Pertempuran Sinop
Pertempuran Sinop, atau Pertempuran Sinope, berlaku pada 30 November 1853 di Sinop, sebuah pelabuhan di Anatolia utara. Pertempuran berlaku apabila armada kapal Empayar Rusia menyerang dan memusnahkan kapal-kapal angkatan peronda Uthmaniyah yang sedang berlabuh. Pertempuran ini sebahagian daripada Perang Krimea, dan merupakan satu faktor yang menyumbang kepada kemasukan Perancis dan United Kingdom ke dalam konflik.