Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (Hindi: भारतीय अन्तरिक्ष अनुसंधान संगठन Bhāratīya Antariksh Anusandhān Sangaṭhan) atau ISRO (Indian Space Research Organisation), (Hindi: इसरो Isarō) ialah agensi angkasa lepas kebangsaan India. Beribu pejabat di Bangalore, ISRO mempunyai kira-kira 20,000 pekerja, dengan belanjawan sekitar Rs. 41 bilion (AS$940 juta mengikut kadar pertukaran Ogos 2008).ISRO adalah antara enam agensi angkasa lepas kerajaan yang terbesar di dunia, bersama-sama dengan NASA, RKA, ESA, CNSA dan JA
भारतीय अंतरिक्ष अनुसंधान संगठन Bhāratīya Antarikṣh Anusandhān Saṅgaṭhan | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 15 Ogos 1969 |
Ibu pejabat | Antariksh Bhavan, New BEL Road, Bangalore, India |
Belanjawan tahunan | Rs.41 bilion rupee (2008) |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | Tapak ISRO |
Pada 0622 waktu tempatan 22 Oktober 2008, ISRO berjaya melancarkan misi angkasa lepas tanpa manusianya ke bulan yang pertama Chandrayaan-1 menggunakan roket PSLVC11 dari Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan di Sriharikota, Andhra Pradesh, kira-kira 80 kilometer ke utara Chennai di selatan India.[1][2]
Rujukan
sunting- ^ "India selamat lancar kapal angkasa keliling bulan". Berita Harian. 22 Oktober 2008. Dicapai pada 24 Oktober 2008.
- ^ P. Vijian (22 Oktober 2008). "India Lancar Misi Ke Bulan". Bernama.com. Dicapai pada 24 Oktober 2008.