga Cardiff yang telah dirobohkan pada 2007. Stadium ini juga merupakan stadium Cardiff City. Stadium ini mempunyai kapasiti 33,000 selepas kerja dinaik taraf.[5]
Pasukan
suntingPasukan | Kelayakan | Penyertaan sebelumnya (dihitamkan ditunjukan sebagai pemenang) |
---|---|---|
Real Madrid | Pemenang Liga Juara-Juara UEFA 2013–14 | 1998, 2000, 2002 |
Sevilla | Pemenang Liga Europa UEFA 2013–14 | 2006, 2007 |
Jualan tiket
suntingFasa jualan tiket antarabangsa dibuka kepada orang awam dari 5 sehingga 27 Jun 2014. Tiket boleh didapati dalam tiga kategori harga £110, £75 dan £40.[6]
Perlawanan
suntingPengadil
suntingEngland Mark Clattenburg telah dilantik oleh UEFA sebagai pengadil perlawanan, diiringi oleh pengadil-pengadil dari Englang: Pembantu Pengadil Simon Beck dan Stuart Burt, pengadil keempat Darren England, dan pembantu pengadil tambahan Michael Oliver dan Anthony Taylor. [7]
Perlawanan ini merupakan yang pertama dalam pertandingan kelab UEFA untuk menggunakan semburan spray. [8]
Pemilihan pemain
suntingPemain tengah Real Madrid Xabi Alonso telah digantung perlawanan, kerana pelanggaran tingkah laku dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, yang mana beliau juga digantung.[9]
Pemain baru Real Madrid Toni Kroos dan James Rodríguez dibuat kemunculan sulung mereka untuk Real Madrid; satu lagi pemain baru, Keylor Navas, tidak bermain dalam perlawanan ini. Sevilla memberi kemunculan sulung untuk Denis Suárez, Aleix Vidal dan Grzegorz Krychowiak, dan juga pengganti Iago Aspas. Nicolás Pareja dan Daniel Carriço mewakili Sevilla buat kali pertama sejak pinjaman mereka dibuat kekal.
Butiran
suntingReal Madrid | 2–0 | Sevilla |
---|---|---|
Ronaldo 30', 49' | Laporan |
Real Madrid
|
Sevilla
|
|
|
Pemain terbaik:'
Pembantu pengadil:
|
Peraturan perlawanan[12]
|
Statistik
sunting
|
|
|
Rujukan
sunting- ^ "Tactical line-ups – Final – Tuesday 12 August 2014 Cardiff City Stadium – Cardiff" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations (UEFA). 12 August 2014. Dicapai pada 12 August 2014.
- ^ "Cardiff date for Madrid and Sevilla". UEFA.com. 24 May 2014.
- ^ a b c "UEFA EURO 2020, UEFA Super Cup decisions". UEFA.org. 30 June 2012.
- ^ "Strategic talks in Dubrovnik". UEFA.org. 20 September 2013.
- ^ "Cardiff to embrace UEFA Super Cup". UEFA.com. Union of European Football Associations. 17 February 2014.
- ^ "UEFA Super Cup Cardiff 2014 tickets on sale". UEFA.com. Union of European Football Associations. 5 June 2014.
- ^ "Clattenburg to referee UEFA Super Cup". UEFA.com. Union of European Football Associations. 30 July 2014.
- ^ "Vanishing spray paint approved for UEFA games". UEFA.com. Union of European Football Associations. 8 August 2014.
- ^ "Alonso one-match ban confirmed for Super Cup". UEFA.com. Union of European Football Associations. 8 August 2014.
- ^ "Full Time Report – Final – Tuesday 12 August 2014" (PDF). UEFA.com. 12 August 2014.
- ^ Hart, Simon; Retortillo, Santiago (13 August 2014). "Ronaldo delight at Super Cup supershow". UEFA.com. Union of European Football Associations (UEFA). Dicapai pada 13 August 2014.
- ^ "Regulations of the UEFA Super Cup 2014" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 1 May 2014.
- ^ a b c "Team statistics: Full time Final – Tuesday 12 August 2014 Cardiff City Stadium – Cardiff" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations (UEFA). 12 August 2014. Dicapai pada 12 August 2014.
Pautan luar
sunting- 2014 UEFA Super Cup, UEFA.com