Perpustakaan Negara Kosovo
Perpustakaan Negara Kosovo (Albania: Biblioteka Kombëtare e Kosovës ; Serbia: Народна библиотека Косова, rumi: Narodna biblioteka Kosova ) merupakan institusi perpustakaan tertinggi di Kosovo yang dibina oleh Dewan Perhimpunan dan terletak di Pristina. Misi perpustakaan adalah untuk mengumpul, memelihara, mempromosi dan menjadikan dokumentari dan khazanah intelektual Kosovo mudah diakses. Ia terkenal kerana sejarah unik dan gaya reka bentuk bangunan yang direka oleh arkitek Croatia, Andrija Mutnjaković, serta beberapa kontroversi.
Perpustakaan Negara Kosovo | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Perpustakaan, perpustakaan akademik, perpustakaan negara, historic site, architectural heritage monument |
Ditubuhkan | 1944 |
Arkitek | Andrija Mutnjaković |
Ruj. mandat undang-undang | The Government Approval Document for The National Library of Kosovo |
No. telefon | +381 (0)38 212 416, +381 (0)38 249 650 |
Laman sesawang | biblioteka-ks |
Koleksi | |
Item terkumpul | buku, jurnal, surat khabar, majalah, manuskrip, peta, gambar dan sumber digital |
Saiz koleksi | 1,890,194 |
Capaian dan penggunaan | |
Edaran | 5,000 |
Anggota bagi | |
Pengurusan | |
Pengarah | Fazli Gajraku |
Lokasi | |
Koordinat | 42°39′26″N 21°9′44″E / 42.65722°N 21.16222°EKoordinat: 42°39′26″N 21°9′44″E / 42.65722°N 21.16222°E |
Negara | Kosovo |
Lokasi | Pristina, Kosovo[a] |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingPenubuhan
suntingSejarah penubuhan perpustakaan di Kosovo bermula sejak abad ke-14 dan 15.[1] Koleksi-koleksi masyarakat Kristian dan Islam merupakan koleksi tertua perpustakaan di Kosovo.[2]
Perpustakaan institusi Kosovo diasaskan secara rasmi pada Disember 1944 di bandar Prizren, yang pada masa itu merupakan ibu kota Wilayah Autonomi Kosovo.[3]
Pada tahun 1982, perpustakaan telah berpindah ke bangunan kini yang ibina di Pristina, ibu kota Kosovo yang baharu.
Selama bertahun-tahun nama Perpustakaan Negara telah berubah bergantung pada kedudukan politik di Kosovo.[4]
Tahun | Nama |
---|---|
1944–1952 | Perpustakaan Daerah Wilayah Autonomi Kosovo |
1956–1961 | Pusat Perpustakaan Wilayah Autonomi Kosova dan Metohija |
1961–1970 | Perpustakaan Wilayah Negara |
1970–1990 | Perpustakaan Negara dan Universiti Kosovo |
1990–1999 | Perpustakaan Negara dan Universiti Kosovo dan Metohija |
1999–2014 | Perpustakaan Negara dan Universiti Kosovo |
2014- kini | Perpustakaan Negara Kosovo |
Perhatikan bahawa bekas nama rasmi Perpustakaan Negara Kosovo pada asalnya di Albania dan boleh didapati dalam jurnal perpustakaanBibloletra
1989–1999
suntingPada tahun 1989, status Kosovo sebagai wilayah autonomi Serbia telah dibatalkan, puluhan ribu warga Kosovo Albania yang bekerja di sektor awam telah kehilangan pekerjaan mereka, dan pelajar Albania telah dihalang dari mengambil kursus dalam bahasa Albania. Koleksi-koleksi di perpustakaan awam dan swasta di Kosovo telah dibakar dan dimusnahkan.
Perpustakaan kemudiaannya digunakan untuk menempatkan sejumlah besar pelarian dari Bosnia-Herzegovina dan Croatia yang melarikan dari negara mereka disebabkan Perang Yugoslavia. Selepas pendudukan NATO di Kosovo pada bulan Jun 1999, ia telah mendedahkan bahawa Tentera Yugoslavia telah menggunakan perpustakaan sebagai pusat perintah-dan-kawalan. Bahan-bahan dalam perpustakaan telah dicuri, perabot telah dirosakkan dan kad katalog telah dibuang.
Menurut organisasi-organisasi kebangsaan dan antarabangsa, kira-kira 100,000 buku berbahasa Albania telah dihantar ke kilang kertas di Lipjan untuk pulpa. Antara buku tersebut adalah koleksi khazanah negara, yang mengandungi sejarah dan asal-usul negara.
[5]
Pengorganisasian semula
suntingSelepas perang di Kosovo, terdapat kehendak dan keinginan yang besar untuk membina semula bangunan perpustakaan dan membangunkansemula perkhidmatan perpustakaan di semua peringkat. Ia telah dilakukan dengan bantuan sekumpulan pakar dari UNESCO, CoE dan IFLA.[6]
Kumpulan pakar ini telah menjalankan program latihan yang berbeza seperti: Perundangan dan Pentadbiran, Perpustakaan Mudah Alih, Rekonstruksi, Buku dan Bacaan, Latihan dan Pembangunan Profesional Teknologi Maklumat, Warisan Budaya, Kanak-kanak dan Belia, Program Akses Terbuka, Sokongan Inisiatif dan sebagainya.[7] Semasa pengornisasian semula Perpustakaan Negara Kosovo telah dibantu oleh banyak institusi seperti Kedutaan Amerika Syarikat, OSCE, Zentralbibliothek Zürich, Inisiatif Artis Jerman, Raiffeisen Bank.[8]
Seni bina dan kontroversi
suntingMenurut arkitek Perpustakaan Negara Kosovo, bangunan mewakili penggabungan gaya Byzantine dan seni bina Islam.[9] Dalam sumber yang lain, kenyataan sebenar arkitek tersebut bahawa projek ini mempunyai kaitan dengan tradisi seni bina pra-Romanesque Balkan, yang dipertimbangkan bersama-sama projek lain untuk bangunan Perpustakaan Negara Sarajevo.[10]
Selain itu, bangunan ini juga dilihat kepada reaksi kepada impersonaliti Gaya Antarabangsa dan cubaan untuk menggabungkan cara moden dengan tradisi serantau serta seni bina luar bandar,[11] tetapi juga sebagai gaya Moden-Metabolis.[12]
Selain kenyataan dari arkitek, terdapat beberapa kontroversi yang lain. Antaranya yang paling terkenal adalah yang menghubungkan kubah bangunan dengan topi kebangsaan Albania "plisi".[13] Ini menyebabkan ahli politik Serbia bertindak balas dengan sangat kuat mengenai kemunculan bangunan itu.[14]
Selain itu, projek ini bertujuan untuk mendamaikan hubungan antara orang Serbia dan Albania. Kubahnya merupakan kombinasi mandian Turki di Prizren dan Patriarchate of Peć.[15]
-
Roset sirkular oleh Simon Shiroka.
-
Roset oleh Simon Shiroka mengenai seorang lelaki tua memakai topi Albania, "Plisi".
-
Salah satu kubah dalam perpustakaan.
Koleksi
suntingPerpustakaan Negara Kosovo mempunyai 1,890,194 buah bahan dengan 475,324 judul, iaitu 382,806 daripadanya adalah buku dan 281,591 adalah majalah, 984,022 surat kahar and 241,775 bahan-bahan lain. Di antara tahun 2004 dan 2009, perpustakaan telah ditambah dengan kira-kira 30,000 judul baharu.[16]
Pada tahun 2013, jumlah koleksi perpustakaan telah mencapai 2 juta.[17]
Koleksi yang jarang ditemui seperti buku lama, surat khabar lama dan majalah lama, manuskrip Albania dengan grafik [[Latin, Greek dan Arab merupakan antara khazanah berharga yang terdapat di perpustakaan ini.[18]
Buku tertua yang terdapat di Perpustakaan Negara Kosovo adalah Historia de vita et gestis Scanderbegi Epirotarum principis oleh Marin Barleti. Buku ini ditulis dalam bahasa Latin.[19]
Nota
sunting- ^ Kosovo merupakan sebuah subjek yang menjadi pertikaian antara Republik Kosovo dan Republik Serbia. Republik Kosovo mengistiharkan kemerdekaan secara unilateral pada 17 Februari 2008, tetapi Serbia berterusan mendakwa ia adalah sebahagian daripada wilayah berdaulatnya. Dua buah kerajaan ini mula menormalkan hubungan pada tahun 2013, sebagai sebahagian daripada Persetujuan Brussels. Kosovo menerima pengakuan rasmi sebagai sebuah negara merdeka daripada 111 daripada 193 Negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Rujukan
sunting- ^ BKUK (2009). "65-vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 2: 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-01. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Riedlmayer, Andras. "Libraries and archives in Kosova: a postwar report". Fine Arts Library, Harvard University. Bosnian Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-15. Dicapai pada 2018-05-02.
- ^ BKUK (2004). "60 vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 3: 1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-03-10. Dicapai pada 2018-05-02.
- ^ BKUK (2009). "65-vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 2: 10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-01. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Carsten Frederiksen, Frode Bakken (April 2000), Libraries in Kosovo, IFLA/FAIFE Report
- ^ Carsten Frederiksen, Frode Bakken (April 2000), Libraries in Kosovo, IFLA/FAIFE Report, m/s. 4
- ^ Carsten Frederiksen, Frode Bakken (April 2000), Libraries in Kosovo, IFLA/FAIFE Report, m/s. 10
- ^ BKUK (2009). "65-vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 2: 12. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-01. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Carsten Frederiksen, Frode Bakken (April 2000), Libraries in Kosovo, IFLA/FAIFE Report, m/s. 23
- ^ Patricia Kiš. "Andrija Mutnjaković: Mislili su da se rugam, a ja nisam želio biti prosječan".
- ^ Onup Magazine. "National Library".
- ^ World Architecture Map. "Kosovo National Library".
- ^ Qeveria e Kosoves. "Biblotekat".
- ^ Dnevno. "The strangest library in the world?".
- ^ Dnevno. "The strangest library in the world?".
- ^ BKUK (2009). "65-vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 2: 10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-01. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ kultplus (2013). "BKUK shënoi 69-të vjetorin e themelimit".
- ^ BKUK (2009). "65-vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 2: 10. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-05-01. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ BKUK (2004). "60 vjet të Biblotekës Kombëtare dhe Universitare të Kosovës" (PDF). Bibloletra. 3: 14. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-03-10. Dicapai pada 2018-05-02.
Pautan luar
sunting- Biblioteka Kombëtare e Kosovës "Pjetër Bogdani"
- Biblioteka "HIVZI SULEJMANI"
- Akademia e Shkancave dhe Arteve te Kosoves
- The International Federation of Library Associations and Institutions