Peroksida
Peroksida merujuk kepada kelompok sebatian yang memiliki ikatan tunggal antara dua atom oksigen dan boleh muncul dalam sebatian organik serta tak organik. Kumpulan O-O dalam sesebuah peroksida boleh dipanggil sebagai kumpulan peroksida atau kumpulan perokso. Peroksida juga boleh merujuk kepada sebatian hidrogen peroksida, sebatian peroksida yang paling umum.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/ed/H2O2_gas_structure.svg/220px-H2O2_gas_structure.svg.png)
Jenis peroksida
suntingDalam kimia organik
suntingDalam kimia organik, peroksida merujuk kepada struktur R-O-O-R', di mana R dan R' merupakan sebarang kumpulan organik.[1] Sekiranya salah satu daripada R diambil alih oleh atom hidrogen, maka sebatian hidroperoksida terhasil dengan struktur R-O-O-H.
Dalam kimia tak organik
suntingIon peroksida dalam kimia tak organik merujuk kepada anion O22− yang juga mempunyai ikatan tunggal antara atom-atom oksigen.[1] Atom-atom oksigen dalam ion peroksida memiliki tahap pengoksidaan +1, tidak seperti ion oksida.
Rujukan
sunting- ^ a b Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "peroxides". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.