Perbincangan Wikipedia:WikiProjek Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu

Ulasan terkini: 16 tahun lalu oleh Muhraz pada topik Sakojap
Anda dijemput untuk menyertai perbincangan usul mengenai RUWM. Kerjasama anda amat dialu-alukan.

Ruang nama

sunting

"Wikiprojek:" bukannya ruang nama yang sah. Gunakan ruang nama yang sedia ada: "Wikipedia:".—Aviator, 03:35, 9 September 2008 (UTC)Balas

Haha, maaf, tadi tidak sempat alihkan kerana lewat ke kelas. Sekarang sudah dialihkan. :) — kurkur[binc|sumb] 05:01, 9 September 2008 (UTC)Balas

Penganjur

sunting

Siapa yang akan menganjurkan atur cara ini? Universiti? Kelab? Kalau kita berkerjasama dengan FOSS-MY (Persatuan Perisian Bebas dan Sumber Terbuka Malaysia) macam mana? Mereka akan menganjurkan seminar dan bengkel di Kuala Lumpur (tempat belum ditentukan), 8 November ini. Sebab Wikipedia pun mempunyai motif "bebas dan sumber terbuka", saya rasa tak salah kita menyertai mereka. Lagipun, komuniti kita sedikit. Saya tanya penganjur, dia jangka ada lebih kurang 40-100 orang yang akan hadir dan dia ajak komuniti-komuniti yang kecil (seperti Ubuntu-MY, Fedora-MY) menyertai mereka dan buat bengkel. Macam mana kalau kita gabung dengan mereka? Mereka juga mengalu-alukan siapa-siapa yang berminat menyampaikan ceramah. Perkembangan mengenai atur cara ini boleh dipantau di Persatuan Perisian Sumber Terbuka/Percuma Malaysia (FOSS.my).—Aviator, 13:28, 10 September 2008 (UTC)Balas

Saya betulkan pautan Aviator tadi. Ada sedikit masalah dengan URL. Cadangan yang baik. Mungkin di situ boleh mula untuk promosi Wikipedia, lebih-lebih lagi wiki-ms. Cuma saya tak pasti apa yang boleh wikipedian dapat daripada perjumpaan FOSS itu nanti. Berbalik kepada Rapat Umum, saya rasa lebih baik dibuat perjumpaan atau majlis ramah mesra terlebih dahulu, sebelum ada aktiviti konkrit. Cuma, kalau dibuat dalam tahun ini, saya tak pasti samada boleh turut serta atau tidak. --Tikar aurum (bincang) 14:56, 10 September 2008 (UTC)Balas
Baru pertama kali jumpa terus nak gabung dengan orang lain ke? Kenal pun belum. Kali pertama buat kecil2an sudahlah. Tak perlu libatkan orang luar, sama ada sebagai penganjur atau peserta. Senang cerita, di mana aktiviti ini dibuat, orang di situ jadi penganjur. Tugas penganjur yg utama ialah cari tempat mesyuarat. ...Aurora... (bincang) 15:09, 11 September 2008 (UTC)Balas
Tikar aurum...ikutlah kami jadi panitia..Che (bincang) 02:25, 14 September 2008 (UTC)Balas

Siapa penganjur RUWM? Soalan yang perlu direnungkan dalam-dalam. Saya tidak rasa kita perlukan pihak luar untuk menganjurkannya. Kita ini adalah komuniti sendiri. RUWM dianjurkan sebagai aktiviti luar alam siber, di dunia nyata. Tatkala Aviator mem'perli' (ke memerli?) yang ramai peserta tetapi tiada panitia, saya pun tertanya-tanya juga. Saya mahu membantu dalam menganjur (merancang) tetapi tidak boleh jadi panitia. Saya kini berada di luar negara, dan hanya akan kembali ke tanah air paling awal bulan September 2009. Cadangan saya, anggaplah RUWM ini sebagai perjumpaan, party tupperware, reunion atau yang sewaktu dengannya. Tak perlu formal sampai menelan banyak belanja. RUWM ini kali pertama. Penubuhan Wikimedia Deutschland dibuat dalam perjumpaan mesra sewaktu kem berkaitan perisisan sumber terbuka dan bebas. Mereka tidak berjumpa kerana adanya penganjur luar. Mereka berjumpa sekadar mahu berkenalan mata ke mata. Wikimania juga dianjurkan dengan asas yang sama. Cuma kebelakangan ini, acara itu menjadi semakin formal. Oleh itu, cadangan bertemu di acara FOSS.my pula punya ada faedahnya. Setidak-tidaknya, ilmu boleh diperoleh melalui bengkel-bengkel di sana. Renung-renungkanlah.--Tikar aurum (bincang) 15:33, 11 September 2008 (UTC)Balas

ok..kalau kat luar...takpe....mungkin sebelum perjumpaan yang formal...kita buat dulu yang tidak formal..sekadar ramah mesra..RUWM boleh dibuat...tetapi yang itu kena ada perancangan yang teliti...beri masa yang lama supaya semua orang bersedia..Che (bincang) 01:14, 15 September 2008 (UTC)Balas
Saya tiada bantahan sekiranya kita mahu buat secara tidak formal terlebih dahulu. Kita mula dari bawah, lama-kelamaan kita berkembang. kurkur 01:30, 15 September 2008 (UTC)Balas
sETUJU...Che (bincang) 04:20, 18 September 2008 (UTC)Balas

Pendapat dan soalan saya - Jay

sunting

Pertama - Mengenai cadangan untuk berkerjasama dengan FOSS-MY, kita mesti faham matlamat mereka. Terus-terang saya katakan, matlamat kita dan mereka adalah tidak sama. Kita ni semua, pada dasarnya adalah "penulis" dan mereka adalah "Orang IT yang gemar dengan Open source". Walaupun saya berkerja di dalam bidang IT selama 15 tahun, di dalam Wikipedia, saya hanyalah penulis ruangan berkaitan Muzik klasikal dan Opera, saya tidak usik bahagian IT langsung kecuali merombak dan menulis semula keseluruhan rencana Bill Gates pada 15 January 2007 - 9 Feb 2007. Jadi, saya kurang bersetuju menyertai mereka kerana matlamat kita dan mereka adalah tidak serupa sama sekali. Seperkara lagi, tidak semua penulis Wikipedia MS mahu mempunyai kaitan atau menyertai FOSS-MY untuk sebab-sebab yang berkaitan dengan kerjaya sebenar mereka. Namun, jikalau "Projek Rapat Umum" kita di Wiki MS sudah mantap, tak salah kalau kita anjurkan perjumpaan dengan mereka untuk sebab-sebab yang lain. Buat masa ini, saya bersetuju dengan "Projek Rapat Umum", semata-mata untuk mencari jalan meningkatkan kualiti kita, mencari jalan untuk meng"standardize"kan apa-apa yang tidak standard, membuat peraturan atau penyelesaian untuk perkara-perkara yang bermasalah seperti rencana terbengkalai atau tidak diterjemah betul dan juga mempromosikan Wikipedia MS. Ini cuma pendapat saya. Jikalau majority ingin bergabung dengan FOSS-MY, itu adalah keputusan ramai. - Jay (bincang) 17:43, 10 September 2008 (UTC)Balas

meng"standardize"kan = mempiawaikan..hehe...Che (bincang) 23:03, 13 September 2008 (UTC)Balas
Kalau komuniti kita terlalu sedikit (hanya 48 pengguna aktif, yang pergi belum tentu berapa), tak ada dana, tak ada penganjur, apa salahnya? Kerja kita dan kerja mereka mungkin lain, tapi ideologi/budaya kita sama, iaitu FOSS (free and open source). Kita boleh memperkenalkan projek-projek Wikimedia dan menarik minat orang lain untuk menyertai kita. Mereka pun bukan berbincang perkara-perkara teknikal. Perbincangan mereka adalah sekitar "bagaimana menyebarkan kesedaran sumber terbuka" atau "kaedah pengurusan projek sumber terbuka". Kita bukannya mahu bernaung atau bergabung dengan mereka pada peringkat pertubuhan, tapi pada atur cara November ini sahaja. Setelah itu, bila komuniti kita sudah kuat dan boleh berdikari, kita boleh buka pertubuhan sebenar.—Aviator, 01:33, 11 September 2008 (UTC)Balas

Kedua - Ini merupakan soalan. Di dalam seksyen "Matlamat" ditulis "Langkah awal kepada pembetukan Wikimedia Malaysia (khas bagi pengguna di Malaysia)". Saya kurang pasti maksud matlamat tersebut. Adakah kita bercadang untuk menjadikan Wiki MS sebagai Wiki Malaysia? Kalau begitu, bagaimana dengan orang Melayu Brunei dan Singapore? Mungkin saya tersalah faham, boleh tak Kurniasan explain sikit? - Jay (bincang) 17:43, 10 September 2008 (UTC)Balas

Tidak sama sekali saya inginkan Wiki MS menjadi Wiki Malaysia. Saya cuma ingin sebuah bab Wikimedia Malaysia ditubuhkan. Sekiranya boleh lebih dari satu negara, mungkin kita boleh ajak juga orang Brunei dan S'pore untuk bergabung. — kurkur[binc|sumb] 21:47, 10 September 2008 (UTC)Balas
Untuk Jay dan yang masih belum faham fungsi Wikimedia cawangan tempatan. Wikimedia Malaysia (jika berjaya ditubuhkan) hanyalah badan yang deberi peranan mempromosi kegiatan Yayasan Wikimedia di Malaysia yang tidak hanya terhad kepada wikipedia, malah merangkumi gedung kongsi, wikibooks, wiktionary dan projek-projek saudara yang lain. Wikimedia Malaysia jika ditubuhkan tidak akan diberi hakmilik ke atas wiki-ms, sebagaimana Wikimedia Indonesia langsung tidak mempunyai hak ke atas wiki-id. Pendek kata kedua-dua entiti adalah berbeza sama sekali. Pemimpin-pemimpin Wikimedia Malaysia tidak semestinya perlu menjadi "petadbir" dalam wikipedia. Malah, Presidennya boleh dipilih di kalangan orang yang langsung tidak pernah menulis rencana di dalam wikipedia (Seharusnya mereka punya iltizam untuk mempromosi projek Wikimedia). Mengapa perlu ada Wikimedia cawangan Malaysia? Supaya usaha-usaha dan hasil kerja di semua projek Wikimedia (wikipedia, wikibook, wiktionary dan yang sewaktu dengannya) dapat ditonjolkan dan disebarkan ke khalayak yang lebih luas, selain menggalakkan penggunaan perisian sumber terbuka atau percuma (MediaWiki, enjin penggerak wikipedia dan projek wikimedia lainnya, sebenarnya ialah satu perisian sumber terbuka). Akan tiba satu masa nanti yang memerlukan laman projek baru dibuka khas berkenaan penubuhan WIkimedia Malaysia, dan laman itu harus dibuka di meta dan bukan di wikipedia. --Tikar aurum (bincang) 00:40, 11 September 2008 (UTC)Balas
Jadi matlamat ini perlu diubah...kepada Wikipedia Bahasa Melayu (Malaysia)..macam mana?Che (bincang) 23:00, 13 September 2008 (UTC)Balas

Ketiga - Panitia itu apa? Moderator ke? Terima kasih - Jay (bincang) 17:43, 10 September 2008 (UTC)Balas

Panitia adalah ahli jawatankuasa. Tidak tahu adakah perkataan ini masih digunakan dengan meluas. Semasa bersekolah, istilah ini sering digunakan, terutama dikalangan guru-guru. Contohnya, panitia Bahasa Melayu, panitia Matematik. Moderator pun mungkin membawa maksud yang sama. — kurkur[binc|sumb] 21:47, 10 September 2008 (UTC)Balas

Terima kasih di atas penjelasan kurkur dan Tikar aurum. Mengenai penjelasan bahawa Wiki menggunakan ‘open source’, ini adalah sesuatu yang diketahui ramai. Namun saya tak pernah pula nampak Wikimedia.org menggunakan “pengalakan menggunakan open source” sebagai matlamat utama atau agenda yang mereka canangkan secara meluas dalam gathering mereka. Boleh di katakan kebanyakan penulis WIKI di seluruh dunia kebiasaannya menulis sesuatu yang tidak ada kena mengena atau berkaitan dengan karier mereka. Misalannya, di WIKI EN, saya berkenalan dengan seorang “penulis” yang saya sangka seorang ahli agrikultur kerana penulisan beliau. Setelah hampir 2 tahun berkawan, barulah saya tahu bahawa beliau ialah seorang pakar sakit puan. Beliau tidak pernah menulis walau satu pun rencana mengenai medical. Ini adalah situasi yang amat normal di Wiki, saya juga salah seorang daripadanya. Oleh sebab itu, sebarang organisasi atau kumpulan yang kita ingin sertai amatlah penting untuk kita kaji kerana kita tidak tahu apakah implikasinya kepada penulis-penulis sedia ada atau penulis-penulis prospek kita. Sesetengah orang terus-terang “menentang” OSS kerana sebab-sebab tertentu dan sesetengah orang pula terus-terang “menentang” closed source. Oleh itu, sekiranya kita ingin mempromosikan Wikimedia malaysia untuk “menambahkan jumlah penulis” dan juga “menggalakkan rakyat Malaysia membaca dan menyokong rencana-rencana kita”, kita perlu faham sensitiviti sesetengah orang. Sekiranya Wikimedia Malaysia secara terbuka ingin bernaung di bawah bendera OSS, saya tak hairan jikalau sesetengah orang tidak mahu ada kaitan dengan PROJEK ini. Sila lihat laman utama Wikimedia di http://wikimediafoundation.org/wiki/Home , mereka tidak ada letakkan apa-apa yang boleh membuat orang-orang “Closed source” tersinggung walaupun orang-orang closed source amat maklum bahawa Wiki menggunakan “open source”. Dengan berbuat sedemikian, orang-orang “closed source” rasa seperti mereka berada di dalam domain bebas dan dengan sebab itu juga, terdapat beratus rencana mengenai produk-produk atau individual yang terbabit dengan closed source. Cuba lihat Amazon.com, mereka juga tidak ada meletakkan apa-apa logo atau sesuatu yang menunjukkan mereka bernaung atau menyokong open atau closed source, mengapa? Kerana matlamat mereka untuk menarik seramai boleh tanpa mengira ideology pengguna. Sekiranya salah satu matlamat penubuhan projek ini ialah untuk “menggalakkan penggunaan open source”, sila tuliskan dengan jelas di dalam “Matlamat” projek. Dan juga, jika “penggalakan penggunaan open source” akan dicanangkan ketika majlis perbincangan dan perasmian, sila juga tuliskan di dalam agenda laman projek ini. Ini untuk mengelakkan sesetengah para hadirin (penulis prospek atau penulis sedia ada) terkejut atau tersinggung kerana saya juga seperti mereka menyangka bahawa matlamat projek ini adalah untuk membangan dan meningkatkan kualiti penulisan kita dan tiada kaitan dengan promosi sesuatu produk atau ideology perisian. Seperti yang saya katakan di atas, kita tidak tahu siapa sebenarnya para penulis tersebut melainkan penulisan mereka. Closed source vs open source sudah menjadi debat selama bertahun-tahun, kenapa kita perlu terjerumus di dalam masalah ini jikalau matlamat kita ialah untuk meningkatkan kualiti, menarik lebih ramai penulis dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kewujudan Wikipedia MS. Saya rasa penjelasan panjang lebar saya sudah cukup untuk renungan anda. - Jay (bincang) 02:14, 11 September 2008 (UTC)Balas

Penjelasan panjang lebar di atas sebenarnya adalah soalan yang amat ringkas, "Apakah sebenarnya MATLAMAT projek ini?" - Jay (bincang) 02:43, 11 September 2008 (UTC)Balas

Wikipedia bukan projek sumber terbuka, tapi kandungan bebas. Kedua-dua istilah itu ada beza, tapi intinya sama. Sebab itu saya rujuk kepada FOSS, yang merangkumi kedua-duanya sekali, bukan sekadar OSS. Saya bukan galakkan kita sertai OSS, jauh sekali, tapi sebab kita ini tergolong dalam kategori F, dan F itu dirangkumi juga oleh FOSS... tak ada masalah pun. Penyunting Wikipedia sudah tentu menyokong ideologi FOSS. Tambahan pula, pengilham WikipediaMs, Imran Smith, adalah seorang penggiat sumber terbuka. Setiap tulisan anda akan dibebaskan dengan lesen GNU FDL, yang dirangka oleh Free Software Foundation sendiri. Penentang open source sudah tentu tak mahu menyunting di Wikipedia, sebab sebahagian daripada hak cipta mereka diabaikan. Kalau anda mahu bukti yang kita menggalakkan kandungan bebas, lihat di logo di bucu kiri atas, berlabel "WIKIPEDIA ensiklopedia bebas". Apa maskud "bebas" di sini? Di laman utama pula ditulis, "sebuah ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua. Ini merupakan inti ideologi kandungan bebas. Ketika anda menyunting di sini, setiap kali anda tekan butang "Simpan", anda setuju atau tidak bahawa tulisan anda berlabel GNU FDL? Kalau anda tak setuju atau tak pernah ambil kisah, minta maaflah, kerana saya terpaksa membuang semula suntingan-suntingan anda. Nampak tak? Ambil ayat tadi sebagai gurauan saja ya, namun pokoknya semua penyunting Wikipedia sudah tentu bersetuju menerima ideologi ini. Saya tak nafikan ada perdebatan mengenai kebaikan/keburukan, tapi Wikipedia adalah contoh terbaik bahawa sesuatu projek kandungan bebas boleh menarik ramai penyunting, apatah lagi pembaca. Jadi, sebagai ringkasan, dan untuk menjawab soalan anda, peranan utama Wikipedia ialah ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua.—Aviator, 03:21, 11 September 2008 (UTC)Balas

Catatan: Saya bukan memaksa semua orang untuk menyertai agenda FOSS.my November ini. Saya datang dari dunia FOSS, oleh itu saya memberi cadangan sahaja. Saya tidak menggesa, kalau orang tolak, bukan saya nak marah pun. Kalau ada salah faham, saya memberi penjelasan sekadar mampu.—Aviator, 03:21, 11 September 2008 (UTC)Balas

Saya tidak bercakap mengenai isi kandungan atau content tetapi saya bercakap tentang FOSS dan matlamat mereka iaitu OS / Application - perisian / applikasi. Ini adalah matlamat FOSS.my yang saya petik dari laman FOSS sendiri iaitu "Free and Open Source software, is software that is available under a license gives you the freedom to copy, modify and redistribute. With FOSS you no longer have to worry about illegal copying and vendor lock in for support. FOSS includes applications on your desktop such as the award winning Firefox web browser and OpenOffice office suite, it also runs mission-critical server applications for your business." Content Wikipedia ialah bebas dan boleh disunting, ya, saya tahu dan saya masih di sini, kerana saya faham dan maklum dengan maksudnya . Tetapi FOSS bukan mengenai content tulisan atau cerita mengenai orang, kereta atau cerita opera, tetapi ialah perisian, applikasi dan web browser - yang mana berjuta penduduk di dunia bergantung hidup dengan duit gaji berdasarkan hasil jualan benda - benda itu. Free and Open Source Software bermaksud Perisian sumber terbuka dan percuma. OSS dengan tambahan F memberi maksud yang sama. Saya cuma minta agar saudara dan saudari untuk memikirkan perkara ini kerana bagaimana kita nak menarik ramai orang apabila sesetengah orang tidak bersetuju dengan perisian, applikasi dan web browser percuma yang mana boleh mengancam periuk nasi mereka - more to ideology or personal preference or work ethic especially if they worked at or with closed source companies. Saya tidak mahu berdebat mengenai ini, kedua-duanya ada baik dan buruk yang tersendiri. Tetapi jikalau kita hendak menarik ramai orang, kita kena memilih penuang yang neutral misalannya "Persatuan Penulis" ke... - Jay (bincang) 03:40, 11 September 2008 (UTC)Balas
Nampaknya salah faham saya hampir-hampir membawa kepada perang ideologi. Saya tarik balik kenyataan berhubung perisian itu. Sepertimana yang ditunjukkan oleh Jay, Wikimedia adalah "pertubuhan yang berusaha menggalakkan pertumbuhan, pembangunan dan penyebaran "content" ("Isi" saya rasa kurang tepat) yang percuma dan pelbagai bahasa, serta menyediakan "kandungan"? penuh projek-projek berasaskan wiki (wikipedia, wikibook, wikitionary dsb.) kepada khalayak umum secara percuma". Sayugia, Wikimedia caw. Malaysia tentunya harus melaksanakan "tugas-tugas" yang telah digariskan ini dengan khalayak umum di Malaysia sebagai kumpulan sasaran. Kata kuncinya di sini ialah "menggalakkan" dan "free content". Sekali lagi dinyatakan Wikimedia (cawangan) Malaysia itu tidak ada kena mengena dengan Wikipedia Bahasa Melayu. Kedua-duanya ini perlu dibezakan. --Tikar aurum (bincang) 04:15, 11 September 2008 (UTC)Balas
Ya, free content memang semua penulis bersetuju. Saya pun setuju sebab itulah kita semua di sini. Jika kita tak setuju, dari dulu lagi kita semua tak mahu menulis secara percuma. Tetapi Free OS and application pula memang ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Itu yang saya cuba nak elakkan. Tikar aurum, mengenai Wiki MS dan Wikimedia malaysia tu, saya tahu perbezaannya, cuma bila saya taip terlalu cepat ... saya tertulis "Wiki MS" instead of Wikimedia Malaysia. Maaflah pasal tu - Jay (bincang) 04:27, 11 September 2008 (UTC)Balas
Oh, typo! Tak mengapa. Kecil sahaja. ;) --Tikar aurum (bincang) 04:38, 11 September 2008 (UTC)Balas
"berjuta penduduk di dunia bergantung hidup dengan duit gaji berdasarkan hasil jualan benda - benda itu": Habis tu, anda menulis di Wikipedia ini sebab harapkan duit ke? ;) Pokoknya tetap sama: pengorbanan. Barangkali ada orang menentang Wikipedia sebab tak mendatangkan hasil. Satu lagi, untuk merungkai kekeliruan, FOSS tak semestinya percuma. Ramai juga orang yang makan gaji kerana menulis FOSS. FOSS sekadar ideologi, bukan agama atau cara hidup. F dalam FOSS bukan bermaksud percuma, tapi bebas.
"kita kena memilih penuang yang neutral misalannya "Persatuan Penulis" ke...": Penaung kita yang sebenar ialah Yayasan Wikimedia. Tapi kita boleh buat hubungan mutual dengan persatuan penulis atau DBP. Walau bagaimanapun, itu cerita lain. Soalan saya pada awal topik ini masih tergantung: siapa yang akan menganjurkan atur cara rapat umum ini? Ada yang sudi? Peserta ramai, panitia habuk pun tak ada :). Kalau tak ada, tak bolehkah kita "menumpang dahulu" atur cara yang terdekat?—Aviator, 14:19, 11 September 2008 (UTC)Balas
Wah, rancak sungguh perbincangan. Maaf saya tidak begitu menurut serta dalam perbincangan ini kerana sibuk dengan perisian percuma yang sedang saya bangunkan... Saya mungkin lebih kepada sumber tertutup (saya kedekut ilmu sedikit) jadi saya setuju dengan pandangan saudara Jay. Lagipun Wikipedia bersifat tidak pilih kasih. Bagi menjaga hati kedua belah pihak (STb, STtp), tidak dapatlah kita sertai mereka. Namun seronok juga sekiranya kita hadiri persidangan (or whatever it's called) mereka. Bagaimana sekiranya kita memohon tajaan daripada DBP? Rasa-rasanya mahukah mereka menaja kita? Matlamat kita dan mereka juga sama bukan? — kurkur[binc|sumb] 14:10, 11 September 2008 (UTC)Balas
Kalau kita dapat tajaan DBP memanglah bagus kerana memang dasar DBP menggalakkan rakyat Malaysia gemar membaca dan menulis, apatah lagi untuk mempertabatkan Bahasa Malaysia. Pada pendapat saya, untuk permulaan, kita tidak perlukan sebarang tajaan. Apa yang kita perlu buat ialah, agenda berdasarkan matlamat Projek. Selepas ada agenda, kita buat perjumpaan untuk berbincang berdasarkan agenda yang dibuat. Dari situ kita buat perancangan, delegate kan tugas kepada orang yang volunteer, dan kita monitor dari situ dulu. Tempat perbincangan boleh jadi di coffee bean atau tempat-tempat yang kita boleh duduk dan bincang. Yang penting kita mesti ada isu untuk dibincangkan. Perbincangan yang dibuat dipanggil "meeting" aka "mesyuarat", jadi sesiapa yang hendak hadir perlu tahu bahawa itu bukan gathering. Mungkin, kita perlu tentukan tarikh meeting, tanya berapa orang yang nak hadir dan apa yang nak dibincangkan. Soal tajaan tu nanti dulu sebab buat masa kini, kita masih boleh ada perancangan penuh. Perancangan penuh boleh dibuat masa mesyuarat itu nanti - Jay (bincang) 16:23, 11 September 2008 (UTC)Balas

Agenda

sunting

Cadangan agenda saya:

Sesi pembukaan
Ucapan alu-aluan daripada pihak penganjur, pengerusi dan/atau birokrat
Ceramah
Agenda paling penting. Lagi banyak ceramah lagi bagus. Bergantung atas kelapangan masa dan jadual tentatif, tempoh ceramah yang ideal ialah 40-60 minit. Siapa-siapa yang berminat untuk beri ceramah boleh serahkan kertas kerja (untuk pembentangan nanti) kepada pihak panitia terlebih dahulu. Abstrak bagi kertas kerja tersebut disiarkan di laman projek RUWM, manakala salinan kertas kerja yang penuh tersebut boleh difotostat dan diedarkan ketika sesi ceramah. Cari tajuk yang berkaitan dengan wawasan atau harapan anda untuk Wikipedia. Elakkan tajuk berkenaan dasar-dasar atau piawai-piawai Wikipedia, terutama sekali yang khusus untuk Wikipedia Bahasa Melayu (semua itu boleh didebat di WP:KK dsb. secara maya). Sila ingat, faedah yang kita mahu daripada rapat umum ini ialah membina reputasi Wikipedia dan projek-projek Wikimedia lain di Malaysia dari sudut umum dan luar, bukan berbincang mengenai masalah dalaman (sekali lagi ditegaskan, semua itu boleh dibincang secara maya). Contoh tajuk ceramah pilihan saya: "Edaran Wikipedia di Malaysia dalam Bentuk CD" atau "Wikipedia Bahasa Melayu dalam Tulisan Jawi". Penceramah juga digalakkan membuat slideshow (powerpoint dsb.) untuk dipersembahkan di hadapan peserta dan membuka sesi pertanyaan di akhir ceramah. Kita perlukan bilik seminar dan kelengkapan seperti projektor dan layar untuk ini.
Bengkel
Bengkel atau workshop untuk menambah kemahiran dari sudut teknikal. Bahagikan kepada beberapa kumpulan, dengan setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang fasilitator. Antara modul yang dicadangkan: "wikitext", "gerak kerja maya" dsb. Agenda ini mungkin banyak menguntungkan peserta luar.
Majlis berbuka puasa
Catering—agenda wajib :). Sambil menikmati juadah, para peserta boleh beramah mesra. Mungkin boleh jadikan slot terakhir sebab sudah malam dan mungkin ada yang mahu beribadat, buat kerja sendiri dsb.
Sesi bergambar
Sesi taaruf
Masing-masing memperkenalkan diri, kemahiran, minat dsb.

Sekian.—Aviator, 18:04, 11 September 2008 (UTC)Balas

Cadangan anda memang menarik. Tapi mampukah kita adakannya memandangkan ini adalah percubaan pertama? Kita perlu dapatkan agenda yang tetap menjelang tahun depan, kemudia kita perlu tentukan tarikh. Mengenai berbuka puasa, rasanya tidak sempat sekiranya kita ingin membuat RUWM di bulan Ramadhan ini. Sekiranya mahu juga, kita harus mencari penaja dan membuat perancangan secepat mungkin. Namun masalahnya, sekarang adalah hujung tahun. Bermaksud, tempoh masa di mana ramai pelajar akan menduduki peperiksaan. Andai kata kita berjaya menarik penaja, ada kemungkinan kita tidak dapat menarik ramai peserta disebabkan mereka ada commitment lain yg lebih penting. — kurkur[binc|sumb] 00:33, 12 September 2008 (UTC)Balas
Satu lagi, saya pernah cadangkan yg RUMW diadakan secara tahunan atau dwitahunan. Ada sesiapa yg bersetuju atau membantah? Sublembar bagi tahun ini (tidak, rasanya tahun depan) tidak akan dibuat memandangkan ianya yg p'tama kali. — kurkur[binc|sumb] 00:33, 12 September 2008 (UTC)Balas
Saya juga fikir slot ceramah & bengkel tidak sesuai untuk pertemuan pertama. Pertemuan pertama biar tertutup dan dihadiri pengguna Wikipedia ini sahaja. Lihat kopi darat jiran sebelah. Boleh dapat idea atur cara. ...Aurora... (bincang) 10:51, 12 September 2008 (UTC)Balas
Saya amat bersetuju dengan ...Aurora..., dan ini adalah kali ke-2 beliau ulangi. Saya juga ingin ulangi sebahagian yang saya tulis diatas, "Pada pendapat saya, untuk permulaan, kita tidak perlukan sebarang tajaan. Apa yang kita perlu buat ialah, agenda berdasarkan matlamat Projek. Selepas ada agenda, kita buat perjumpaan untuk berbincang berdasarkan agenda yang dibuat". Apa yang penting sekarang ialah "agenda" iaitu issue yang nak dibincangkan. Selepas itu, kita bincang tarikh yang sesuai untuk meeting tertutup dengan member-member yang berminat, buat kat Coffee Bean pun boleh! Perjumpaan ini adalah mesyuarat, bukan gathering untuk makan, minum dan ambil gambar. Sesiapa nak makan atau minum, bayar sendiri.Dalam meeting itulah kita bincang kalau perlu nak cari penaja atau tidak dan buat perancangan terperinci. Kebiasaannya, untuk dapat perancangan yang terperinci memakan masa berbulan dan lebih dari satu mesyuarat. Masa saya kata saya sokong projek ini, matlamat saya adalah simple (untuk permulaan) untuk membincangkan perkara penting seperti dibawah mengikut priority. Saya juga ingin mencadangkan perbincangan ini membabitkan penyelia-penyelia sedia ada untuk merangka peraturan-peraturan yang agak longgar atau tidak ada. Issue lain termasuklah 1, 2, 3, 4.
  1. Menyelesaikan masalah rencana terbengkalai
  2. Masalah terjemahan separuh jalan & meng"standardize"kan format-format rencana, templat etc
  3. Mencari jalan untuk mempromosikan Wikimedia Malaysia
  4. Menarik minat ramai lagi penulis untuk menyumbang
Isu - isu dalaman kita adalah penting untuk diselesaikan dan saya tak nampak mengapa kita perlu mencari penganjur/penaja buat masa ini. So, boleh tak kita drop saja cerita pasal penganjur buat masa ini? Saya dah anjurkan banyak seminar dan workshop. Untuk buat seminar dan workshop, kita tidak boleh bergantung penuh kepada penganjur sahaja. Bila sampai masa untuk kita cari penganjur, mungkin saya dan member-member lain boleh berkongsi idea dan pengalaman mengenai ini. Sekarang ini masih terlalu awal untuk ini semua. Saya dah mula terasa tawar hati sekarang, sebab saya dah tak faham apa sebenarnya yang you all nak buat. Kalau saya cakap banyak kali, nanti bergaduh pulak. Seperti yang saya tulis di atas, kami di WIKI EN, cuma pakai MSN messenger, kami bincangkan macammana nak selesaikan issue 1,2,3,4 hanya melalui itu. Sekarang ini kami tengah susun strategy untuk mendapat perhatian dari rumah-rumah opera dan website-website opera sebagai bahan media. Tak payah sponsor dan tak payah jumpa pun buat masa kini. So, boleh tak kita bincang perkara yang penting dulu macam kualiti etc, lepas cantik semua, kalau nak panggil TV3/ASTRO pun saya akan sokong - Jay (bincang) 11:29, 12 September 2008 (UTC)Balas
Seperti biasa, jiran sebelah telah mendahului kita... *keluh*... Sebenarnya, matlamat utama RUWM dicadangkan adalah untuk menarik minat serta membuka mata penduduk Malaysia mengenai Wikipedia. Lantaran itu menambah bilangan pengguna aktif di Wikipedia ini. Kemudian, dengan jumlah pengguna yang mencukupi serta kesedaran mengenai kewujudan Wikipedia Bahasa Melayu, kita bolehlah mula bermimpi tentang Wikimedia Malaysia. Tapi, kerana kekurangan dana dan pengalaman, mungkin kita patut pertimbangkan mengadakannya secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Kecil-kecilan namun menonjol, seboleh-bolehnya. Tetapi, seperti yang saya sering katakan, RUWM ini tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat, malah mungkin akan diadakan setahun dari sekarang. Salah satu matlamat laman WikiProjek ini diadakan adalah untuk membincangkan bagaimana mengumpulkan dana (lupa saya letakkan di dalam lembar projek). — kurkur[binc|sumb] 11:50, 12 September 2008 (UTC)Balas

Kenalah rancang dengan teliti dan buat betul-betul. Kan semua orang sanggup hadir? Takkanlah nak buat sambil lewa atau sekadar mesyuarat kecil sahaja. Kenalah maksimumkan keuntungan untuk semua pihak. Orang kata, "biar berbaloi".

Seperti yang saya tegaskan tadi, hal-hal dalaman boleh dibincangkan melalui Internet. Tak payah buat perjumpaan bertentang mata. Kalau rapat umum ini mahu diadikan wadah untuk perbincangan mengenai hal-hal dalaman, macam mana dengan pengguna yang tak hadir untuk menyuarakan pendapat (macam saya)? Sudah tentu pengguna yang tak mahu hadir dan yang tak mampu hadir akan membantah. Harus diingatkan, WikipediaMs milik semua dan tidak dikawal oleh pengguna di Malaysia sahaja. Sebab itu saya cadangkan kita berbincang hal-hal luaran sahaja, bukan mempiawaikan Wikipedia, mencantikkan dan benda-benda alah lain. Sebab itu saya cadangkan dibuat ceramah dan bengkel kerana perkara-perkara ini hanya dapat diperolehi daripada rapat umum. Kita bincang bagaimana mahu menarik orang Malaysia kepada Wikipedia, bukan bagaimana mahu mendekatkan Wikipedia kepada orang Malaysia. Perbincangan hal-hal luaran dibuat melalui rapat umum, manakala perbincangan hal-hal dalaman tetap dibuat melalui Internet. Tak lebih dan tak kurang.

Isu 1 dan 2 kan boleh diselesaikan di sini? Buat apa nak bincang di rapat umum pula? Kalau tak cukup dengan Kedai Kopi, saya boleh buka saluran IRC, lepas itu semua boleh chat secara live.—Aviator, 12:24, 12 September 2008 (UTC)Balas

Tidak semua, IRC disini tidak dapat dicapai kerana diblok oleh pihak Universiti. Kemungkinan ingin menyelamatkan lebar jalur. — kurkur[binc|sumb] 12:27, 12 September 2008 (UTC)Balas
Kalau protokol IRC kena sekat, anda boleh guna Mibbit, pelanggan IRC menerusi HTTP. Saya tak ada akaun MSN (dan saya boikot Microsoft).—Aviator, 12:38, 12 September 2008 (UTC)Balas
Universiti saya sekat semua altenatif yang wujud. Mereka ada server sendiri... Saya pengguna Microsoft, bahkan mengaturcara menggunakan VB.Net, tapi saya neutral. — kurkur[binc|sumb] 12:48, 12 September 2008 (UTC)Balas
Ala kesiannya. Tak apa. Ada Kedai Kopi dah cukup.—Aviator, 16:44, 12 September 2008 (UTC)Balas

Apa kata kalau mohon sokongan kementerian / badan kerajaan?

sunting

Memandangkan ini merupakan cubaan pertama kita untuk mengadakan rapat umum ini, bagaimana kalau kita minta sokongan beberapa badan kerajaan atau kementerian untuk menjayakan rapat umum ini nanti? Contohnya, kita cuba minta sokongan DBP, Kementerian Sains dan Teknologi, dan juga Kementerian Pelajaran... macam mana? - Hezery99 (bincang) 12:49, 12 September 2008 (UTC)Balas

Memohon sokongan atau penaja sememangnya kerja yang susah dan mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan untuk mengeluarkan proposal dan sebagainya.Pada pandangan saya, idea penubuhan Wikmedia Malaysia harus diketepikan terlebih dahulu kerana ini melibatkan bukan sahaja pengguna di WP MS. Perjumpaan yang ringkas di mana-mana tempat awam cukup memadai.Diagramma Della Verita (bincang) 14:58, 12 September 2008 (UTC)Balas
Saya setuju...pada saya perkara ini mesti dimulakan dengan membuat perjumpaan pertama....Che (bincang) 14:17, 16 September 2008 (UTC)Balas
Kalau begitu apa kata kalau kita jemput sahaja seorang wakil dari DBP sebagai pemerhati? Kalau rapat umum pertama ini berjaya, mungkin kita boleh pertimbangkan untuk meminta sokongan daripada badan kerajaan. - Hezery99 (bincang) 03:48, 18 September 2008 (UTC)Balas

Sakojap

sunting

Rancang punya rancang. Dimana kita akan adakan rapat ni? Jangan NATO ( Dont samekan dengan survey si Izudin pasal die nato ke nano ke nanonano ke )No Action Talk Only. ...Muhraz... (bincang) 13:48, 12 September 2008 (UTC)Balas

Sebelum memikirkan tengtang tempat, fikirkanlah dulu mengenai agenda. Sudah ada agenda baru boleh kita fikirkan tentang tempat untuk ia diadakan. — kurkur[binc|sumb] 15:40, 12 September 2008 (UTC)Balas

Adakah ia hanya melibatkan wikipedia jer?? PuteraLuqman Tunku Andre 15:43, 12 September 2008 (UTC)Balas

Saya rasa sebelum kita pergi lebih jauh, salah satu cara untuk mempromosikan ms.wiki adalah dengan membuat satu Newsletter. Sebagai permulaaan, newsletter ini boleh di sisipkan di laman-laman blog atau online news yang popular (dengan kerjasama webmasters laman web yang berkenaan). Sekurang2nya rakyat Malaysia tahu apa itu ms.wiki. Terima kasih. Zamwan (bincang) 16:42, 12 September 2008 (UTC)Balas

Rakyat Malaysia perlu tahu tentang kewujudan Wikimedia bukan wikipedia. Wikimedia turut melibatkan projek-projek berkembar Wikipeida. Kalau nak promosi Wiki MS, ini melibatkan bukan sahaja rakyat Malaysia. Diagramma Della Verita (bincang) 16:16, 13 September 2008 (UTC)Balas
Betul tu Diagramma! Mari terjemahkan "leaflet" ini ramai-ramai. Lepas tu boleh guna untuk promo wikimedia dan projek sewaktu dengannya. --Tikar aurum (bincang) 16:46, 13 September 2008 (UTC)Balas
Ia dilakukan di Malaysia untuk menarik minat serta membuka mata penduduk Malaysia berkunjung serta menyunting di Wiki MS. Apabila kita sudah ada ramai penduduk Malaysia yang menyunting di Wiki MS, kita boleh mula mengusulkan penubuhan Wikimedia Malaysia. Saya telah ulangi point ini berulang kali rasanya. Namun begitu, sekiranya mampu, kitba boleh juga mengadakan RUWM di Brunei atau Singapura bagi menyedarkan mereka akan kewujudan Wikipedia Bahasa Melayu. Pada saat ini, pengguna Malaysia adalah majoriti, sehinggakan Wikipedia ini sepertinya Wikipedia Bahasa Malaysia (Melayu Zaaba). kurniasan 23:54, 13 September 2008 (UTC)
Susah le macam ni...saya fikir kita kena buat jawatankuasa..sukarelawan terlebih dahulu..atau Jawatankuasa penaja...baru lepas itu kita tahu...paling penting...ada tiga ...presiden...setiausaha dan bendahari..macam mana? Che (bincang) 23:58, 13 September 2008 (UTC)Balas
Masukkan nama menjadi panitia terlebih dahulu. Kemudian dari kalangan panitia tersebut kita akan pilih ahli jawatan kuasa tertentu. kurniasan 00:12, 14 September 2008 (UTC)
Dah...letak....ok...nampaknya kita berdua aje...buat masa ni..Che (bincang) 04:18, 18 September 2008 (UTC)Balas

Mengapakah hal ini hanya difokuskan kepada Wiki MS? Sekiranya ini berkaitan dengan Wikimedia, projek-projek berkembar Wikimedia turut terlibat. Diagramma Della Verita (bincang) 09:09, 14 September 2008 (UTC)Balas

Kerana sekarang ini semua orang bertumpu kepada Wikipedia Bahasa Melayu sahaja. Orang-orang di Wikibooks adalah orang-orang di Wikims. Di Wiktionary ms pula, cuma ada seorang. Namun kita boleh juga jemput mereka sekali untuk membincangkan Wikimedia Malaysia. Setakat ini, kita memfokuskan untuk menarik seramai mungkin orang ke Wiki ms. Dari situ, mereka boleh diperkenalkan dengan projek Wikimedia lain. kurniasan 10:33, 14 September 2008 (UTC)
Tak semestinya. Ada juga orang yang tak pernah menyumbang di Wikipedia tapi sangat aktif di projek lain. Di Wikisumber ada seorang penyumbang aktif (kedua teraktif selepas saya), namanya Helang Putih. Di Wiktionary pula, kalau tak silap, On Wheezier Plot.—Aviator, 13:44, 19 September 2008 (UTC)Balas
Fokus..kawan-kawan..fokus..Che (bincang) 04:09, 16 September 2008 (UTC)Balas

Hei..kawan2....saya rasa JANGAN JADIKAN PERTEMUAN INI SUSAH....! AGENDA PERTAMA ADALAH BERKUMPUL..BERKENAL-KENAL DULU...KEMUDIAN KALAU KITADAPAT BUAT OK...TAPI KALAU TAK DAPAT BUAT PADA PERTEMUAN LAIN!Che (bincang) 04:08, 18 September 2008 (UTC)Balas

Hei pekok badok! Aku tanya tempat, bukan tanya On Wheezier Plot! Engkau ni takder telinger ke telinger kene gergaji? ...Muhraz... (bincang) 10:01, 1 Oktober 2008 (UTC)Balas

Ko dah kenape tetibe emo.. izzudin 09:16, 5 Oktober 2008 (UTC)Balas

== ALihkan ==

Kita perlu alihkan Wikiprojek kepada Pertemuan Umum Wikipedia Bahasa Melayu. Setuju? Dah lama terbengkalai projek ini. Muhraz (bincang) 04:23, 10 November 2008 (UTC) Balas

Saya tarik balik. Sultan Muhammad Ramzy (bincang) 08:05, 14 November 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman projek "WikiProjek Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu".