Phalène

baka anjing dari Belgium dan Perancis
(Dilencongkan daripada Phalene)

Phalène[a] ialah satu baka anjing mainan, iaitu keragaman bertelinga labuh bagi papillon. Kedua-dua keragaman dapat muncul dalam perinduk sama.

Phalène
Nama lainSpaniel kerdil benua
Spaniel mainan benua
Spaniel mainan bertelinga rama-rama
Nama ringkasPapillon bertelinga labuh
Negara asalBelgium / Perancis
Anjing (Canis lupus familiaris)

Penampilan dan tingkah laku

sunting
 
Phalène

Phalène ialah anjing cerdas. Ia mempelajari trik baru semudahnya. Ia mudah bergaul dengan keluarga tetapi menyendiri terhadap orang baharu. Ia perlu disosialisasi untuk bergaul dengan baik dengan haiwan peliharaan lain atau ia dapat menjadi kurang percaya dan mempamerkan kecenderungan agresif terhadap anjing dan orang lain. Phalène suka bermain dan penyayang. Ia merupakan anjing riba dan anjing pendamping. Ia mempunyai tenaga cukup untuk memadani keluarga aktif, tetapi juga dapat menjadi cukup tenang untuk tinggal di pangsapuri. Oleh sebab paras tenaga agak tingginya, ia menuntut rutin senaman tetap, seperti baka pendamping lain. Phalène terkenal sebagai anjing pemerhati bagus dan ia bakal memberikan amaran kepada pemiliknya tentang perubahan persekitaran. Ia dapat menjadi bingit seperti banyak anjing mainan lain. Phalène dapat menahan haba tetapi lebih sensitif terhadap suhu sejuk kerana lapis bulu tunggalnya dan tidak patut dibiarkan di luar tanpa pengawasan dalam cuaca sejuk.

Sejarah

sunting
 
Ratu Sophie Dorothea dari Prusia dengan seekor phalène pada tahun 1737
 
Dua ekor phalène

Phalène ialah bentuk terawal bagi papillon; penampilan varieti bertelinga tegak tidak didokumenkan sehingga abad ke-16. Belgium, Perancis, Sepanyol, dan Itali kesemuanya telah dikreditkan dengan penghasilan atau perkembangan anjing kupu-kupu. Papillon mendapat kepopularan selepas permulaan abad kesembilan belas. Menjelang pertengahan abad ke-20, kepopularan papillon telah jauh melebihi kepopularan phalène yang merudum cukup rendah ke dalam kekaburan sehingga menjadi terancam. Baka ini mempunyai penggemar dan tidak tergelincir ke dalam kepupusan. Pada satu ketika, keragaman ini dinamai phalène atau "rama-rama".

Abad ke-21 telah menyaksikan kebangkitan semula minat terhadap phalène dengan penggemarnya yang menunjukkan bahawa di negara-negara dengan penghakiman phalène bersama-sama dengan papillon, para hakim mesti cukup terbiasa dengan piawaian baka untuk menghargai kualiti phalène yang dibiakkbakaan dengan baik, dan tidak mengelirukan telinga labuhnya dengan telinga pada papillon bertelinga separa tegak yang patut mencadangkan kecacatan pengakuran.

American Kennel Club

sunting

Phalène dianggap sebagai varian bagi papillon dalam AKC, yang mendaftarkannya sebagai papillon dan ditunjukkan serta dihakimi dalam kelas sama.[1] Piawaian baka adalah sama dengan pengecualian telinga labuh yang tidak terletak sama rendah di kepala seperti jenis spaniel lain. Di negara yang mempunyai kelab yang mengikuti garis panduan FCI, phalène dianggap sebagai baka terpisah.

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: فالن, Sebutan bahasa Melayu: [falɛn]; Perancis: phalène, lit.'[bertelinga] rama-rama', Sebutan bahasa Perancis: [falɛn]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Papillon Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Papillon]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Februari 2024.