Percheron
Percheron merupakan sejenis baka kuda penarik yang berasal di lembah sungai Huisne di Perancis utara, di bekas wilayah Perche yang menjadi asal-usul namanya. Biasanya berwarna kelabu atau hitam, kuda Percheron berotot tegap dan dikenali dengan kepintaran dan kerajinannya. Walaupun asal-usulnya tidak pasti, namun leluhur kepada baka ini wujud di lembah tersebut sekitar abad ke-17. Asalnya ia dibiak baka untuk kegunaan sebagai kuda perang. Lama-kelamaan, ia mula digunakan untuk menarik kereta kuda, disusuli dengan tujuan pertanian dan pengangkutan barangan berat. Pada lewat abad ke-18 dan awal abad ke-19, baka ini ditambah darah kuda Arab. Eksport kuda Percheron dari Perancis ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain meningkat secara mendadak pada akhir abad ke-19, malah daftar baka Percheron tulen yang pertama dicipta di Perancis pada tahun 1883.
Kuda Percheron dengan adang-adang | ||
Ciri-ciri unggul: | Baka kuda penarik yang tangkas. Lazimnya berwarna kelabu atau hitam. Berkaki kemas, kuat dan jinak. | |
Negara asal: | Perancis | |
Standard baka | ||
Les Haras Nationaux (Perancis): | Standard baka | |
Percheron Horse Association of America: | Standard baka | |
British Percheron Horse Society: | Standard baka | |
Kuda (Equus ferus caballus) |
Sebelum Perang Dunia Pertama, ribuan ekor Percheron dieksport dari Perancis ke Amerika Syarikat, tetapi selepas meletusnya perang, perkapalan tergendala akibat embargo. Baka ini digunakan secara meluas di Eropah sewaktu perang, malah sesetengah kuda dihantar kembali dari AS ke Perancis untuk membantu usaha perjuangan. Mulai tahun 1918, kuda Percheron mulai dibiak baka di Great Britain, dan pada 1918 ditubuhkannya British Percheron Horse Society. Setelah perubahan nama dan pertukaran pemilik daftar baka berturt-turut, daftar Pecheron sulung di AS terbentuk pada 1934. Pada 1930-an, 70 peratus jumlah kuda penarik di AS adalah Percheron, namun bilangannya merosot besar selepas Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun, jumlahnya kembali pulih dan setakat tahun 2009, sekitar 2,500 ekor kuda baka ini didaftarkan secara tahunan di Amerika Syarikat sahaja. Baka ini masih digunakan secara meluas untuk kerja penarikan, malah di Perancis ia diternak untuk dagingnya. Kuda Percheron telah dikacukkan dengan beberapa baka kuda ringan seperti Criollo untuk mencipta baka kuda untuk kerja meragut serta sukan. Percheron baka tulen digunakan untuk kerja-kerja perhutanan serta menarik pedati, serta dijadikan haiwan sukan untuk show jumping dan sebagainya.
Rujukan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Percheron |