Perpustakaan Kuala Lumpur
Perpustakaan Kuala Lumpur Dataran Merdeka (English: Kuala Lumpur Library) merupakan Perpustakaan Utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perpustakaan Kuala Lumpur juga mempunyai 13 rangkaian cawangan disekitar Kuala Lumpur.
Perpustakaan Kuala Lumpur | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Perpustakaan awam |
Ditubuhkan | 1989 |
No. telefon | +603-26123500 |
Laman sesawang | kllibrary |
Pengurusan | |
Pengarah | Rosidah Binti Ismail |
Lokasi | |
Koordinat | 3°08′51″N 101°41′34″E / 3.14754°N 101.69281°EKoordinat: 3°08′51″N 101°41′34″E / 3.14754°N 101.69281°E |
Negara | Malaysia |
Lokasi | 1, Jalan Raja, Dataran Merdeka 50050, Kuala Lumpur |
sunting · sunting di Wikidata |
Latar Belakang
suntingPerpustakaan Kuala Lumpur bermula dengan penubuhan Pustaka Bimbingan Kanak-Kanak pada tahun 1977 di Jalan Tun Razak. Pada tahun 1981, sebuah lagi cawangan telah dibuka di Taman Tun Dr. Ismail, kedua-dua perpustakaan ini ditubuhkan khas untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar telah merasmikan Pustaka Peringatan Kuala Lumpur pada 29 Mac 1989 sebagai sebuah perpustakaan awam dan mini muzium sejarah Kuala Lumpur untuk warga kota. Ia kemudiannya ditukar nama kepada Perpustakaan Kuala Lumpur pada tahun 2000 untuk memperlihatkan peranan sebuah perpustakaan menghadapi perubahan yang drastik di alaf baru. Kini Perpustakaan Kuala Lumpur bersedia memberi perkhidmatan di bangunan yang telah diduduki semenjak tahun 2004.
Rangkaian Cawangan
sunting- Pustaka KL @ Taman Tun Dr Ismail
- Pustaka KL @ Medan Idaman
- Pustaka KL @ Lembah Pantai
- Pustaka KL @ Muhibbah
- Pustaka KL @ Bandar Baru Sentul
- Pustaka KL @ Pudu Sentral
- Pustaka KL @ Setiawangsa
- Pustaka KL @ Bandar Tun Razak
- Pustaka KL @ Desa Tun Razak
- Pustaka KL @ Gombak Setia
- Pustaka KL @ Sri Sabah
- Pustaka KL @ Sri Pantai
- Pustaka KL @ Jelatek
Alamat
suntingPerpustakaan Kuala Lumpur
No. 1, Jalan Raja,
50050 Kuala Lumpur
tel : 03-26123500
faks: 03-2693 7313
emel: kllibrary@dbkl.gov.my
Keahlian Perpustakaan
suntingKeahlian Perpustakaan Kuala Lumpur adalah PERCUMA kepada mereka yang berumur seawal usia 4 tahun dan menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran.
Koleksi
sunting- Koleksi Umum
- Koleksi Kuala Lumpur (KLRC)
- Koleksi Ekonomi & Perniagaan
- Koleksi Masakan
- Koleksi Muzik & Kesenian
- Koleksi Sasterawan Negara
- Koleksi Anugerah Khas
- Koleksi Audio Visual
- Koleksi E-Buku & E-Majalah
Perkhidmatan & Kemudahan
sunting- Peminjaman dan Pemulangan
- Mesin Peminjaman dan Pemulangan Layan Diri
- Bilik Kreatif
- Bilik dan Ruang Interaktif (Perpustakaan Kanak-Kanak)
- D'Studio
- De Cube
- Komputer dan Internet
- Wifi Percuma
Pautan Luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perpustakaan Kuala Lumpur |