Perbincangan portal:Sukan

Ulasan terkini: 3 tahun lalu oleh Bo Jing Lim pada topik Cadangan penubuhan Wikiprojek Sukan

Templat:WikiProjek Sukan dan permainan

Bahagian Tahukah anda perlu di rombak. Saya tidak bersetuju dengan diletakkan rencana yang begitu sempurna disitu. Keluang hitam (bincang) 10:51, 23 September 2017 (UTC)Balas

Kita sama-sama boleh mengemaskinikannya. Rachun Dunia (bincang) 11:05, 23 September 2017 (UTC)Balas

Cadangan penubuhan Wikiprojek Sukan

sunting

Salam sejahtera, saya mencadang agar Wikiprojek Sukan ditubuhkan untuk tujuan yang berikut:

  • Usaha mewujudkan dan menyunting rencana-rencana yang berkaitan dengan acara sukan (seperti Sukan Olimpik dan Sukan SEA) boleh menjadi lebih cepat, efektif dan kurang membebankan apabila kerja tersebut dapat dibahagikan dan dilakukan bersama-sama oleh beberapa penyunting.
  • Istilah-istilah sukan (cth:tempat/gelanggang/venue yang lebih sesuai? lumba dayung/lumba perahu dayung?) dan gaya penulisan rencana sukan dapat diseragamkan.
  • Topik-topik yang popular seperti badminton dan pasukan negara Malaysia dapat dikembangkan dan ditambah baik agar rencana mempunyai maklumat yang lebih lengkap dan mendalam.
  • Portal:Sukan dan keputusan sese pertandingan sukan dapat diuruskan dan dikemas kini

Oleh sebab saya nampak banyak Wikiprojek yang sudah tidak aktif, saya berpandangan bahawa Wikiprojek Sukan ini boleh bersifat sementara dan hanya diaktifkan semula semasa ada acara-acara sukan utama yang berlangsung. Saya turut nampak beberapa ahli Wikipedia yang berminat dalam sukan yang tertentu seperti badminton dan bola sepak, jadi mungkin kita boleh menjemput mereka ke Wikiprojek ini dan mereka boleh memilih untuk menyumbang dalam bidang-bidang yang mereka minati sahaja.

Apakah pandangan para ahli Wikipedia? Bo Jing Lim (bincang) 11:05, 1 September 2021 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Sukan".