Pergilah Air Mata ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Jo Yusof dibintangi Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, dan Reen Rahim. siri ini memulakan tayangan di Slot Widuri (TV1) bermula 10 Julai 2016 [1]

Pergilah Air Mata
Genre
Berdasarkan daripada
Pergilah Air Mata karya Hanni Ramsul
PengarahJo Yusof
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanBiarlah Rahsia - Siti Nurhaliza
Lagu penutupBiarlah Rahsia - Siti Nurhaliza
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Adam Ariez
  • Wan Zarra Rania
PenerbitWan Zamri Wan Ab Kadir
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal10 Julai 2016 – 30 Oktober 2016

Sinopsis

sunting

Kisahnya bermula dengan watak utama Sabrina (Nelydia Senrose), seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli).

Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pilihan Badrul, Dayana (Izreen Azminda) sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.Malah Sabrina turut tidak disenangi kehadirannya oleh Datin Hamidah,ibu mentuanya.Hanya Datuk Hamidi (Mustapha Kamal) yang menyayanginya sebagai menantu .Ikmal (Amar Asyraf) ,bekas kekasih Sabrina pula tidak boleh melupakan wanita itu yang hampir menjadi tunangannya.Sabrina sering dibuli oleh Badrul sehingga menjadi tawanannya.Sabrina dikongkong sementara Dayana,dibiarkan bebas bersosial dan bekerja.

Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina.

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?

Situasi yang berlaku tersembunyi hikmah bila mana Badrul berubah sikap menjadi pemarah dan panas baran, namun akhirnya menjadi seorang yang penyayang kepada isteri-isterinya.

Pelakon

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Drama Pergilah Air Mata MyInfoTaip. Dicapai 9 Julai 2016