Petya Nedelcheva
Petya Nedelcheva (Bahasa Bulgaria: Петя Неделчева) (lahir 30 Julai 1983) merupakan pemain badminton profesional wanita dari Bulgaria. Beliau dilahirkan di Stara Zagora, Bulgaria.
Petya Nedelcheva | |
---|---|
Maklumat peribadi | |
Negara | Bulgaria |
Cakat tangan | Kanan |
Jurulatih | Orlin Tsvetanov |
Perseorangan Wanita | |
Ranking tertinggi | 8 (23 Ogos 2007) |
Ranking semasa | 18 (26 Jun 2008) |
Profil BWF |
Nedelcheva beraksi di Sukan Olimpik 2004.
Dalam acara perseorangan wanita, beliau menumpaskan Tine Rasmussen dari Denmark dan Seo Yoon-hee dari Korea pada dua pusingan awal. Pada perlawanan suku akhir, Nedelcheva tewas kepada Zhou Mi dari Republik Rakyat China 11-4, 11-1.
Rakan sepermainan Nedelcheva bagi acara beregu wanita ialah Neli Boteva. Mereka ditewaskan Ella Tripp dan Joanne Wright dari Great Britain seawal peringkat 32.
Pautan luar
sunting- Profil Pemain BWF Diarkibkan 2008-09-05 di Wayback Machine