Perpustakaan Sultanah Zanariah
Perpustakaan Sultanah Zanariah merupakan mercu tanda dan pusat maklumat dan rujukan bagi pelajar dan staf Universiti Teknologi Malaysia di Johor, Malaysia. Perpustakaan ini telah dirasmikan pada tanggal 3 Februari 1991 oleh DYMM Paduka Baginda Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad, Sultanah Johor.[1]
Perpustakaan Sultanah Zanariah kini menawarkan sistem perpustakaan digital yang baru dibangunkan bagi menyokong kandungan sedia ada dengan capaian mudah kepada maklumat eletronik membuktikan Perpustakaan Sultanah Zanariah sentiasa fokus bagi memberikan penggunanya perkhidmatan terbaik dan terkini bagi capaian maklumat sejagat dengan menggunakan teknologi maklumat.
Perpustakaan Sultanah Zanariah juga telah diiktiraf sebagai mematuhi piwaian MS ISO 9001:2000 Sirim, yang membuktikan kejayaannya dalam pentadbiran perpustakaan.
Visi
suntingPerpustakaan Terunggul Menyediakan Perkhidmatan dan Sumber Ilmu Pengetahuan yang Cemerlang Ke Arah Pendidikan dan Penyelidikan Bertaraf Dunia.
Misi
suntingMemperkaya Sumber Ilmu Pengetahuan dan Inovasi Perkhidmatan Seiring Perkembangan Maklumat.
Objektif
sunting- Untuk menyediakan perkhidmatan berasaskan maklumat kepada pengguna.
- Untuk mengurus maklumat selaras dengan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, perundingan, dan penerbitan universiti.
- Untuk mempromosikan perkhidmatan maklumat kepada komuniti dalaman dan luaran UTM.
- Untuk memupuk budaya berasaskan pengetahuan dan mindset kecemerlangan dalam kalangan komuniti dalaman dan luaran UTM.
- Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru
- Perpustakaan UTM Kuala Lumpur
- Perpustakaan UTM Pagoh
- Perpustakaan MJIIT, UTM Kuala Lumpur
- Perpustakaan IBD, UTM Johor Bahru
Hubungi Kami
suntingPerpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai
Johor
Malaysia
Tel : 607-5576160
Fax : 607-5572555
Pautan luar
sunting- ^ Santun Bertamu Darjat Berzaman: Komemoratif Sedekad (1998-2008) Sistem Pengurusan Kualiti Perpustakaan Sultanah Zanariah. Skudai, Johor Darul Ta'zim: Penerbit UTM. 2008. m/s. 3. ISBN 978-983-52-0469-2.
- ^ a b UTM Library Portal https://library.utm.my/vision-mission-goals/. Missing or empty
|title=
(bantuan)