Petaurista

genus tumbuhan

Petaurista ialah genus rodensia dalam keluarga Sciuridae.[1] Ia ialah tupai terbang besar hingga sangat besar, yang dijumpai di hutan dan habitat berhutan lain di selatan dan timur Asia.[2]

Petaurista
Tupai terbang gergasi Bhutan (Petaurista nobilis)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Rodentia
Keluarga: Sciuridae
Tribus: Pteromyini
Genus: Petaurista
Link, 1795
Spesies jenis
Sciurus petaurista

Sama dengan tupai terbang lain, ia kebanyakannya nokturnal dan boleh meluncur (bukan terbang seperti kelawar) dalam jarak yang jauh di antara pokok dengan mengembangkan patagiumnya, iaitu kulit di antara anggotanya. Ia banyak memakan bahan tumbuhan, tapi turut menjamah binatang kecil seperti serangga.[2]

Taksonomi

sunting
 
Tupai terbang gergasi India meluncur (P. philippensis)

Taksonomi pada peringkat spesies sangat rumit dan belum diselesaikan sepenuhnya.[3] Pada 2005, Mammal Species of the World mengakui lapan spesies,[4] namun kajian-kajian kemudian mendapati bahawa sebahagian spesies ini adalah sangat polifiletik,[5][6][7][8] dan para pakar terkini sering mengakui beberapa "subspesies" yang paling mencapah sebagai spesies yang sah.[9][3][10] Tambahan pula, tiga spesies baru telah diambarkan dari timur laut India pada 2007–2013, walaupun kesahihannya perlu disahkan.[11]

Spesies hidup

sunting

Lapan spesies diakui dalam Mammal Species of the World pada 2005:[12]

Tujuh spesies tambahan turut diakui, namun secara tradisinya dianggap subspesies:[13][14]

Tiga spesies baru yang digambarkan oleh Anwaruddin Choudhury dari Arunachal Pradesh pada 2007–2013:[15][16][17]

Spesies pupus

sunting

Selain daripada spesies hidup, terdapat beberapa spesies pupus yang hanya diketahui melalui tinggalan fosil dari zaman Pleistosen Tengah dan Akhir di China, Timur Jauh Rusia dan Jerman:[13][18]

  • Petaurista brachyodus Young, 1934
  • Petaurista helleri Dehm, 1962
  • Petaurista tetyukhensis Tiunov & Gimranov, 2019

Rujukan

sunting
  1. ^ Wilson, D.E.; Reeder, D.M., penyunting (2005). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ a b Jackson, S.M. (2012). Gliding Mammals of the World. CSIRO Publishing. m/s. 112–135. ISBN 9780643092600.
  3. ^ a b Jackson, S.M.; R.W. Thorington Jr. (2012). "Gliding Mammals – Taxonomy of Living and Extinct Species". Smithsonian Contributions to Zoology. 638 (638): 1–117. doi:10.5479/si.00810282.638.1.
  4. ^ Templat:MSW3 Sciuridae
  5. ^ Oshida, T.; C.M. Shafique; S. Barkati; Y. Fujita; L.-K. Lin; R. Masuda (2004). "A Preliminary Study on Molecular Phylogeny of Giant Flying Squirrels, Genus Petaurista (Rodentia, Sciuraidae) Based on Mitochondrial Cytochrome b Sequences". Russian Journal of Theriology. 3 (1): 15–24. doi:10.15298/rusjtheriol.03.1.04.
  6. ^ Yu, F.R.; F.H. Yu; J.F. Peng; C.W. Kilpatrick; P.M. McGuire; Y.X. Wang; S.Q. Lu; C.A. Woods (2006). "Phylogeny and biogeography of the Petaurista philippensis complex (Rodentia: Sciuridae), inter- and intraspecific relationships inferred from molecular and morphometric analysis". Mol. Phylogenet. Evol. 38 (3): 755–766. doi:10.1016/j.ympev.2005.12.002. PMID 16414285.
  7. ^ Oshida, T.; dll. (2010). "Phylogenetics of Petaurista in light of specimens collected from northern Vietnam". Mammal Study. 35: 85–91. doi:10.3106/041.035.0107. S2CID 85670447.
  8. ^ Li, S.; K. He; F.-H. Yu; Q.-S. Yang (2013). "Molecular Phylogeny and Biogeography of Petaurista Inferred from the Cytochrome b Gene, with Implications for the Taxonomic Status of P. caniceps, P. marica and P. sybilla". PLOS ONE. 8 (7): e70461. doi:10.1371/journal.pone.0070461. PMC 3724786. PMID 23922995.
  9. ^ Jackson, S.M. (2012). Gliding Mammals of the World. CSIRO Publishing. m/s. 112–135. ISBN 9780643092600.
  10. ^ Francis, C.M. (2019). A Guide to the Mammals of Southeast Asia (ed. 2). New Holland Publishers. m/s. 164–167, 362–364. ISBN 978-1-4729-3497-0.
  11. ^ Krishna, M.C.; A. Kumar; O.P. Tripathi; J.L. Koprowski (2016). "Diversity, Distribution and Status of Gliding Squirrels in Protected and Non-protected Areas of the Eastern Himalayas in India". Hystrix: The Italian Journal of Mammalogy. 27 (2): 1–9. doi:10.4404/hystrix-27.2-11688.
  12. ^ Templat:MSW3 Sciuridae
  13. ^ a b Jackson, S.M.; R.W. Thorington Jr. (2012). "Gliding Mammals – Taxonomy of Living and Extinct Species". Smithsonian Contributions to Zoology. 638 (638): 1–117. doi:10.5479/si.00810282.638.1.
  14. ^ Li, S.; K. He; F.-H. Yu; Q.-S. Yang (2013). "Molecular Phylogeny and Biogeography of Petaurista Inferred from the Cytochrome b Gene, with Implications for the Taxonomic Status of P. caniceps, P. marica and P. sybilla". PLOS ONE. 8 (7): e70461. doi:10.1371/journal.pone.0070461. PMC 3724786. PMID 23922995.
  15. ^ Choudhury, A.U. (2007). "A new flying squirrel of the genus Petaurista Link from Arunachal Pradesh in north-east India". Newsletter and Journal of the Rhino Foundation for Nat. In NE India. 7: 26–32.
  16. ^ Choudhury, A.U. (2009). "One more new flying squirrel of the genus Petaurista Link, 1795 from Arunachal Pradesh in northeast India". Newsletter and Journal of the Rhino Foundation for Nat. In NE India. 8: 26–34.
  17. ^ Choudhury, A.U. (2013). "Descriptions of a new species of giant flying squirrel of genus Petaurista Link, 1795 from Siang basin, Arunachal Pradesh in North East India". Newsletter and Journal of the Rhino Foundation for Nat. In NE India. 9: 30–38.
  18. ^ Tiunov, M.P.; D.O. Gimranov (2019). "The first fossil Petaurista (Mammalia: Sciuridae) from the Russian Far East and its paleogeographic significance". Palaeoworld. 29: 176–181. doi:10.1016/j.palwor.2019.05.007. hdl:10995/92658.