phpMyAdmin adalah merupakan satu program yang ditulis dalam PHP yang digunakan untuk mentadbir pangkalan data MySQL melalui Internet. Ketika ini, ia boleh mencipta dan memadan pangkalan data, mencipta/memadam/mengubah jadual dalam pangkalan data, memadam medan (komputer), melaksanakan pelbagai atur cara SQL, dan mengurus kekunci di medan.

phpMyAdmin
PembangunThe phpMyAdmin Project
Pelancaran pertama9 September 1998
Versi terkini/stabil
5.2.1 (8 Februari 2023)
Ditulis dalamPHPJavaScript
Sistem pengendalianCross-platform
Tersedia dalamMultilingual (62)
JenisWeb applicationperisian bebas
GenrePengurusan pangkalan data berasaskan web
LesenGPL
Format fail boleh ditulis
Format fail boleh dibaca
Pautan berkaitan
Tapak webwww.phpmyadmin.net
Repositori
Pautan lainGitHub: phpmyadmin
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Tobias Ratschiller, seorang konsultan IT merupakan pengasas bagi syarikat Maguma. Beliau kemudiannya mula bekerja dalam membangunkan antara muka pengguna terakhir bagi MySQL pada tahun 1998. Apabila dia berputus asa dalam projek itu pada tahun 2000 kerana kekurangan masa, phpMyAdmin sudah pun menjadi salah satu aplikasi PHP yang popular dengan komuniti pengguna dan penyumbang yang besar. Ia juga telah dimasukkan dalam pelbagai distribusi Linux

Dalam usaha untuk menguruskan bilangan penampal (komputer) yang banyak, sekumpulan tiga pembangun perisian, Olivier Müller, Marc Delisle and Loïc Chapeaux, mendaftar The phpMyAdmin Project di SourceForge and dan mengambil alih pembangunan pada tahun 2001

Keluaran

sunting

Status semasa

sunting

Perisian ini terdapat dalam 52 bahasa yang berlainan (senarai bahasa), masih dikekalkan oleh The phpMyAdmin Project di bawah Olivier Müller, Marc Delisle, Alexander M. Turek, Michal Čihař dan Garvin Hicking.

Produk seumpamanya

sunting

Perisian yang sama dengannya, phpPgAdmin, membekalkan fungsi yang serupa untuk PostgreSQL. Ia pada asalnya dibangunkan berasaskan kod phpMyAdmin, tetapi pada ketika ini mempunyai kod asas yang berlainan.

Terdapat juga perisian lain yang digunakan untuk Pelayan Microsoft SQL, dipanggil phpMSAdmin. Walaupun meminjam antara muka yang serupa dengan phpMyAdmin, ia ditulis dari mula dan tidak meniru walau satu pun kod phpMyAdmin.

Pautan luar

sunting