Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن ڤنديديقن⹁ ساءينس دان کبوداياءن ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو ; bahasa Inggeris: UN Educational, Scientific and Cultural Organization, dipendekkan sebagai UNESCO; Jawi: يونيسکو ) ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dengan mempromosikan kerjasama antarabangsa melalui bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (en) Organisation des Nations unies pour l'éducation, la science et la culture (fr) | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | UNESCO |
Jenis/bentuk sah | Agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan antara kerajaan, pertubuhan |
Keanggotaan | 193 negara (2019) |
Anggota bagi | Global Citizen Science Partnership (2022), Global Academic Integrity Network |
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Arab, bahasa Cina |
Tapak web | en |
Sejarah | |
Pendahulu | International Committee on Intellectual Cooperation |
Ditubuhkan | 16 November 1945 |
Pengurusan | |
Pengerusi | Audrey Azoulay |
Pertubuhan induk | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu |
Subsidiari | UNESCO Chair on Cyberspace and Culture, Scientific Committee on Problems of the Environment, Institut UNESCO bagi Perangkaan, Iranian National Commission for UNESCO, Hylean Amazon Institute |
Anugerah | |
Anugerah Peabody (1958) | |
Lokasi | |
Ralat Lua pada baris 384 di Modul:Mapframe: attempt to perform arithmetic on local 'lat_d' (a nil value). | |
Ibu pejabat | Paris |
Lokasi | |
Koordinat | 48°51′N 2°18′E |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
sunting · sunting di Wikidata |
Secara keseluruhannya, sebanyak 191 buah negara telah menyertai UNESCO. Organisasi ini berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi diseluruh dunia. Lima program utama UNESCO adalah: pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, dan komunikasi dan maklumat. Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuklah kemahiran menulis dan membaca, teknikal, dan program latihan kepada guru-guru; program sains antarabangsa; promosi kebebasan bersuara dan media yang bebas; projek sejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya didunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia; dan percubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa.
Struktur
suntingTiga badan mempunyai tanggungjawab dalam membuat polisi, pentadbiran utama, dan pentadbiran harian di UNESCO:
- Persidangan Agung
- Lembaga Eksekutif
- Sekretariat
Persidangan Agung ialah suatu perjumpaan negara-negara anggota yang mana setiap negara mempunyai satu undi. Mesyuarat diadakan sebanyak sekali setiap dua tahun. Semasa mesyuarat itu ia menetapkan polisi umum dan program-program untuk dianjurkan.
Lembaga Eksekutif mempunyai seramai 58 orang ahli. Mereka ini dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama dalam tempoh empat tahun. Lembaga Eksekutif menyediakan sesi untuk Persidangan Agung bersidang dan ia bertanggungjawab memastikan arahan yang diberi dilaksanakan.
Sekretariat mengandungi Ketua Pengarah dan staf-staf dan bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti serta pengurusan harian UNESCO. Ketua Pengarah yang berkhidmat sebagai pegawai awam UNESCO. Dia dilantik oleh Persidangan Agung untuk berkhidmat selama empat tahun (boleh diperbaharui). Kakitangan UNESCO setakat ini berjumlah sebanyak 2100, yang mana dua pertiga berpusat di Paris, dengan selebihnya diseluruh dunia.
Negara anggota
suntingKontroversi dan reformasi
suntingUNESCO telah beberapa kali menjadi tumpuan berikutan kontroversi yang dihadapinya terutamanya di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Singapura. Semasa tahun 70-an dan 80-an, sokongan UNESCO bagi "Orde Maklumat Baru Dunia" dan Laporan MacBridenya yang mengesa pengdemokrasian media dan pengaksesan maklumat telah dikutuk oleh negara-negara berkenaan sebagai satu usaha untuk menghapuskan kebebasan akhbar. UNESCO dianggap oleh sesetengah pihak sebagai platform bagi pihak komunis dan negara-negara Dunia Ketiga untuk menyerang negara-negara Barat. Pada tahun 1984, Amerika Syarikat menghentikan sumbangannya dan keluar daripada pertubuhan itu sebagai tanda protes. Hal ini diikuti oleh United Kingdom pada tahun 1985 dan Singapura pada tahun 1986. Dengan berlakunya perubahan kerajaan di UK pada tahun 1997, UK menyertai semula pertubahan ini. Amerika Syarikat pula kembali menyertai pertubuhan ini pada tahun 2003. Semasa waktu beberapa reformasi telah dilakukan di pertubuhan ini.
Hadiah, anugerah dan pingat
suntingUNESCO menganugerahkan beberapa hadiah dalam bidang sains, kebudayaan dan keamanan seperti:
- Hadia Carlos J. Finlay untuk Mikrobiologi
- Hadiah Keamanan Félix Houphouët-Boigny
- Hadiah Antarabangsa Sungai Besar Buatan Manusia bagi Sumber Air di Kawasan Gersang dan Separa-Gersang
- Hadiah Antarabangsa José Martí
- Hadiah Antarabangsa Simón Bolívare
- Hadiah Javed Husain bagi Saintis Muda
- Hadiah Jikji
- Hadiah Kalinga bagi Sains yang dipopularkan
- Anugerah L’Oréal-UNESCO bagi Wanita dalam Sains
- Pingat Sergei Eisenstein
- Hadiah Sultan Qaboos bagi Pemeliharaan Hutan
- Hadiah Kebesasan Akhbar Sedunia UNESCO/Guillermo Cano
- Hadia UNESCO Raja Hamad Bin Isa Al-Khalifa
- Pingat UNESCO Mozart
- Haidah bagi Pendidikan Keamanan UNESCO
- Hadiah Sains UNESCO
- Pingat UNESCO/Institut Pasteur
- Artis untuk Keamanan UNESCO
- Rangkaian Bandaraya Kreatif
Ketua Pengarah
sunting- Julian Huxley, United Kingdom (1946–1948)
- Jaime Torres Bodet, Mexico (1948–1952)
- John Wilkinson Taylor, Amerika Syarikat (pemangku 1952–1953)
- Luther Evans, Amerika Syarikat (1953–1958)
- Vittorino Veronese, Itali (1958–1961)
- René Maheu, Perancis (1961–1974; pemangku 1962)
- Amadou-Mahtar M'Bow, Senegal (1974–1987)
- Federico Mayor Zaragoza, Sepanyol (1987–1999)
- Koïchiro Matsuura, Jepun (1999–kini)
Galeri
sunting-
Bendera Rasmi UNESCO
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB |
- (Inggeris) Laman web rasmi UNESCO
- (Inggeris) Reformasi UNESCO
- (Inggeris) Ketua Pengarah UNESCO
- (Inggeris) Pejabat-pejabat UNESCO seluruh dunia
- (Inggeris) Budaya UNESCO
- (Inggeris) Buku merah UNESCO Bagi bahasa-bahasa yang semakin pupus (Laman utama)
- (Inggeris) Buku merah UNESCO Bagi bahasa-bahasa yang semakin pupus: Eropah
- (Inggeris) Konvensyen Warisan Dunia
- (Inggeris) Warisan Asia Pasifik
- (Inggeris) UNESCO - Program Informasi dan Komunikasi
- (Inggeris) UNESCO - Maklumat tentang semua program
- (Inggeris) Hari Kebebasan Akhbar Sedunia
- (Inggeris) Hadiah Sains UNESCO
- (Inggeris) UNESCO - Institut Statistik Diarkibkan 2019-09-29 di Wayback Machine