Piala Super Asia ialah pertandingan bola sepak tahunan antara pemenang Kejohanan Kelab Asia dan Piala Pemenang Piala Asia.

Piala Super Asia
Badan penganjuranAFC
Ditubuhkan1995; 29 tahun yang lalu (1995)
Dibubarkan2002; 22 tahun yang lalu (2002)
KawasanAsia
Jumlah pasukan2
Kelab paling berjayaArab Saudi Al-Hilal
Korea Selatan Suwon Samsung Bluewings
(Masing-masing 2 gelaran)

Pertandingan ini bermula pada tahun 1995, tetapi berakhir pada tahun 2002 selepas kedua-dua kejohanan utama AFC digabungkan ke dalam Liga Juara-Juara AFC. Kelab paling berjaya dalam pertandingan itu ialah Al-Hilal dari Arab Saudi dan Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan.

Sejarah

sunting

Piala Super Asia bermula dan dianjurkan pada tahun 1995 oleh AFC, ia dimainkan dalam perlawanan timbal balik. Piala Super Asia mempertandingkan pemenang Kejohanan Kelab Asia menentang pemenang Piala Pemenang Piala Asia. Pada tahun 2002, Kejohanan Kelab Asia dan Piala Pemenang Piala Asia bergabung membentuk Liga Juara-Juara AFC, akibatnya, Piala Super Asia telah dihentikan.

Perlawanan

sunting
Kunci warna
Pemenang menang selepas masa tambahan atau penentuan sepakan penalti
Pemenang Kejohanan Kelab Asia
Pemenang Piala Pemenang Piala Asia
  • Lajur "Tahun" merujuk kepada tahun Piala Super diadakan, dan pautan ke artikel tentang perlawanan itu.
  • Perlawanan akhir secara timbal balik disenaraikan mengikut susunan yang dimainkan.


Piala Super Asia
Tahun Negara Juara Jaringan Naib Juara Negara Venue
Format timbal balik
1995   Jepun Yokohama Flügels 1–1 Thai Farmers Bank   Thailand Stadium Wilayah Suphan Buri, Suphan Buri, Thailand
3–2 Stadium Mitsuzawa, Yokohama, Jepun
Yokohama Flügels menang 4–3 pada agregat.
1996   Korea Selatan Ilhwa Chunma 5–3 Bellmare Hiratsuka   Jepun Stadium Changwon, Changwon, Korea Selatan
1–0 Stadium Hiratsuka, Hiratsuka, Jepun
Cheonan Ilhwa Chunma menang 6–3 pada agregat.
1997   Arab Saudi Al-Hilal 1–0 Pohang Steelers   Korea Selatan Stadium Antarabangsa Raja Fahd, Riyadh, Arab Saudi
1–1 Pohang Steel Yard, Pohang, Korea Selatan
Al-Hilal menang 2–1 pada agregat.
1998   Arab Saudi Al-Nassr 1–1 Pohang Steelers   Korea Selatan Pohang Steel Yard, Pohang, Korea Selatan
0–0 Stadium Antarabangsa Raja Fahd, Riyadh, Arab Saudi
1–1 pada agregat; Al-Nassr menang menerusi peraturan gol tempat lawan.
1999   Jepun Júbilo Iwata 1–0 Al-Ittihad   Arab Saudi Stadium Júbilo Iwata, Iwata, Jepun
1–2 Stadium Putera Abdullah Al-Faisal, Jeddah, Arab Saudi
2–2 pada agregat; Júbilo Iwata menang menerusi peraturan gol tempat lawan.
2000   Arab Saudi Al-Hilal 2–1 Shimizu S-Pulse   Jepun Stadium Sukan Nihondaira, Shimizu-ku, Jepun
1–1 Stadium Antarabangsa Raja Fahd, Riyadh, Arab Saudi
Al-Hilal menang 3–2 pada agregat.
2001   Korea Selatan Suwon Samsung Bluewings 2–2 Al-Shabab   Arab Saudi Kompleks Sukan Suwon, Suwon, Korea Selatan
2–1 Stadium Putera Abdullah Al-Faisal, Jeddah, Arab Saudi
Suwon Samsung Bluewings menang 4–3 pada agregat.
2002   Korea Selatan Suwon Samsung Bluewings 1–0 Al-Hilal   Arab Saudi Stadium Piala Dunia Suwon, Suwon, Korea Selatan
0–1 (s.m.t.) Stadium Antarabangsa Raja Fahd, Riyadh, Arab Saudi
1–1 pada agregat; Suwon Samsung Bluewings menang 4–2 menerusi penalti.

Rekod dan statistik

sunting

Pemenang

sunting
Persembahan dalam Piala Super Asia mengikut kelab
Kelab Juara Naib Juara Tahun juara Tahun naib juara
  Al-Hilal 2 1 1997, 2000 2002
  Suwon Samsung Bluewings 2 0 2001, 2002
  Yokohama Flügels 1 0 1995
  Ilhwa Chunma 1 0 1996
  Al-Nassr 1 0 1998
  Júbilo Iwata 1 0 1999
  Pohang Steelers 0 2 1997, 1998
  Thai Farmers Bank 0 1 1995
  Shonan Bellmare 0 1 1996
  Al-Ittihad 0 1 1999
  Shimizu S-Pulse 0 1 2000
  Al-Shabab 0 1 2001

Oleh Negara

sunting
Prestasi mengikut negara
Negara Juara Naib Juara Jumlah
  Arab Saudi 3 3 6
  Korea Selatan 3 2 5
  Jepun 2 2 4
  Thailand 0 1 1

Dengan kaedah kelayakan

sunting
Pemenang Piala Super Asia mengikut kaedah kelayakan
Piala Juara Naib Juara
Kejohanan Kelab Asia
5
3
Piala Pemenang Piala Asia
3
5

Oleh jurulatih

sunting

Jadual berikut menyenaraikan jurulatih yang memenangi Piala Super Asia.

Tahun Kelab Jurulatih
1995   Yokohama Flügels   Antonio da Silva
1996   Ilhwa Chunma   Lee Jang-soo
1997   Al-Hilal   José Bernardi
1998   Al-Nassr   José Santos
1999   Júbilo Iwata   Takashi Kuwahara
2000   Al-Hilal   Ilie Balaci
2001   Suwon Bluewings   Kim Ho
2002   Suwon Bluewings   Kim Ho

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.