Perbincangan kategori:Rencana yang memerlukan terjemahan

Latest comment: 14 tahun lalu by Aurora in topic Had masa terjemahan

"Selain itu, pastikan ayat-ayat terjemahan mematuhi tatabahasa Bahasa Melayu Piawaian."

Ayat di atas digunakan dalam laman hadapan ini. Saya berasa sedih kerana ayat ini menggesa semua penterjemah untuk menggunakan tatabahasa yang betul, namun ayat tersebut sendiri disusun tanpa menggunakan tatabahasa yang betul.

Justeru ingin sekali lagi saya tegur para penulis semua supaya tidak menterjemahkan mana-mana artikel secara direct kerana inilah yang membuat artikel-artikel bahasa Melayu Wikipedia menjadi haprak. Sebagai contoh, saya ingin mengemukakan versi saya untuk ayat di atas, "Selain itu, pastikan ayat-ayat terjemahan anda ditulis menggunakan tatabahasa yang betul." Tidak perlu pun menterjemah Standard Malay Language kepada Bahasa Melayu Piawaian. Menterjemah sekadar untuk difahami oleh orang lain, bukan menukar Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu 100 peratus.

Justeru marilah kita semua berusaha memantapkan lagi wikipedia Bahasa Melayu ini. Sekian, terima kasih.

-Jim Marvel-

Had masa terjemahan

sunting

Perlukan kita meletakkan satu garis masa bagi sesebuah rencana untuk diterjemah? Saya dapati banyak dari rencana-rencana ini telah berada selama beberapa tahun di sini tanpa disiapkan. Apa yang perlu dilakukan hanya buangkan mana-mana seksyen yang masih belum selesai diterjemah. Dengan cari ini, ms.wiki tampak lebih tersusun dan terjaga. Zamwan (bincang) 05:36, 7 April 2010 (UTC)Balas

Saya tak kisah. Berapa lama anda rasa sesuai? ...Aurora... (b) 14:28, 7 April 2010 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Rencana yang memerlukan terjemahan".