Piala Emas Raja-Raja 2019

Piala Emas Raja-Raja 2019 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia. Ianya telah diadakan bermula pada 14 September hingga 13 Oktober 2019. Kejohanan ini telah diadakan di beberapa buah stadium dan padang bola sepak di sekitar Malaysia. Untuk edisi kali ini, pasukan PBM Pahang akan cuba mempertahankan kejuaraan yang telah mereka menangi pada tahun 2018 yang lalu.

Piala Emas Raja-Raja 2019
ڤيالا امس راج-راج 2019
NegaraMalaysia Malaysia
Singapura Singapura
Tarikh14 September - 19 September (Peringkat Kumpulan)
27 September - 13 Oktober (Peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir & Akhir)
Pasukan19
JuaraMajlis Sukan India Malaysia
Naib juaraKuala Lumpur PBM WP Kuala Lumpur
2018
2022


Pasukan

sunting

12 pasukan dari persatuan bola sepak Melayu (PBM) negeri dan Singapura dan enam pasukan bukan negeri menyertai kejohanan kali ini. Edisi kali ini merupakan kali kedua Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia selaku penganjur membuka kejohanan ini kepada pasukan bukan Melayu yang disertai oleh pasukan daripada Majlis Sukan India Malaysia (MISC).

Bagi pasukan PBM Melaka, mereka membentuk pasukan dari kalangan pemain-pemain yang mewakili pasukan Melaka United dalam kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia[1].

Pasukan PBM Singapura pula menurunkan skuad yang terdiri daripada pemain-pemain yang bermain dalam Liga Bola Sepak Nasional (NFL) Divisyen 1 dan 2[2].


Venue Perlawanan

sunting

Pada edisi kali ini, Kedah telah dipilih sebagai tuan rumah. Semua perlawanan berlangsung di Stadium Mini Jitra , Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra dan Stadium Mini Universiti Utara Malaysia, Sintok.

Peringkat kumpulan

sunting

Undian bagi menentukan pasukan-pasukan di dalam kumpulan telah diadakan pada 24 Ogos 2019 di Kelana Jaya. Setiap pasukan akan melawan pasukan yang lain. Tiga (3) mata diberikan kepada pasukan yang menang, satu (1) mata diberikan kepada pasukan yang seri dan tiada mata diberikan kepada pasukan yang kalah.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan memasuki peringkat kalah mati.

Kumpulan A

sunting
Pasukan BP
M
S
K
JG
GB
PG
Mt
Majlis Sukan India Malaysia 4 2 1 1 7 3 +4 7
  DBKL FC 4 2 1 1 6 5 +1 7
  PBM Selangor - PIB 4 2 1 1 5 4 +1 7
Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg PDRM 4 2 1 1 4 5 −1 7
  Perbadanan Sukan Sarawak 4 0 0 4 2 6 −4 0
Perbadanan Sukan Sarawak  0 - 1  PBM Selangor - PIB
Stadium Mini Jitra, Kedah



PDRM Fail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg1 - 1  PBM Selangor - PIB
Stadium Mini Jitra, Kedah

DBKL FC  1 - 1MISC
Stadium Mini Jitra, Kedah





PBM Selangor - PIB  2 - 1MISC

Kumpulan B

sunting
Pasukan BP
M
S
K
JG
GB
PG
Mt
  Kingstown Klang FC 3 2 1 0 7 3 +4 7
  PBM Pulau Pinang 3 2 0 1 5 2 +3 6
  Singapura 3 0 2 1 5 6 −1 2
  PBM Terengganu 3 0 1 2 1 7 −6 1
Kingstown Klang FC  3 - 0  PBM Terengganu




Kingstown Klang FC  3 - 3  Singapura

Kumpulan C

sunting
Pasukan BP
M
S
K
JG
GB
PG
Mt
  PBM Negeri Sembilan 4 2 2 0 7 6 +1 8
  PBM Kelantan 4 2 1 1 2 3 −1 7
  PBM Melaka 4 2 0 2 3 1 +2 6
  ATM 4 1 1 2 4 5 −1 4
  PBM Pahang 4 1 0 3 4 5 −1 3









Kumpulan D

sunting
Pasukan BP
M
S
K
JG
GB
PG
Mt
  PBM Perak 3 2 1 0 7 3 +4 7
  PBM WP Kuala Lumpur 3 2 0 1 6 4 +2 6
  PBM Perlis 3 0 2 1 2 5 −3 2
  PBM Kedah 3 0 1 2 1 4 −3 1






Peringkat kalah mati

sunting

Dua pasukan yang mendapat tempat pertama dan kedua dalam peringkat kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati. Hanya satu pusingan sahaja diadakan bagi setiap peringkat.

Suku akhir Separuh akhir Akhir
                         
A1  MISC 2  
B2    PBM Pulau Pinang 0  
   MISC 1 (4)  
     PBM Perak 1 (1)  
D1    PBM Perak 4 (5)
C2    PBM Kelantan 4 (3)  
     MISC 2
     PBM WP Kuala Lumpur 1
B1    Kingstown Klang FC 1  
A2    DBKL FC 2  
     DBKL FC 0
     PBM WP Kuala Lumpur 2  
C1    PBM Negeri Sembilan 1
D2    PBM WP Kuala Lumpur 3  

Suku Akhir

sunting
MISC2 - 0  PBM Pulau Pinang
Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor



Separuh akhir

sunting
MISC1 - 1  PBM Perak
Penalti
4 - 1
Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor

MISC2 - 1  PBM WP Kuala Lumpur
Jeremy Lim Wei Shen   17'
Muhammad Alif Mazlan   54' (g.s.)
  52' Mohd. Hafifi Mohd. Salleh


Pemenang

sunting

Sebagai pemenang kejohanan untuk edisi kali ini, pasukan MISC membawa pulang hadiah sebanyak RM40,000, piala pusingan dan pingat[3]. Manakala, pasukan PBM WP Kuala Lumpur pula membawa pulang hadiah sebanyak RM20,000 dan pingat selaku naib juara[3]. Pasukan MISC merupakan pasukan jemputan pertama yang memenangi kejohanan ini selepas 36 tahun.

Juara Piala Emas Raja-Raja 2019
Majlis Sukan India Malaysia


Rujukan

sunting
  1. ^ Abu Bakar, Nazri (10 September 2019). "Final Piala Emas Raja-Raja sasaran skuad Melaka". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2023.
  2. ^ "Pasukan Singapura yakin, bersemangat menjelang Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2019". Berita Harian SG. 14 September 2019. Dicapai pada 13 Januari 2023.
  3. ^ a b "MISC pecah tradisi 36 tahun Piala Emas Raja-Raja". Sinar Harian. 15 Oktober 2019. Dicapai pada 13 Januari 2023.