Persekutuan Pertubuhan India Malaysia
Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) merupakan pertubuhan naungan bagi persatuan-persatuan India Malaysia. Presiden PRIMA ialah A. Rajaretinam. Mereka mengadakan aktiviti di Wisma Tun Sambanthan , Kuala Lumpur, Malaysia.
Tuntutan perjuangan
sunting- Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam di Jabatan Perdana Menteri bagi mengendali isu-isu sensitif yang melibatkan soal keagamaan pelbagai kaum secara profesional dan efektif.
- Jabatan Perpaduan Negara hendaklah ditukar nama kepada Jabatan Perpaduan dan Hal Ehwal Bukan Islam.
- Pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang
- Penyertaan pemimpin India dalam kabinet Malaysia
- Penyertaan golongan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam
- Nasib sekolah Tamil
- Soal keagamaan
- Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).[1]