Perjalanan ke Barat

Hikayat Perjalanan ke Barat  (Cina Tradisional: 西遊記; Cina Mudah: 西游记; Hanyu Pinyin: Xīyóu-jì ; Wade-Giles: Hsiyu-chi ) ialah satu daripada Empat Novel Klasik Agung dalam kesusasteraan Cina; bahkan juga dianggap karya sastera terulung Asia Timur.[1] Pada asalnya diterbitkan secara tanpa nama pengarang pada dekad 1590-an semasa Dinasti Ming, dan walaupun bukti langsung tentang pengarangnya tidak wujud, buku ini telah dikatakan ditulis oleh cendekiawan Wú Chéng'ēn sejak abad ke-20.

Hikayat Perjalanan ke Barat
Sehalaman cetakan kayu terawal karya
pada abad ke-16
Umum
PengarangWú Chéng'ēn
Tajuk asal
西遊記
NegaraChina
Bahasabahasa Cina
Penerbitan
Penterjemahbanyak
Penerbitbanyak
Tarikh penerbitan
1590-an
Jenis media
Cetak ()

Novel ini ialah pemerihalan cereka tentang legenda-legenda yang melibatkan ziarah sami Xuanzang ke India semasa Dinasti Tang untuk memperoleh teks keagamaan ajaran Buddha. Bodhisattva Guānyīn memberikan tugas ini kepada Xuanzang dan tiga orang pengikut yang mengiring dan melindunginya iaitu Sūn Wùkōng, Zhū Bājiè dan Shā Wùjìng, bersama dengan putera naga yang bertindak sebagai kuda untuk Xuánzàng. Keempat-empat watak ini telah bersetuju untuk membantu Xuánzàng supaya dapat menebus dosa-dosa mereka yang terdahulu.

Sesetengah cendekiawan mencadangkan bahawa buku ini ialah karya sindiran terhadap kerajaan Cina yang lemah ketika itu. Perjalanan ke Barat amat mempengaruhi budaya rakyat, mitologi, dan sistem-sistem nilai Cina, dengan dewa-dewa Taoisme dan Buddhisme masih membayangkan kepercayaan budaya rakyat Cina pada hari ini.

Sebahagian daripada kepopularan novel ini yang lama bertahan berasal daripada kesan-kesannya yang bertindak pada beberapa peringkat: selain merupakan sebuah cerita pengembaraan yang sangat baik serta pemberi wawasan rohaniah, ia juga mengalegorikan penziarahan ke India itu sebagai suatu perjalanan perseorangan menuju ke kecerahan.

Jalan cerita

sunting

Barisan watak utama

sunting
 
Gambaran watak berempat hikayat dari Susur Panjang Istana Musim Panas

Senarai terjemahan

sunting

Dalam bahasa Melayu

sunting
  • Hikayat Jelajah ke Barat. Diterjemahkan oleh Woo Tack Lok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2015.

Dalam bahasa Inggeris

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Kherdian, David (2005). Monkey: A Journey to the West. m/s. 7. is probably the most popular book in all of East Asia.

Pautan luar

sunting