Peter Chin Fah Kui
Tan Sri Dato' Sri Peter Chin Fah Kui, PSM, SSAP, PGBK (lahir 31 Ogos 1945) merupakan ahli politik Malaysia yang lahir di Kuching, Sarawak. Beliau berumahtangga dengan Puan Sri Datin Sri Ruby Wee dan mempunyai dua orang anak lelaki serta seorang anak perempuan.
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Peter Chin Fah Kui PSM; SSAP (Pah); PGBK, PBS, ABS (Swk) | |
---|---|
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Shaziman Abu Mansor |
Digantikan oleh | Maximus Johnity Ongkili |
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Lim Keng Yaik |
Digantikan oleh | Bernard Giluk Dompok |
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad Abdullah Ahmad Badawi |
Menteri | Ong Ka Ting |
Didahului oleh | Jeffrey Kitingan |
Digantikan oleh | Azizah Mohd Dun Robert Lau Hoi Chew |
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar | |
Dalam jawatan 1990–1995 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Law Hieng Ding |
Didahului oleh | Law Hieng Ding |
Digantikan oleh | Abu Bakar Daud |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P219 Miri, Sarawak | |
Dalam jawatan 1986–2013 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Michael Teo Yu Keng |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuching, Sarawak | 31 Ogos 1945
Parti politik | Barisan Nasional - Sarawak United People's Party (SUPP) |
Pasangan | Puan Sri Ruby Wee Hui Kiang (黄惠娟) |
Pekerjaan | Menteri Kabinet, Ahli Parlimen |
Biografi
suntingDilahirkan di Kuching, Sarawak pada 31 Ogos 1945, beliau mendapat pendidikan awal di St. Joseph Primary School dan St Joseph Secondary School. Beliau juga merupakan graduan Gray's Inns, London bidang undang-undang (Barrister-At-Law) pada tahun 1971.
Setelah tamat pengajian di luar negara, Y.B. Tan Sri memulakan kerjayanya sebagai Peguam dan Rakan Kongsi di M/s Wan Ullok Jugah, Chin & Co hingga tahun 1984. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Miri mulai tahun 1984 hingga 1987. Kegiatan politik beliau adalah berlandaskan platform Sarawak United People's Party (SUPP) Bahagian Miri. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Pengurusi SUPP Cawangan Miri, Naib Pengurusi SUPP cawangan Miri, Ahli Jawatankuasa SUPP Pusat dan Penolong Setiausaha Agung SUPP Pusat.
Y.B. Tan Sri melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial melalui Program Lanskap di Sarawak dan Sabah, menyelaras Program Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Sarawak dan Sabah, Program Jabatan Bomba dan Penyelamat di Sarawak dan Sabah dan menjadi Presiden kepada Persatuan Pelumba Jalan Kaki Malaysia.
Beliau kini juga merupakan Presiden Eastern Regional International Organisation for Planning and Housing (EAROPH) sejak tahun 2002, Presiden Hakka Miri sejak tahun 1991, Presiden Persatuan Olahraga Miri sejak 1984. Beliau juga pernah dilantik sebagai Presiden Kelab Lions Miri dan Timbalan Gabenor Lions Daerah 308.
Y.B. Tan Sri telah dilantik menjadi wakil rakyat mulai tahun 1986 setelah memenangi kerusi Parlimen Miri. Beliau juga berjaya mempertahankan kemenangannya itu dalam empat pilihan raya umum berikutnya (1990,1995,1999,2004). Pada tahun 2004, beliau telah menang tanpa bertanding. Semenjak dilantik menjadi Ahli Parlimen, YB. Datuk pernah memegang tanggungjawab sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebajikan (1986-1990), Timbalan Menteri Sains, Teknologi Alam Sekitar (1990-1995), Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1995-2004), Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (2004-2008) dan akhirnya sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (2008-2013).
Sebagai seorang wakil rakyat, Y.B. Tan Sri berazam untuk memikul matlamat kerajaan ke arah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Y.B. Tan Sri telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya Puan Sri Ruby Wee Hui Kiang dan telah dikurniakan tiga orang anak. Beliau amat meminati sukan golf dan merupakan seorang yang suka membaca.
Rujukan
sunting- Biodata beliau. Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine
Penyandang Terdahulu | Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi 2008 – Kini |
Penyandang Kemudian |
???? | penyandang |