Perkahwinan sejenis di Taiwan
Perkahwinan sejenis di Taiwan telah dibenarkan sejak 24 Mei 2019, menjadikan ia negara pertama di Asia yang membenarkan perkahwinan sejenis. Pada 24 Mei 2017, Mahkamah Perlembagaan Taiwan memutuskan undang-undang perkahwinan sebagai tidak berperlembagaan, dan hak berperlembagaan untuk kesamarataan dan kebebasan berkahwin menjamin bagi pasangan sejenis hak untuk berkahwin di bawah Perlembagaan Taiwan. Keputusan itu memberikan Yuan Perundangan tempoh dua tahun untuk membawa undang-undang agar terpakai, kemudian pendaftaran bagi mana-mana perkahwinan akan dikuat kuasa secara automatik.[1][2] Pada November 2018, pengundi Taiwan meluluskan referendum untuk menghalang pengiktirafan perkahwinan sejenis dalam Tatalaku Awam. Pemerintah memberi maklum balas dengan mengesahkan bahawa mereka tidak akan meminda undang-undang perkahwinan sedia ada dalam Tatalaku Awam, tetapi lebih bersedia untuk mewujudkan undang-undang asing untuk pasangan sejenis.[3]
Pada 20 Februari 2019, sebuah draf rang undang-undang membolehkan perkahwinan sejenis dan memberikan pasangan sejenis yang telah berkahwin hampir semua hak yang tersedia untuk pasangan heteroseks telah diterbitkan.[4][5] Yuan Eksekutif meluluskannya, menghantarnya ke Yuan Perundangan untuk penilaian pantas.[6] Rang undang-undang lulus pada 17 Mei,[7] dan ditandatangani oleh Presiden Tsai Ing-wen pada 22 Mei. Ia mula berkuat kuasa pada 24 Mei 2019.[8] Pada 2023, pasangan sejenis diberikan hak untuk mengambil anak angkat.
Pada 2024, pasangan lintas selat diberikan hak untuk berkahwin, walaupun di bawah prosedur yang sama seperti pasangan heteroseksual.
Lihat juga
suntingNota
suntingRujukan
sunting- ^ Wu, J. R. (24 May 2017). "Taiwan court rules in favor of same-sex marriage, first in Asia". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 May 2019. Dicapai pada 18 May 2019.
- ^ "Judicial Yuan Interpretation No. 748". Yuan Kehakiman. 24 May 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2020. Dicapai pada 18 May 2019.
- ^ Everington, Keoni (30 November 2018). "After referendum defeat, Taiwan's premier calls for creating special law for marriage equality". Taiwan News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2018. Dicapai pada 5 December 2018.
- ^ "Act for Implementation of J.Y. Interpretation No. 748". Laws & Regulations Database of The Republic of China. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2020. Dicapai pada 6 October 2019.
- ^ "Marriage equality bill handled well". Taipei Times (Editorial). 22 February 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2019. Dicapai pada 22 February 2019.
- ^ "Taiwan's Cabinet passes same-sex marriage bill". Taiwan Today. 22 February 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2019. Dicapai pada 25 February 2019.
- ^ "Taiwan legalises same-sex marriage in first for Asia". Pink News. 17 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2019. Dicapai pada 17 May 2019.
- ^ Hollingsworth, Julia (17 May 2019). "Taiwan passes same-sex marriage bill, becoming first in Asia to do so". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2019. Dicapai pada 17 May 2019.
Pautan luar
sunting- "Act for Implementation of J.Y. Interpretation No. 748". Laws & Regulations Database of The Republic of China (Taiwan). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 February 2024.