Pertahanan Mutlak
Pertahanan Mutlak (bahasa Inggeris: Total Defence ) adalah konsep pertahanan negara Singapura yang melibatkan segenap masyarakat republik itu berdasarkan bahawa setiap aspek masyarakat menyumbang kepada pertahanan segenap negara.
Konsep ini mula diperkenalkan pada tahun 1984 dan diterima pakai daripada strategi pertahanan negara Sweden dan Switzerland. Mula-mula, ia terdiri daripada lima prinsip utama, iaitu ketenteraan, sivil, ekonomi, sosial dan psikologi, dengan yang keenam, iaitu digital diperkenalkan pada 2019. Strategi ini diperkuatkan oleh slogan pemerintah (kerajaan), iaitu There's A Part For Everyone (segenap rakyat memainkan peranan), dengan lagu patriotik yang sesuai dinamakan sempena slogan itu sebaik sahaja diperkenalkan.
Hari Pertahanan Mutlak disambut pada 15 Februari setiap tahun, iaitu hari kejatuhan Singapura di tangan Jepun pada tahun 1942 semasa Perang Dunia Kedua.
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Sejarah
suntingPada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah daripada Malaysia untuk menjadi sebuah negara merdeka; kerahan tenaga bagi semua warganegara lelaki berkeupayaan yang berumur 16 tahun ke atas telah dilaksanakan dalam bentuk Perkhidmatan Negara (National Service, NS) mulai 15 Mac 1967. Sejak 1980-an lagi, pertahanan ketenteraan diterima umum sebagai lumrah kehidupan di negara kota pulau ini,[1] namun segelintir Ahli Parlimen (AP) mempersoalkan keberkesanan usaha-usaha Kementerian Pertahanan mendekati orang awam dalam memupuk kesedaran mereka terhadap konsep Pertahanan Mutlak. Beberapa soalan telah dikemukakan kepada Menteri Pertahanan Goh Chok Tong semasa sidang parlimen pada 16 Mac 1983.[2] Keesokan harinya, Menteri Negara bagi Pertahanan Yeo Ning Hong menjawab bahawa kemajuan sedang dijalankan dalam program yang akan memberi tumpuan kepada lima perkara utama.[3][4][5]
Semasa Minggu Pertahanan Awam pada 24 September 1983, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Chua Sian Chin mengakui bahawa pemerintah telah terkhilaf kerana tidak memperkenalkan pertahanan awam di samping pertahanan ketenteraan, mengakibatkan orang ramai tidak mempedulikan pertahanan awam, dan oleh itu sedang berusaha membetulkan masalah tersebut dengan menyepadukan kedua-dua pertahanan ke dalam strategi Pertahanan Mutlak.[6]
Pada 6 Januari 1984, pemerintah mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat yang diketuai orang awam mengenai Hubungan Komuniti dalam Pertahanan (Advisory Council on Community Relations in Defence, Accord) untuk menguar-uarkan strategi medianya serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang program itu dengan menjemput penyertaan Ahli Parlimen, ahli perniagaan, kesatuan sekerja dan pemimpin masyarakat. Pemerintah merasakan perlunya orang awam memimpin dalam mempromosikan strategi Pertahanan Mutlak, bukannya anggota tentera.[7] Majlis ini ditubuhkan pada 18 Januari 1984.[8]
Pertahanan Mutlak telah diisytiharkan secara rasmi sebagai strategi Pertahanan Mutlak Singapura pada 22 Januari 1984 dengan lima tonggak, iaitu ketenteraan, sivil, ekonomi, sosial, dan psikologi. [9] [10] Ia dijadikan isi pokok akhbar-akhbar kendalian pemerintah yang menyiarkan ulasan yang menitikberatkan keperluannya, diiringkan dengan senario peperangan yang melampaui skop kebiasaan tentera.[9][10][11] Dalam beberapa bulan yang mendatang, Kementerian Pertahanan melancarkan kempen untuk mempromosikan Pertahanan Mutlak dalam kalangan pelajar, peniaga dan seluruh rakyat.[12][13][14] Didapati bahawa orang-orang tua yang pernah melalui pendudukan Jepun lebih "menyambut baik" inisiatif ini.[15] Bahkan, telah diadakan juga pertandingan-pertandingan untuk mencipta logo dan lagu berdasarkan strategi tersebut.[16][17] Pada tahun 2019, telah ditambahnya pertahanan digital sebagai tonggak keenam Pertahanan Mutlak apabila pemerintah menitikberatkan ancaman yang semakin menjadi-jadi dalam dunia siber.[18] Juga terdapat gesaan oleh Ahli Parlimen untuk menambah pertahanan iklim sebagai tonggak ketujuh untuk menitikberatkan kerentanan Singapura terhadap perubahan iklim dan kenaikan paras laut.[19][20]
Semenjak ditubuhkan lagi, Pertahanan Mutlak telah digunakan secara meluas oleh pihak-pihak pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) secara berturut-turut, lebih-lebih lagi semasa wabak SARS 2003, H1N1 dan COVID-19 2009, krisis ekonomi 1997 dan 2008, serta jerebu tahunan Asia Tenggara.[21][22] Ancaman terorisme dari dalam dan luar negara yang semakin menjadi-jadi juga disebut oleh Pemerintah Singapura sebagai sebab keperluan Pertahanan Mutlak untuk mencegah atau bertindak balas terhadap serangan.[23][24][25]
Enam tonggak
suntingPemerintah Singapura telah mewajarkan Pertahanan Mutlak atas beberapa faktor, iaitu saiz wilayah yang kecil serta jumlah penduduknya yang tidak ramai; kekurangan sumber asli; dan penduduk yang pelbagai kaum dan agama.[26] Dinyatakan bahawa atas faktor-faktor inilah Singapura terdedah kepada pelbagai ancaman seperti terorisme antarabangsa, bencana alam, wabak dan penyebaran maklumat palsu yang boleh mengakibatkan ekonomi menjadi lembap.[27]
Pertahanan ketenteraan
suntingPertahanan ketenteraan melibatkan pelaburan besar dalam persenjataan, latihan dan kelengkapan untuk Angkatan Bersenjata Singapura (Singapore Armed Forces, SAF)[9][28] yang dibiayai oleh Pemerintah Singapura dengan belanjawan pertahanan yang merupakan antara yang tertinggi di rantau ASEAN.[29][30] Angkatan bersenjata yang serba mampu diambil berat sebagai keperluan untuk mencegah sebarang kemungkinan ancaman.[26] Selain perkhidmatan negara dua tahun, tanggungjawab juga terletak pada angkatan askar simpanan untuk menjaga kecergasan fizikal mereka melalui ujian kecekapan fizikal individu (IPPT) tahunan dan latihan dalam kem (ICT) tahunan.[31][32] Syarikat-syarikat korporat digalakkan untuk mewujudkan dasar-dasar "pro-NS" untuk askar simpanan seperti ruang latihan, insentif kewangan dan waktu kerja yang fleksibel, untuk yang mana mereka akan dihargai pada majlis anugerah tahunan.[33]
Pertahanan Awam
suntingPertahanan awam secara amnya merujuk kepada aktiviti Pasukan Polis Singapura dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura yang bertujuan memulihkan ketenteraman semasa krisis negara dengan bantuan penyertaan awam yang aktif.[26] Orang awam menerima latihan pertolongan cemas, ikhtiar hidup dalam kota (urban survival), dan pengurusan sumber darah, air dan makanan.[26][34] Antara perbuatan lain yang dianggap menyumbang kepada pertahanan awam termasuk menderma darah ke tabung darah negara, kerja-kerja sukarelawan, dan menyertai barisan hadapan perubatan.[35][36]
Pertahanan ekonomi
suntingPertahanan ekonomi adalah berkenaan dengan usaha pemerintah untuk memelihara dan membangunkan ekonomi Singapura, malah pemerintah juga menjalankan dasar untuk meningkatkan kemahiran tenaga pekerja.[37][38] Pemerintah Singapura juga bertanggungjawab menyimpan stok bekalan makanan, ubat-ubatan dan kelengkapan perlindungan diri yang mustahak[39][35] di samping mempersiapkan rantaian bekalan sekunder sebagai persediaan berhadapan dengan gangguan.[40][41] Pemuliharaan sumber penting termasuk air diletakkan di bawah pertahanan ekonomi.[37][42]
Pertahanan sosial
suntingPertahanan sosial diadakan daripada dasar-dasar rasmi untuk memelihara perpaduan di kalangan penduduk Singapura yang beraneka ragam melalui kepelbagaian budaya.[43][44] Antara usaha-usaha yang disokong oleh negara termasuk pemimpin-pemimpin agama melibatkan diri dalam sesi antara agama melalui Organisasi Antara Agama (Inter-Religious Organisation); [45] usaha sedemikian diambil berat oleh Pemerintah Singapura demi membendung operasi menghasut oleh pelaku ganas bukan negara.[46] Meningkatkan hubungan antara jiran tetangga juga disenaraikan sebagai sebahagian daripada pertahanan sosial.[46][47]
Pertahanan psikologi
suntingPertahanan psikologi memaksudkan usaha-usaha Pemerintah Singapura untuk mengukuhkan "keazaman dan daya tahan" dalam kalangan rakyat untuk menghadapi krisis yang tidak dijangka, malah dianggap sebagai keperluan untuk memerangi berita palsu.[48] Pemerintah memandang daya tahan psikologi sebagai asas kepada "perjanjian sosial" dan menjadikan Finland sebagai contoh.[48] Usaha meningkatkan kesihatan mental di Singapura juga tergolong sebagai pertahanan psikologi.[49]
Pertahanan digital
suntingPertahanan digital bermaksud usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman keselamatan dalam talian, termasuk penyebaran maklumat kurang tepat, serangan siber dan penipuan memancing data.[18][50] Ancaman ini dilihat amat meruncing disebabkan sifat "terbuka dan berhubung" negara di samping rancangan pemerintah untuk menghalakan negara ke arah ekonomi digital dan konsep Smart Nation.[51] Semua penjawat awam diwajibkan menjalani latihan keselamatan siber, malah pemerintah juga mempertingkat kerja-kerja audit infrastruktur negara.[52]
Peringatan
suntingHari Pertahanan Mutlak
suntingHari Pertahanan Mutlak ditambah ke dalam senarai tarikh peringatan bagi sekolah-sekolah pada 17 Mei 1997,[53] dan pertama kali disambut di peringkat kebangsaan pada 15 Februari 1998[a] yang mana Pasukan Pertahanan Awam Singapura membunyikan Isyarat Pesanan Penting (Important Message Signal) melalui Sistem Amaran Awam seluruh negara dan stesen radio tempatan selama seminit.[55] Tarikh tersebut dipilih sempena memperingati penyerahan Singapura oleh British kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Adat membunyikan isyarat pada mulanya dilakukan pada pukul 12.05 tengah hari Waktu Piawai Singapura, kemudian pada tahun 2015 ia ditukar ke 6.20 petang sempena waktu tepat penyerahan itu pada tahun 1942.[56]
Sekolah-sekolah menjalankan latihan persediaan kecemasan serta catuan makanan dan elektrik, malah boleh menganjurkan lawatan ke pameran pemerinah.[57] Menteri pertahanan juga menyampaikan ucapan pada hari sebelumnya, bersama-sama dengan menteri lain.[47][58]
Upacara peringatan telah diadakan setiap tahun di Taman Memorial Perang sejak 1967 untuk mengenang orang awam yang terkorban semasa pendudukan Jepun.[59][60] Acara ini biasanya melibatkan lebih 1,000 peserta sebelum pandemik COVID-19, tetapi telah dikurangkan kepada 50 untuk 2021. [61]
Logo
suntingGambar-gambar luar | |
---|---|
Poster 12 logo finalis yang tersenarai dalam pertandingan reka cipta 1985 (pemenangnya ialah Opsyen D) | |
Poster 10 logo finalis yang tersenarai dalam pertandingan reka cipta 2019 (pemenangnya ialah Opsyen 1) Singapore Graphic Archives |
Pertandingan mereka bentuk logo untuk Pertahanan Mutlak telah diumumkan pada 8 Mei 1985 lalu dirasmikan pada 1 Jun.[17] Peserta dibahagikan kepada empat segmen masyarakat, iaitu komuniti, pelajar seni, sekolah dan kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura, tanpa had kepada bilangan penyerahan setiap individu.[62] Kementerian Pertahanan menetapkan peraturan bahawa logo haruslah tidak melebihi tiga warna atau berdasarkan mana-mana bahasa.[63][64] Fasa penyertaan berakhir pada 3 Julai, di mana 12 reka bentuk dipilih untuk undian umum.[65] Reka bentuk muktamad akan didedahkan pada Hari Kebangsaan pada 9 Ogos 1985.[66]
Reka bentuk pemenang dicipta oleh artis bebas Berwin See Hak Gei.[67][68] Logo itu menyerupai tanda tabik hormat, dengan lima bentuk anak panah mewakili lima tonggak asal. Juga diterapkan elemen-elemen bendera Singapura iaitu corak bulan sabit dan lima bintang serta warna merah dan putih. Selama bertahun-tahun logo ini telah diubah suai untuk mencerminkan tema kempen yang berbeza-beza saban tahun sambil terpelihara reka bentuk asas lima anak panah yang tersendiri. Antara pindaan yang dilakukan termasuk mengemas kini slogan yang mengiringi logo, melicinkan tepi tajam asal dan menyepadukan anak panah paling kiri ke dalam badan logo pada tahun 2009, dan menambah lapisan kilauan logam pada tahun 2017.[69]
Penambahan tonggak pertahanan digital mewajarkan logo itu direka bentuk semula, maka pertandingan baharu dilancarkan pada 17 September 2019. [70] Seperti pada pertandingan yang lalu, 10 reka bentuk telah dipilih oleh pihak penganjur dan diletakkan untuk undian umum yang berakhir pada 29 Disember.[71] Pemenangnya ialah Samantha Alexa Teng, seorang guru di Sekolah Menengah Queensway yang dianugerahkan pada 15 Februari 2020.[72][73]
Poster dan tema kempen
suntingNexus ialah agensi yang bertanggungjawab untuk Pertahanan Mutlak dan pendidikan bangsa di bawah Kementerian Pertahanan. Poster-poster dan tema-tema kempen pada mulanya tertumpu pada pertahanan ketenteraan dan pertahanan awam, tetapi sejak itu telah berkembang untuk turut memasukkan empat pertahanan yang lain.[74][75]
Tahun | Tema |
1984 | There's a Part for Everyone |
2006 | Stay Vigilant, Be Resilient |
2007 | Confidence, Commitment and Cohesion |
2008 | Total Defence. It's Personal. Play Your Part |
2009 | What Will You Defend? |
2010 | I Will |
2011 | Home – Keeping It Together |
2012 | Total Defence – It's My Turn |
2013 | Will You Stand With Me? |
2014 | Because You Played a Part |
2015 | Our SAF: Giving Strength to Our Nation |
2016 – present | Together We Keep Singapore Strong |
Nota
suntingRujukan
sunting- ^ "Driving home message of Total Defence". Business Times. 3 April 1984. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ "Questions on total defence of Singapore". The Straits Times. 11 March 1983. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ "All should rise to call of defence". The Straits Times. 17 March 1983. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ "Citizens urged to uphold total defence". Business Times. 17 March 1983. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ Boey, Caroline (24 June 1983). "Dr Yeo on why total defence is a must". Singapore Monitor. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ "Mr Chua Sian Chin reveals plans to prepare Singapore in case of war". Singapore Monitor. 24 September 1983. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ Jacob, Paul; Wai, Ronnie (6 January 1984). "Your say in our defence Our defence must be total – Chok Tong". The Straits Times. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ "ACCORD to seek support for total defence concept". Business Times. 6 January 1984. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ a b c "Total Defence". Singapore Monitor. 22 January 1984. Dicapai pada 22 April 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "monitor22jan" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Wai, Ronnie; Chew, Lillian; Jacob, Paul (22 January 1984). "Total Defence – What it means". The Straits Times. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ Ee, Boon Lee (22 January 1984). "We must be ready". Singapore Monitor. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ Wai, Ronnie (22 January 1984). "Mindef gets everyone to rally round". The Straits Times. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ "Totally for Total Defence". Singapore Monitor. 26 February 1984. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ Toh, Su Fen (27 February 1984). "First ever seminar on total defence to be held at constituency level in Singapore". Singapore Monitor. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ Loong, Swee Yin (2 March 1984). "Total defence message for the grassroots". Singapore Monitor. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ "Watch out for the Total Defence jingle". Singapore Monitor. 3 April 1984. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ a b "Search for Total Defence logo". Singapore Monitor. 8 May 1985. Dicapai pada 22 April 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "1985logocompetition" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Baharudin, Hariz (15 February 2019). "Digital defence to be sixth pillar of Total Defence". The Straits Times. Dicapai pada 22 April 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "st15feb2019dd" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Zhang, Jane (1 February 2021). "Make climate the 7th pillar of Total Defence: Seah Kian Peng". Mothership. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ Ong, Justin (30 January 2021). "First climate change motion to be debated in the House next week". The Straits Times. Dicapai pada 26 April 2021.
- ^ Baharudin, Hariz (14 February 2019). "Digital Defence to be sixth Total Defence pillar, signalling importance of cyber security". The Straits Times. Dicapai pada 2 May 2021.
- ^ Lim, Min Zhang (14 February 2021). "Covid-19 pandemic reaffirmed Total Defence as vital to Singapore: Ng Eng Hen". The Straits Times. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ Hussain, Zakir (18 March 2016). "Singapore to step up its strategy to counter terrorism as threat of attack rises: Shanmugam". The Straits Times. Dicapai pada 1 May 2021.
- ^ Tan, Tam Mei (18 February 2019). "Singapore Budget 2019: 30 per cent of total spending set aside for defence, security and diplomacy efforts". The Straits Times. Dicapai pada 1 May 2021.
- ^ Neo, Loo Seng. "Singapore's Total Defence: Overcoming Complacency". S. Rajaratnam School of International Studies. Dicapai pada 1 May 2021.
- ^ a b c d "Factsheet - About Total Defence" (PDF). Ministry of Defence. National Archives of Singapore. Dicapai pada 23 April 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "factsheet" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Total Defence vital to S'pore's well-being: Ng Eng Hen". TODAY. 15 February 2017. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ Mohan, Matthew (1 March 2019). "'Significant and steady investments' in defence required to keep Singapore's future secure: Ng Eng Hen". Channel News Asia. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ Abuza, Zachary (24 July 2019). "Huge army spend is self-serving folly". Bangkok Post. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ Parameswaran, Prashanth (24 February 2020). "What Does Singapore's New Defense Budget Say About the Country's Security Thinking?". The Diplomat. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ "Many still in the dark about the front-line roles of our reservists". Singapore Monitor. 21 March 1985. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ Ng, Keng Gene (3 September 2020). "IPPT, ICT to resume progressively from October; NSmen returning for training will get tested for Covid-19". The Straits Times. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ "Better workplaces with National Service-friendly policies". The Straits Times. 6 January 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ Lim, Min Zhang (15 February 2021). "Total Defence Day: SCDF front-liner keeps going in challenging times". The Straits Times. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ a b Ho, Olivia (20 February 2021). "Total defence will help Singapore get through coronavirus outbreak: Chan Chun Sing". The Straits Times. Dicapai pada 23 April 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "ccs20feb2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Blood donations a shared responsibility in fostering a strong Singapore". The Straits Times. 16 August 2016. Dicapai pada 23 April 2021.
- ^ a b "United we stand, divided we fall". TODAY. 14 February 2018. Dicapai pada 24 April 2021.
- ^ "Enhance your employability over the horizon". gov.sg. Dicapai pada 24 April 2021.
- ^ Lam, Lydia (17 March 2020). "Singapore has months' worth of stockpiles, planned for disruption of supplies from Malaysia for years: Chan Chun Sing". CNA. Dicapai pada 24 April 2021.
- ^ "Building up Singapore's stockpiles of food and essential supplies". The Straits Times. 25 October 2020. Dicapai pada 24 April 2021.
- ^ Aw, Cheng Wei (5 October 2020). "Parliament: Keep calm and diversify supply chain to ride out coronavirus outbreak, says Chee Hong Tat". The Straits Times. Dicapai pada 24 April 2021.
- ^ Aw, Cheng Wei (5 March 2020). "No amount of stockpiling will help if residents don't keep calm". The Straits Times. Dicapai pada 24 April 2021.
- ^ Abdul Rahman, Muhammad Faizal (25 July 2019). "Foreign influence ops are a reality, but Singaporeans shouldn't overreact". The Straits Times. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ Ong, Wei Chong. "Singapore's Total Defence: Shaping The Pillars". S. Rajaratnam School of International Studies. Dicapai pada 26 April 2021.
- ^ Yuen, Sin (28 April 2020). "Religious leaders pledge to maintain solidarity and strengthen social defence amid Covid-19 crisis". The Straits Times. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ a b Teo, Dominic (15 February 2016). "Boosting social bonds 'vital part of Total Defence'". The Straits Times. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ a b Koh, Fabian (15 February 2021). "S'poreans banded together in spirit, actions in strong show of Total Defence against Covid-19: Zaqy Mohammad". The Straits Times. Dicapai pada 22 April 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "st15feb2021zagy" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Aw, Cheng Wei (15 February 2018). "Drive to build up social, psychological defences". The Straits Times. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ Phua, Rachel (14 October 2020). "Jobs, mental health and the environment: What MPs said in the debate on Singapore's post-pandemic strategy". CNA. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ "Building a country's digital defence". GovInsider. 14 August 2020. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ Mohit, Sagar (17 February 2019). "Mr Iswaran launches digital defence campaign at the Total Defence Commemoration". OpenGov Asia. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ Loh, Victor (26 February 2019). "The Big Read: As more cyberattacks loom, Singapore has a weak 'first line of defence'". Channel NewsAsia. Dicapai pada 25 April 2021.
- ^ "Special dates to note". The New Paper. 17 May 1997.
Mark these dates. They will be added to the school's calendar of days to commemorate. They include: Total Defence Day on Feb 15.
- ^ "Pupils find the 'taste of war' quite tasteless". The Straits Times. 14 February 1998.
- ^ "Sirens". The New Paper. 14 February 1998.
On Sunday at noon, the sirens of the Public Warning System will sound island-wide for one minute. This is in conjunction with total defence day, to mark the fall of Singapore to the Japanese during World War II.
- ^ Kumar, Chitra (12 February 2016). "SCDF to sound Public Warning System on Feb 15, in support of Total Defence Day". The Straits Times. Dicapai pada 1 May 2021.
- ^ Chua, Clarice (3 February 2020). "7 Total Defence Day Activities That Every Singaporean Kid From The 90s Used To Do". The Smart Local. Dicapai pada 1 May 2021.
- ^ "Minister for Defence Dr Ng Eng Hen's 2021 Total Defence Day Message". MINDEF Singapore. Dicapai pada 22 April 2021.
- ^ Rashith, Rahimah (19 February 2018). "War memorial service pays tribute to civilian victims". The Straits Times. Dicapai pada 1 May 2021.
- ^ "Remembering civilian victims of Japanese Occupation". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 16 February 2019. Dicapai pada 10 June 2020.
- ^ Yong, Clement (15 February 2021). "50 gather at war memorial to remember victims of Japanese occupation, launch e-book". The Straits Times. Dicapai pada 1 May 2021.
- ^ "Big total defence logo contest for all". The Straits Times. 8 May 1985. Dicapai pada 2 May 2021.
- ^ "Search for logo to express total defence". Business Times. 8 May 1985. Dicapai pada 2 May 2021.
- ^ "This may be the most important contest you ever get involved in". The Straits Times. 17 May 1985. Dicapai pada 11 May 2021.
- ^ "Free trip to China for logo contest winner". The Straits Times. 12 July 1985. Dicapai pada 2 May 2021.
- ^ "One of these four will be symbol of Total Defence". The Straits Times. 30 July 1985. Dicapai pada 2 May 2021.
- ^ "Total Defence". Singapore Graphics Archive. Dicapai pada 2 May 2021.
- ^ "Pride is seeing your work marched past". The Straits Times. 10 August 1985. Dicapai pada 5 May 2021.
- ^ "Fact Sheet: Total Defence Logo". MINDEF Singapore (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 June 2020.
- ^ Lim, Clara Grimonia (17 September 2019). "First-ever redesign of Total Defence logo open to public". AsiaOne. Dicapai pada 2 May 2021.
- ^ Cheung, Rainer (7 January 2020). "Big winners of Total Defence logo competition went with their heart". AsiaOne. Dicapai pada 2 May 2021.
- ^ Chia, Osmond (17 February 2020). "Arrowing a winner: Total Defence gets new logo". The New Paper. Dicapai pada 2 May 2021.
- ^ "Minister Chan Chun Sing: Total Defence is Singapore's Best Response to Evolving Challenges". MINDEF Singapore. Dicapai pada 2 May 2021.
- ^ "Fact Sheet: Evolution and History of Total Defence over the past 35 years". MINDEF Singapore (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 June 2020.
- ^ Teo, Dominic (16 February 2016). "See how Total Defence Day has evolved through the years". The Straits Times. Dicapai pada 2 May 2021.