Piala Borneo (English language: Borneo Cup) adalah kejohanan bolasepak yang diadakan di Kepulauan Borneo melibatkan pasukan kebangsaan Brunei, Sabah dan Sarawak. Kejohanan Bolasepak Borneo bermula sejak tahun 1946 selepas perang dunia kedua, namun Piala Borneo secara rasminya bermula pada tahun 1962.

Era Bolasepak Borneo Sebelum 1946

sunting

Tiada sumber rasmi yang direkodkan tentang perkembangan bolasepak di Borneo sebelum tahun 1946. Namun perkembangan bolasepak di Borneo boleh diambil melalui fakta penumbuhan kelab Kuching Wanderers Football Club (kelab bolasepak tertua di Borneo) atau sekarang dikenali Persatuan Bolasepak Kuching pada tahun 1922.

 
Bendera Persekutuan Kalimantan Utara atau Federation of North Borneo

Bolasepak Borneo Era British Crown Colony 1946-1962

sunting

Bolasepak borneo mula berkembang selepas perang dunia kedua tahun 1946. Pada masa tersebut, permainan bolasepak hanya dimainkan oleh pegawai-pegawai British, yang bekerja dan menetap di Borneo selepas British mengambil alih pemerintahan di North Borneo dari British North Borneo Chartered Company, mengambil alih pemerintahan di Sarawak dari Raja Sarawak ketiga Charles Vyner Brooke dan terus mengekalkan pengaruhnya di Brunei. Pada asas permulaannya, Kejohanan Bolasepak Borneo hanya dipertandingakan oleh tiga wilayah British di Kepulauan Borneo, bagi merapatkan hubungan kerjasama antara pegawai-pegawai British di tiga wilayah tersebut memandangkan ketiga-tiga wilayah tersebut diletakkan bersama dibawah satu pentadbiran iaitu British Crown Colony in North Borneo, Brunei and Sarawak yang diketuai oleh seorang British High Commissioner in North Borneo, Brunei and Sarawak. Manakala disetiap tiga wilayah tersebut pula diketuai oleh seorang British Govenor. Di peringkat bahagian pula diketuai oleh seorang British Resident dan di peringkat pentadbiran terendah iaitu daerah pula diketuai oleh seorang Distric Officer.

Era Piala Borneo 1962-1989

sunting

Pada tahun 1962, Kejohanan Piala Borneo secara rasminya dipertandingankan oleh tiga pasukan iaitu North Borneo, Sarawak dan Brunei. Pada tahun ini juga rakyat di ketiga-tiga wilayah itu mengalami tekanan politik, iaitu sama ada memilih bersama membentuk Persekutuan Malaysia (English language: Federation of Malaysia) atau, menubuhkan negara berpersekutuan sendiri iaitu Persekutuan Kalimantan Utara (English language: Federation of North Borneo). Beberapa fakta sejarah menyatakan pada asalnya, Piala Borneo ditubuhkan pada tahun 1962 sebagai perintis penyatuan kepada pembentukan Persekutuan Kalimantan Utara. Namun penyatuan dan pembentukan Persekutuan Kalimantan Utara gagal kerana tidak menarik minat dan tidak mendapat sokongan dari Kerajaan British. Juara pertama Piala Borneo 1962 ialah North Borneo atau sekarang dikenali Sabah. Sabah juga adalah pasukan yang paling berjaya di Kejohanan Piala Borneo iaitu memenangi kejohanan tersebut sebanyak 13 kali. Setelah Sabah dan Sarawak mengambil keputusan bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu (English language: Federation State of Malaya) membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, Kejohanan Piala Borneo masih lagi diteruskan sehingga tahun 1989.

 
Bendera Persekutuan Malaysia atau Federation of Malaysia

Pasukan Dari Borneo Di Piala Malaysia 1977-Sekarang

sunting

Sebelum tahun 1977, Malaysia mempunyai dua sistem kejohanan bolasepak iaitu Piala Malaysia (dipertandingkan sejak tahun 1921) yang disertai oleh Negeri-Negeri Di Semenanjung Malaysia dan Singapura dan Piala Borneo (dipertandingkan sejak tahun 1962) yang disertai oleh Sabah, Sarawak dan Brunei. Badan induk bolasepak Malaysia, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) pada tahun 1977 telah mengambil langkah proaktif untuk menjemput penyertaan pasukan dari Borneo bertanding dalam Piala Malaysia. FAM telah menawarkan Sabah yang menjuarai Piala Borneo pada masa itu layak secara automatik ke Piala Malaysia, manakala Sarawak dan Brunei pula ditawarkan menyertai Piala Burnley (English language: Burnley Cup) atau sekarang dikenali Piala Presiden. Pada tahun 1978 berikutnya, FAM telah menetapkan satu kuato secara tetap di peringkat separuh akhir dibahagikan kepada pasukan yang menjuarai Piala Borneo manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga Piala Borneo layak automatik ke Piala Presiden. Pada tahun 1989, sistem kelayakan Piala Malaysia telah dirombak sepenuhnya, setelah penubuhan kejohanan bolasepak peringkat liga yang pertama di Asia Tenggara iaitu Liga Semi-Pro Malaysia.

Pasukan Dari Borneo Di Liga Malaysia 1989-Sekarang

sunting

Pada tahun 1988 adalah kejohanan bolasepak Piala Borneo ke-22 yang terakhir dilangsungkan, setelah perjanjian pembentukkan Liga Semi-Pro ditubuhkan hasil perjanjian antara badan induk bolasepak Malaysia, FAM dengan FAS (Persatuan Bolasepak Sarawak) dan SAFA (Persatuan Bolasepak Amatur Sabah). Pada tahun 1989, pasukan dari Borneo iaitu Sabah dan Sarawak secara rasmi telah menyertai Liga Semi-Pro Malaysia. Singapura dan Brunei juga terus dialu-alukan dan dijemput menyertai liga yang baru ditubuhkan tersebut. Hasil dari perjanjian tersebut, Piala Borneo secara rasminya telah dimansuhkan, dan sistem kuato separuh akhir untuk juara Piala Borneo dalam Piala Malaysia juga telah dimansuhkan. Namun impak positif hasil dari penggabungan tersebut ialah, bakat pemain-pemain dari Sabah dan Sarawak dapat dicungkil dan diketengahkan ke dalam pasukan kebangsaan Malaysia, keuntungan pasaran pemain, penyokong dan tiket perlawanan di Sabah dan Sarawak juga meningkat dan juga Sabah dan Sarawak mendapat hak sama-rata dari segi hak penyiaran dan tajaan dengan pasukan bolasepak dari Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Piala Borneo sekarang

sunting

Setelah genap 20 tahun pemansuhan Piala Borneo, pada tahun 2008, bekas pemain Sabah, Scott Ollerenshaw, telah cuba menghidupkan kembali Piala Borneo atau Piala Bolasepak Borneo (English language: Borneo Football Cup), namun objektif penganjuran Piala Bolasepak Borneo berbeza dengan Piala Borneo yang asal, dimana bukan disertai oleh pasukan kebangsaan, sebaliknya Piala Borneo edisi kedua ini lebih kepada pencarian bakat bolasepak kanak-kanak dan remaja, serta terbuka kepada mana-mana pasukan kanak-kanak dan remaja yang berdaftar. Usaha beliau telah membuahkan hasil apabila berjaya menghidupkan kembali kemeriahan Piala Borneo dan sekarang telah mendapat sokongan dari SAFA.

 
Pasukan bolasepak North Borneo menjuarai Piala Borneo yang pertama tahun 1962

Juara Piala Borneo

sunting
Tahun Juara
1962   North Borneo
1963   Sabah
1964   Sabah
1965   Sarawak
1966   Sarawak
1967   Sabah
1968   Brunei
1969   Sarawak
1970   Sabah
1971   Sabah
1972   Sabah
1973 Tiada kejohanan
1974 Tiada kejohanan
1975 Tiada kejohanan
1976 Tiada kejohanan
1977   Sabah
1978   Sabah
1979   Sabah
1980   Sabah
1981   Brunei
1982   Sarawak
1983   Sarawak
1984   Sabah
1985   Sabah
1986   Sarawak
1987   Brunei
1988   Brunei
1989-Sekarang Brunei, Sabah dan Sarawak menyertai Liga Semi-Pro Malaysia 1989

Lihat Juga

sunting

Rujukan

sunting

Sumber Lain

sunting

Pautan Luar

sunting