Persekitaran organisasi
Rencana ini adalah dalam satu format senarai yang mungkin lebih baik dipamerkan dengan menggunakan prosa. Anda boleh menolong dengan menukarkan rencana ini kepada prosa, jika sesuai. Suntingan bantuan boleh digunakan. (Disember 2013) |
Persekitaran
sunting- Organisasi mesti disesuaikan kepada persekitaran jika ingin kekalkan atau mempertingkatkan keberkesanan
- Organisasi mesti berada dalam kerangka sistem terbuka
- Persekitaran meliputi institusi atau kuasa yang boleh memberi kesan kepada prestasi organisasi di mana organisasi tidak mempunyai kawalan terus ke atasnya
- Persekitaran memberi kesan yang besar terhadap perkembangan dan naik turun sesebuah organisasi
Persekitaran umum vs khusus
sunting- Persekitaran umum meliputi keadaan yang mungkin mempunyai impak ke atas organisasi tetapi kerelevanannya tidak begitu jelas
- Persekitaran khusus ialah sebahagian daripada persekitaran yang mempunyai kerelevanan terus ke atas organisasi dalam usaha mencapai objektif
Persekitaran khusus
sunting- Persekitaran khusus sesebuah organisasi berubah mengikut domain yang dipilih
- Domain merujuk kepada penonjolan organisasi dari sudut barangan atau perkhidmatan yang diberikan dan juga pasaran yang dimasukki
- Universiti Putra Malaysia dan UM adalah IPTA tetapi telah mengenal pasti domain yang berlainan
Persekitaran sebenar vs persepsi
sunting- Persekitaran yang objektif atau sebenar
- Persekitaran yang dipersepsikan oleh pengurus
- Bukti menunjukkan ukuran ciri persekitaran sebenar dan ukuran persekitaran yang dipersepsikan tidak mempunyai hubungan yang kuat
- Bagaimanapun, dalam banyak hal persepsi yang digunakan oleh pengurus dalam membuat keputusan berkaitan dengan reka bentuk organisasi
Ketidaktentuan persekitaran
sunting- Tidak semua persekitaran sama
- Sesetengan organisasi berhadapan dengan persekitaran yang agak statik, manakala yang lain berhadapan dengan persekitaran yang sangat dinamik
- Ketidaktentuan adalah ancaman kepada keberkesanan organisasi
- Pengurusan akan cuba meminimumkan ketidaktentuan
Kajian Burn dan Stalker
sunting- Struktur mekanistik
- Bercirikan kompleksiti, formalisasi dan pusatan yang tinggi
- Melakukan tugas rutin, sangat bergantung kepada tingkah laku yang diprogramkan, dan memberi gerak balas yang agak lambat kepada perkara yang tidak biasa
- Struktur organik
- Secara relatifnya boleh disesuaikan kepada persekitaran dan fleksibel, dengan tumpuan kepada komunikasi mendatar di sebalik menegak, pengaruh berasaskan kepakaran dan pengetahuan di sebalik kedudukan autoriti, tanggungjawab didefinisikan agak longgar di sebalik definisi kerja, dan penekanan ke atas perubahan maklumat di sebalik memberi arahan
- Mereka mempercayai bahawa struktur yang efektif ialah struktur yang dapat disesuaikan dengan keperluan persekitaran, yang membawa maksud menggunakan reka bentuk mekanistik dalam persekitaran yang stabil dan boleh ditentukan, dan menggunakan bentuk organik dalam persekitaran yang bergelora atau dinamik
Kajian Emery dan Trist
sunting- Empat (4) jenis persekitaran yang sesebuah organisasi mungkin hadapi, iaitu:
- The placid-randomized environment
- The placid-clustered environment
- The disturb-reactive environment
- The turbulent-field environment
Persekitaran placid-randomized
sunting- Secara relatif tidak berubah, oleh itu tidak mendatangkan ancaman besar kepada organisasi
- Permintaan disebar secara rawak, dan perubahan berlaku secara perlahan
- Apabila perubahan berlaku, ia tidak dapat diramalkan
- Ketidaktentuan adalah rendah
- Kerana perubahan berlaku dengan lambat dan rawak, pengurus tidak banyak mengambil kira persekitaran dalam membuat keputusan
Persekitaran placid-clustered
sunting- Perubahan lambat, tetapi ancaman kepada organisasi berlaku dalam bentuk kelompok di sebalik rawak kuasa-kuasa dalam persekitaran bergabung antara satu sama lain
- Contoh, pembekal input dan pengedar output mungkin mengabung tenaga untuk menjadi satu gabungan yang kuat
- Oleh itu penting kepada organisasi mengetahui persekitarannya di sebalik menunggu ancaman secara rawak berlaku baru memberi respons
Persekitaran disturb-reactive
sunting- Lebih komplek
- Terdapat banyak pesaing
- Satu atau lebih organisasi dalam persekitaran yang cukup besar untuk mengenakan pengaruhnya ke atas persekitarannya dan juga persekitaran organisasi lain
- Organisasi perlu membentuk perancangan, mengira tindakan pesaing dan mengambil tindakan balik yang perlu
- Persaingan memerlukan keluwesan untuk hidup, dan struktur organisasi menghala ke arah nyah pusat
Persekitaran turbulent-field
sunting- Lebih dinamik dan mempunyai ketidaktentuan yang tinggi
- Perubahan sentiasa berlaku, dan elemen dalam persekitaran lebih banyak bergabung antara satu sama lain
- Kerana perubahan adalah dramatik dan tidak boleh diramal, usaha pengurus untuk bertindak melalui perancangan tidak banyak mempunyai nilai positif
- Organisasi mungkin perlu sentiasa membentuk produk atau perkhidmatan baru untuk terus hiudp
- Organisasi mungkin perlu menilai semula hubungannya dengan agensi kerajaan, pelanggan dan pembekal secara berterusan
- Model mereka juga selari dengan dapatan kajian tentang teknologi, di mana lebih kurang rutin teknologi, ketidaktentuan akan bertambah, bentuk mekanistik menjadi kurang efektif, maka lebih baik menggunakan bentuk struktur yang luwes.
- Teknologi rutin berkait dengan kestabilan, dan ia dikendali dengan baik oleh struktur yang dikoordinasi dengan baik dan berbentuk struktur yang tinggi
- Ketidaktentuan bermakna ketidakstabilan dan berpotensi untuk perubahan yang cepat dan utama hanya struktur yang luwes dapat memberi respons yang pantas kepada perubahan seperti ini
Kajian Lawrence dan Lorsch
sunting- Mengkaji industri plastik, makanan, and kotak bungkusan
- Industri plastik mempunyai persaingan yang tinggi
- Industri kotak bungkusan tidak mempunyai produk baru yang signifikan
- Industri makanan berada di antara kedua-dua industri
- Penyelidik cuba memadankan persekitaran dalaman indutri dengan persekitaran luaran
- Mereka menghipotesiskan bahawa industri yang lebih berjaya terdiri daripada industri yang dapat memadankan persekitaran dalaman dengan persekitaran luaran
- Mereka mempercayai organisasi yang berhadapan dengan persekitaran luaran yang bergelora, komplek dan pelbagai akan mempunyai perbezaan yang besar antara bahagian-bahagiannya
- Jika persekitaran luaran pelbagai dan persekitaran dalaman yang sangat berbeza, maka timbul keperluan untuk mencari mekanisma yang dapat mengintergrasi unit-unit berkenaan supaya tidak bergerak dalam arah yang berlainan
- Mereka juga mendapati firm berprestasi tinggi mempunyai struktur yang dapat disesuaikan dengan permintaan persekitarannya
Perubahan persekitaran dan kompleksiti persekitaran
suntingPerubahan persekitaran
sunting- Berubah daripada statik kepada dinamik
- Lebih sukar kepada pengurusan membuat keputusan jika persekitarannya dinamik
- Jika semua perkara sama, pengurusan lebih suka berhadapan dengan persekitaran yang statik daripada dinamik kerana persekitaran ini memberi peluang untuk membuat ramalan
Kompleksiti persekitaran
sunting- Merujuk kepada jumlah komponen luaran yang boleh mempengaruhi operasi organisasi
- Apabila ia mudah, hanya terdapat sedikit komponen yang perlu dimantau oleh pengurusan, dan komponen itu pula agak sama (homogenous)
- Apabila persekitaran komplek, terdapat banyak komponen yang perlu dimantau, dan komponen itu agak berlainan (heterogenous)
- Penambahan kepada kompleksiti membawa kepada nyah pusat, yang membolehkan organisasi memantau dengan lebih dekat dan efektif perkembangan komponen persekitaran yang pelbagai itu
Perubahan-Kompleksiti
sunting- Statik-Mudah
- Statik-Komplek
- Dinamik-Mudah
- Dinamik-Komplek
Statik-Mudah
sunting- Persepsi ketidaktentuan rendah
- Persekitaran: tidak banyak komponen dalam persekitaran dan komponen-komponen yang ada agak sama antara satu sama lain serta tidak banyak berubah
- Struktur: Tinggi kompleksiti, tinggi formalisasi dan pusatan
Statik-Komplek
sunting- Secara sederhana persepsi ketidaktentuan rendah
- Persekitaran: Banyak komponen dalam persekitaran dan komponen-komponen ini tidak sama antara satu sama lain tetapi kekal dalam keadaan yang sama
- Struktur: Tinggi kompleksiti, tinggi formalisasi dan nyah pusat
- Contoh: hospital, universiti
Dinamik-Mudah
sunting- Secara sederhana persepsi ketidaktentuan tinggi
- Persekitaran: Tidak banyak komponen dalam persekitaran; komponen-komponen ini agak sama antara satu sama lain dan berada dalam proses perubahan yang berterusan
- Struktur: Kompleksiti rendah, formalisasi rendah dan pusatan
Dinamik-Komplek
sunting- Tinggi persepsi ketidaktentuan
- Persekitaran: Banyak komponen dalam persekitaran; komponen-komponen ini tidak sama antara satu sama lain dan mereka berada dalam proses perubahan yang berterusan
- Struktur: Kompleksiti rendah, formalisasi rendah dan nyah pusat
- Contoh: Firma elektronik
Mengukur ketidaktentuan persekitaran
suntingRate each of the following variables on the scale from 1 to 5 with 1 as highly predictable and 5 as highly unpredictable
Pandangan populasi-ekologi
sunting- Membahaskan bahawa persekitaran memilih jenis-jenis organisasi tertentu untuk hidup manakala yang lain mati berasaskan penyesuaian antara ciri-ciri struktur dengan ciri-ciri persekitaran
- Mereka membahaskan bahawa bentuk organisasi mesti disesuaikan dengan persekitaran atau menemui kegagalan
Proses perubahan organisasi
sunting- Mengenali terdapat variasi dalam dan antara organisasi
- Memilih variasi yang dapat disesuaikan dengan persekitaran
- Mekanisma pengekalan yang boleh mengekalkan dan menghasilkan variasi-variasi yang dipilih secara positif
Persekitaran dan kompleksiti
sunting- Kompleksiti dan ketidaktentuan persekitaran berkiat secara songsang
- Telah didapati organisasi yang memberi perhatian kepada agen persekitaran khusus mempunyai sedikit lapisan hiraki
- Aktiviti pada sempadan organisasi yang mempunyai banyak interaksi dengan persekitaran boleh diramalkan mempunyai kompleksiti rendah
Persekitaran dan formalisasi
sunting- Persekitaran stabil membawa kepada formalisasi tinggi persekitaran stabil tidak memerlukan banyak keperluan untuk bertindak cepat, dan aktiviti pekerja boleh di ‘standardize’
- Bagaimanakah dengan keadaan persekitaran dinamik? Adakah formalisasi tinggi?
Persekitaran dan pusatan
sunting- Lebih komplek persekitaran, lebih nyah pusat strukturnya
- Jika terdapat banyak faktor dan komponen yang tidak sama wujud dalam persekitaran, organisasi boleh hadapi ketidaktentuan melalui nyah pusat
- Perbezaan dan kepelbagaian dalam persekitaran boleh dihadapi melalui nyah pusat
- Kekabutan yang ekstrim dalam persekitaran menghendaki organisasi mempusatkan strukturnya buat sementara waktu sehingga kekabutan itu berlalu