Perpisahan Tanpa Relamu[1] merupakan album studio pertama yang dihasilkan oleh Jamal Abdillah pada tahun 1980. Ahmad Nawab juga bertindak sebagai penerbit serta komposer untuk kebanyakan lagu dalam album ini. Selain itu, Akbar Nawab juga memainkan peranan untuk menyusun lagu seperti "Bingkisan Untuk Mu", "Remaja Hanya Sekali" dan "Mekar Sekuntum Mengharum Tidak". Lagu "Malam Pertama" adalah salah satu lagu barat versi Bahasa Melayu yang bertajuk "Savannah Nights" dinyanyikan oleh Tom Johnston. Beliau dikatakan amat bertuah pada ketika itu kerana dapat bekerja dengan komposer yang hebat dan terkenal iaitu Ahmad Nawab setelah mendapat gelaran "Juara Bintang RTM 1979".
|
No. | Tajuk | Penulis | Masa | |
---|
1. | "Perpisahan Tanpa Relamu" | Ahmad Nawab, Rahmat Zaki | 3:10 |
2. | "Nasib Diriku" | Ahmad Nawab, Rahmat Zaki | 3:26 |
3. | "Malam Pertama" | Tom Johnston, Rahmat Zaki | 2:50 |
4. | "Keluhan Perantau" | Ahmad Nawab, Rahmat Zaki | 4:00 |
5. | "Cendrawasih" | S. Hamid | 3:37 |
6. | "Lancang Kuning" | Tradisional | 3:48 |
|
|
No. | Tajuk | Penulis | Masa | |
---|
1. | "Juliana" | Ahmad Nawab, Rahmat Zaki | 4:56 |
2. | "Senandung Kasih" | Ahmad Nawab, Rahmat Zaki | 3:13 |
3. | "Bingkisan Untuk Mu" | Akbar Nawab, Rahmat Zaki | 3:07 |
4. | "Cinta dan Tangis" | Hakcipta Terpelihara | 4:57 |
5. | "Remaja Hanya Sekali" | Akbar Nawab, Nordin Che Din | 2:54 |
6. | "Mekar Sekuntum Mengharum Tidak" | Akbar Nawab, Nordin Che Din | 2:49 |
|