Perpustakaan Bandaraya Waterford
Perpustakaan Bandaraya Waterford, juga dikenali dengan Perpustakaan Pusat, ialah sebuah perpustakaan awam di Waterford, Ireland. Ia merupakan perpustakaan Carnegie pertama dibina di Ireland. Dermawan Andrew Carnegie, yang sebelum ini membuka perpustakaan di Scotland dan Amerika Syarikat, sendiri meletakkan batu asas perpustakaan ini pada 1903.[1]
Perpustakaan ini dibina di atas Gerbang Perawan, sebahagian daripada tembok bandar zaman pertengahan di bandaraya ini.[2] Tunggul menara di sebelah Gerbang Perawan di Laluan Perawan boleh dilihat melalui kaca di lantai perpustakaan semasa waktu buka perpustakaan.[3]
Perkhidmatan Perpustakaan di Waterford
suntingPerpustakaan Pusat ialah cawangan utama Perpsutakaan Bandaraya dan Kaunti Waterford, sebahagian daripada Majlis Bandaraya dan Kaunti Waterford. Perpustakaan Waterford mempunyai 12 cawangan perpustakaan awam yang tersebar di seluruh Bandaraya dan Kaunti Waterford, dengan ibu pejabatnya berpusat di pinggir Bandaraya Waterford.
Perpustakaan Waterford kerap digunakan oleh 16,000 ahli dan merekodkan melebihi 500,000 lawatan dan 500,000 pinjaman setiap tahun. Perpustakaan Pusat Waterford ialah salah satu daripada lapan pusat Europe Direct di Ireland, sebahagian daripada rangkaian titik hubungan tempatan yang berfungsi sebagai penghubung langsung antara warganegara dan institusi Kesatuan Eropah.
Seni bina
suntingBangunan gaya klasik itu dibina di tapak sudut menggunakan batu kapur Kilkenny. Ia adalah struktur yang dilindungi.[4] Pada 2004, perpustakaan itu dibuka semula selepas diubah suai oleh Arkitek McCullogh Mulvin untuk usia seratus tahunnya. [5]
Pameran
suntingImej perpustakaan telah dipaparkan di Pameran Dwitahunan Seni Bina Venice 2008.[6] Tajuk pameran berkenaan, "Kehidupan Ruang", bertujuan untuk menimbulkan pelbagai tafsiran, "mencadangkan bahawa, walaupun ruang boleh mengandungi banyak nyawa, mereka juga boleh menjalani banyak kehidupan sendiri".[7]
Lihat juga
suntingCarnegie terus membiayai empat lagi perpustakaan di Kaunti Waterford :
Rujukan
sunting- ^ (20 October 1903), "Waterford honors Carnegie", New York Times
- ^ "Waterford". Irish Walled Towns Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-15.
- ^ Pollock, Dave. (PDF) https://irishwalledtownsnetwork.ie/wp-content/uploads/2024/02/Medieval-Waterford-City-Walls-and-Towers_Illustrated-Guide.pdf. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ National Inventory of Architectural Heritage. "Waterford City Carnegie Free Library". Dicapai pada 16 August 2012.
- ^ WorkGroup (2024-07-14). "Waterford City Library". McCullough Mulvin (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-15.
- ^ "Official website of the library". Dicapai pada 14 August 2012.
- ^ "Lives of Spaces". Dicapai pada 15 August 2012.
- ^ Waterford Leader Partnership. "Ballyduff". Dicapai pada 15 August 2012.
- ^ FUSIO. "Cappoquin Carnegie Free Library, Main Street, CAPPOQUIN, Cappoquin, WATERFORD". Buildings of Ireland (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-07-15.
- ^ "Tallow library". Dicapai pada 2019-10-26.