Perhimpunan Agung UMNO 2006
Perhimpunan Agung UMNO 2006 diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Kuala Lumpur merupakan persidangan tahunan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu edisi ke 57.Persidangan ini berlansung dari 13 November 2006 sehingga 17 November 2006.
Persidangan agung ini merupakan medan untuk para pemimpin UMNO dari seluruh negara kecuali dari Sarawak(UMNO tidak mempunyai cawangan di Sarawak) untuk memberikan pendapat, pandangan dan perbincangan dengan seluruh perwakilan UMNO mengenai hal-hal parti, perjuangan Melayu serta hal-hal mengenai pentadbiran kerajaan.
Perhimpunan kali ini dirasmikan oleh presiden parti UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Selain itu perhimpunan ini dihadari oleh presiden-presiden parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB dan lain-lain.
12 Gagasan Presiden UMNO
suntingPresiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggariskan 12 gagasan di dalam perhimpunan agung semasa ucapan dasarnya.Gagasan ini pernah dibentangkannya di Dewan Rakyat pada 3 November 2003.12 gagasan tersebut ialah:
- Kepimpinan politik berperanan sebagai penggerak dan peneraju kepada kepimpinan lain
- Sistem demokrasi disuburkan melalui tanggungjawab secara kolektif
- Membangunkan modal insan melalui program pendidikan berkualiti dan holistik
- Menjamin pertumbuhan ekonomi dengan menerokai sumber baru
- Membangunkan masyarakat perdagangan, perindustrian bumiputera, masyarakat sains dan teknologi bumiputera
- Mengiktiraf peranan sektor swasta untuk menjana pertumbuhan ekonomi
- Meningkatkan prestasi sektor awam sebagai pemudah cara membantu sektor swasta
- Menangani rasuah dengan penekanan kepada pendekatan pencegahan disamping pendekatan punitif
- Menguatkusakan undang-undang secara tegas lagi telus terutama menangani jenayah
- Menggalakkan penyertaan aktif warga muda dan emansipasi wanita yang lebih seimbang
- Mempertahankan kedaulatan negara bangsa di peringkat antarabangsa
- Mmbina perpaduan nasional melalui semangat berkongsi kuasa sebagai tunjang kekuatan negara bangsa