Pertandingan Lagu Eurovision 1959

Pertandingan Lagu Eurovision 1959 merupakan edisi keempat Pertandingan Lagu Eurovision tahunan. Ia diadakan di Cannes, Perancis, selepas kemenangan André Claveau pada pertandingan 1958 di Hilversum, Belanda dengan lagu "Dors, mon amour". Ia merupakan kali pertama Perancis menganjurkan acara itu. Pertandingan ini diadakan di Palais des Festivals et des Congrès pada hari Rabu 11 Mac 1959, dan dihoskan oleh Jacqueline Joubert.[1] Ia merupakan Pertandingan Lagu Eurovision yang pertama diadakan di sebuah bandar pantai dan di Lembangan Mediterranean.

Pertandingan Lagu Eurovision 1959
Tarikh
Akhir11 Mac 1959
Hos
TempatPalais des Festivals et des Congrès
Cannes, Perancis
PenyampaiJacqueline Joubert
KonduktorFranck Pourcel
PengarahMarcel Cravenne
Penyiar hosRadiodiffusion-Télévision Française (RTF)
Penutup tiraiFranck Pourcel's Orchestra
Peserta
Jumlah penyertaan11
Negara yang membuat
penampilan sulung
Negara yang
muncul kembali
Undian
Sistem undianSepuluh ahli juri mengedarkan 10 mata di kalangan lagu kegemaran mereka.
MataTiada
Lagu yang dimenangiBelanda Belanda
"Een beetje"

Sebelas negara menyertai pertandingan ini. Monaco membuat penampilan sulung tahun ini, United Kingdom kembali selepas setahun ketiadaan, dan Luxembourg memutuskan untuk tidak mengambil bahagian.

Pemenangnya ialah Belanda dengan lagu "Een beetje", yang dipersembahkan oleh Teddy Scholten, ditulis oleh Willy van Hemert dan digubah oleh Dick Schallies. Ini merupakan kemenangan kedua Belanda dalam pertandingan ini, berikutan kemenangan mereka pada 1957 - menandakan kali pertama negara menang lebih daripada sekali. Willy van Hemert juga menulis pemenang pertama Belanda pada tahun itu.

Keputusan

sunting
No. Negara Artis Lagu Bahasa[2] Tempat Mata
01   Perancis Jean Philippe "Oui, oui, oui, oui" Perancis 3 15
02   Denmark Birthe Wilke "Uh, jeg ville ønske jeg var dig" Danish 5 12
03   Itali Domenico Modugno "Piove (Ciao, ciao bambina)" Itali 6 9
04   Monaco Jacques Pills "Mon ami Pierrot" Perancis 11 1
05   Belanda Teddy Scholten "Een beetje" Belanda 1 21
06   Jerman Alice & Ellen Kessler "Heute Abend wollen wir tanzen geh'n" Jerman 8 5
07   Sweden Brita Borg "Augustin" Sweden 9 4
08   Switzerland Christa Williams "Irgendwoher" Jerman 4 14
09   Austria Ferry Graf "Der K und K Kalypso aus Wien" Jerman 9 4
10   United Kingdom Pearl Carr & Teddy Johnson "Sing, Little Birdie" Inggeris 2 16
11   Belgium Bob Benny "Hou toch van mij" Belanda 6 9

Papan mata

sunting
Keputusan undian
Skor jumlah
Perancis
Denmark
Itali
Monaco
Belanda
Jerman
Sweden
Switzerland
Austria
United Kingdom
Belgium
Peserta
Perancis 15 4 1 2 4 1 1 2
Denmark 12 1 1 1 4 1 2 2
Itali 9 3 1 1 3 1
Monaco 1 1
Belanda 21 4 7 1 2 3 1 3
Jerman 5 2 1 1 1
Sweden 4 1 3
Switzerland 14 2 1 1 3 1 5 1
Austria 4 1 2 1
United Kingdom 16 1 1 2 5 3 2 2
Belgium 9 2 1 1 3 2
Jadual ini disusun mengikut kemunculan

Rujukan

sunting
  1. ^ "Eurovision History – Cannes 1959". European Broadcasting Union. Dicapai pada 5 March 2012.
  2. ^ "Eurovision Song Contest 1959". The Diggiloo Thrush. Dicapai pada 4 March 2012.

Pautan luar

sunting