Permaisuri Dangyeong
Permaisuri Dangyeong (7 Februari 1487 - 27 Disember 1557), dari suku Geochang Shin, ialah nama anumerta yang dikurniakan kepada isteri dan permaisuri pertama Yi Yeok, Raja Jungjong, raja Joseon ke-11. Baginda ialah Permaisuri Joseon selama tujuh hari pada bulan September 1506, setelah itu baginda dikenali sebagai Permaisuri Shin yang Diguling (폐비 신씨).
Permaisuri Dangyeong 단경왕후 | |||||
---|---|---|---|---|---|
Permaisuri Joseon | |||||
Tempoh | 18 September 1506 – 25 September 1506 | ||||
Keputeraan | 7 Februari 1487 Kerajaan Joseon | ||||
Kemangkatan | 27 Disember 1557 Kerajaan Joseon | (umur 70)||||
Pasangan | Yi Yeok, Raja Jungjong (k. 1499–1506) | ||||
| |||||
Kerabat | Geochang Shin | ||||
Ayahanda | Shin Soo-Geun | ||||
Bonda | Puan Besar Cheongwon dari suku Cheongju Han |
Kehidupan
suntingBaginda dilahirkan pada 7 Februari 1487 semasa pemerintahan Raja Seongjong. Ayahandanya, Shin Soo-geun adalah anggota suku Geochang Shin. Adik perempuannya, Permaisuri Jeinwondeok, ialah permaisuri utama Raja Yeonsangun. Ibundanya, isteri kedua Shin Soo-geun, ialah anggota suku Cheongju Han.
Pada tahun 1499, baginda berkahwin dengan Putera Besar Jinseong, putera kepada Seongjong, pada usia 13 tahun. Sebagai isteri putera raja, baginda mendapat gelaran Bubuin (Hangul: 부부인, Hanja: 府 夫人). Ibunya diberi gelaran kerajaan "Puan Besar Cheongwon dari suku Cheongju Han, Puteri Damping kepada Putera Dalaman" (Hangul: 청원부부인 청주 한씨, Hanja:淸原府夫人 淸州 韓氏), dan ayahandanya diberi gelaran diraja "Putera Dalaman Ikchang, Shin Soo-geun" (Hangul: 익창부원군 신수근, Hanja: 益昌府院君 愼守勤)
Pada tahun 1506, Raja Yeonsan telah digulingkan, dan pada hari yang sama, askar-askar milik pemimpin kudeta mengepung rumah Jinseong. Jinseong hendak membunuh dirinya sendiri, memikirkan bahawa Yeonsan kelak akan membunuhnya juga; tetapi Puteri Shin menegahnya. Ketika suaminya menjadi raja (nama kuil: Jungjong), baginda menjadi permaisuri. Tetapi memandangkan ayahandanya ialah abang ipar kepada Raja Yeonsan; dia menentang Jungjong menaiki takhta yang menyebabkan dia dibunuh. Disebabkan kejadian ini, Permaisuri juga digulingkan dan diusir dari istana. Ketika Yun Myung-hye (dikenali sebagai Permaisuri Janggyeong) yang merupakan permaisuri kedua Jungjong mangkat pada tahun 1515, para penyokong Ratu yang digulingkan mencadangkan untuk mengembalikannya, tetapi para pegawai menentang idea itu dan bahkan menyebabkan penyokongnya dibuang negeri.
Shin yang telah digulingkan mendapat bantuan daripada pengganti Jungjong, Injong, untuk menjadikan hidupnya lebih baik. Baginda mangkat pada tahun 1557, tanpa anak, dan dikebumikan di kubur keluarga. Makamnya diberi nama Olleung. Baginda terus disebut sebagai Permaisuri Shin yang Diguling sehingga Raja Yeongjo secara rasmi mengelarkannya sebagai Permaisuri Dangyeong pada tahun 1739.[1][2]
Gelaran
sunting- 7 Februari 1487 - 1499: Puan Besar Shin, anak perempuan Shin Soo-geun, dari suku Geochang Shin
- 1499 - 18 September 1506: Puteri Damping Shin dari suku Geochang Shin (부부인 신씨, 府 夫人 愼 氏)
- 18 September 1506 - 25 September 1506: Permaisuri Ratu (왕비, 王妃)
- Gelaran selepas kematian: Permaisuri Dangyeong (단경왕후)
Dalam budaya popular
sunting- Digambarkan oleh Kim Hee-jung dalam siri TV SBS 2001 Ladies in the Palace.
- Digambarkan oleh Yoon Suk-hwa dalam siri TV SBS 2017 Saimdang, Memoir of Colors.
- Digambarkan oleh Park Si-eun dan Park Min-young dalam siri TV KBS2 2017 Queen for Seven Days.
Rujukan
sunting- ^ "Olleung Royal Tomb, Yangju". CHA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-09. Dicapai pada 2016-02-19.
- ^ Cultural Heritage Administration. Nomination of Royal Tombs of the Joseon Dynasty for Inscription on the World Heritage List (pdf). UNESCO. m/s. 136. Dicapai pada 2015-12-03.
Pautan luaran
sunting- 단경왕후 (dalam bahasa Korea). Doosan Encyclopedia.
Permaisuri Dangyeong Geochang Shin clan
| ||
Gelaran Diraja | ||
---|---|---|
Didahului oleh Permaisuri Jeinwondeok dari suku Geochang Shin |
Permaisuri Joseon 18 − 25 September 1506 |
Diikuti oleh: Yun Myung-hye, Permaisuri Janggyeong dari suku Papyeong Yun |