Perisian iklan, sering dipanggil sebagai perisian sokongan pengiklanan oleh pembangunnya, ialah perisian yang menjana pendapatan untuk pembangunnya dengan menjana iklan dalam talian secara automatik di dalam antara muka pengguna perisian atau pada skrin yang diperlihat kepada pengguna semasa proses pemasangan. Perisian ini boleh menjana dua jenis pendapatan iaitu paparan iklan dan mekanisme "bayar per klik", di mana pengguna mengklik pada iklan tersebut. Sesetengah iklan juga bertindak sebagai perisian pengintip,[1] mengumpul dan melaporkan data tentang pengguna, untuk dijual atau digunakan bagi pengiklanan bersasar atau pemprofilan pengguna. Perisian iklan mungkin menjalankan iklan dalam pelbagai cara, termasuklah paparan kotak statik, paparan sepanduk, skrin penuh, video, iklan timbul atau dalam beberapa bentuk lain. Semua bentuk pengiklanan membawa risiko kesihatan, etika, privasi dan keselamatan kepada pengguna.

Microsoft Encyclopedia of Security 2003 dan beberapa sumber lain menggunakan istilah "perisian iklan" secara berbeza: "sebarang perisian yang memasang sendiri pada sistem anda tanpa pengetahuan anda dan memaparkan iklan apabila pengguna melayari internet",[2] iaitu, satu bentuk perisian hasad.

Sesetengah pembangun perisian menawarkan perisian mereka secara percuma dan bergantung pada pendapatan daripada iklan untuk mendapatkan semula perbelanjaan mereka dan menjana pendapatan. Ada juga yang menawarkan versi perisian dengan bayaran tanpa pengiklanan.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Spyware Workshop: Monitoring Software On Your Personal Computer: Spyware, Adware, and Other Software: Report of the Federal Trade Commission Staff" (PDF). ftc.gov (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan. Mac 2005.
  2. ^ Tulloch, Mitch (2003). Koch, Jeff; Haynes, Sandra (penyunting). Microsoft Encyclopedia of Security (dalam bahasa Inggeris). Redmond, Washington: Microsoft Press. m/s. 16. ISBN 978-0-7356-1877-0.