Perbincangan:Yusof Hashim

Penghapusan dilawan

sunting

Laman ini patut dihapuskan dengan segera kerana... (Individu yang saya ciptakan artikel nya ini adalah benar-benar wujud, beliau merupakan personaliti media sosial yang mempunyai 744 000 pengikut di Instagram dan seorang pelakon yang sedang mencipta nama, saya mewujudkan biodata beliau di wikipedia atas sebab kesenangan kepada umum dan juga peminat beliau untuk mengenali beliau dengan lebih terperinci. Berikut adalah sumber kesahihan mengenai beliau [1]) [2] [3] [4][5]--Alexandra Rita Padua (bincang) 15:56, 19 Mei 2017 (UTC)Balas

Tahniah, kerana memberi respon yang baik. Sila lampirkan sumber rujukan yang sahih pada rencana tersebut. Teg hapus akan dipadamkan kelak. Rachun Dunia (bincang) 16:11, 19 Mei 2017 (UTC)Balas

Cadangan Penghapusan Laman Wikipedia Yusof Hashim

sunting

Laman wikipedia ini adalah tidak relevan.

Yusuf Hashim bukan seorang artis yang layak diberikan laman wikipedianya sendiri. Setakat ini belum layaklah melalui pencapaian beliau. Melalui media yang tidak beberapa sesuai seperti Dubsmash dan Seni Teater sahaja, ini tidak menjaminkan beliau boleh ada laman wikinya sendiri. Jikalau begitu penuh lah wikipedia tentang artis seperti ini

Laman Wikipedia adalah untuk menerangkan seseorang itu kepada umum dengan lebih terperinci. Bukannya MEMPERKENALKAN seseorang yang tidak dikenali.

Contohnya:

Laman wiki: Najib Razak
Nama individu yang dimaksudkan: Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Pandangan Umum: Perdana Menteri Malaysia
Sudah dikenali ramai? Ya

Laman wiki: Nurul Elfira Loy
Nama individu yang dimaksudkan: Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri
Pandangan Umum: Artis/Aktor Malaysia
Sudah dikenali ramai? Ya

Laman wiki: Stephen Hawking
Nama individu yang dimaksudkan: Lucassian Professor Emiritus Dr. Stephen William Hawking
Pandangan Umum: Ahli Fizik Teoritikal / Ahli Kosmologi / Penulis Buku / Pengarah CTC, University of Cambridge
Sudah dikenali ramai? Ya

Jika ini?

Laman wiki: Yusof Hashim
Nama individu yang dimaksudkan: Mohd Yusof bin Hashim
Pandangan Umum: Siapakah?
Sudah dikenali ramai? Tidak

Tambahan lagi, King of Dubsmash Malaysia ini hanyalah satu gelaran yang diberi oleh netizen bukannya pencapaian umum. Umum mengetahui bahawa Dubsmash ini adalah satu media yang menjengkelkan yang diceburi oleh anak anak muda seperti WeChat dan seangkatan dengannya. Bahkan saya yakin, ini adalah wikipedia yang dicipta sendiri oleh individu ini. Bahasa yang mudah, Yusof Hashim ni buat wiki beliau sendiri untuk promot diri beliau.. Bukan mcm ni dik cara nak famous.. Orang pun xkisah kau suka lagu KRU bagai.. Orang bukan kenal kau pun..

Jadi saya dengan sekeras-kerasnya mencadang untuk menghapuskan laman ini.

Sekian,
– komentar tanpa tandatangan ini diberikan oleh oleh Limauais (bs).

@Limauais: Salam dan hai. Setakat ini memang beliau sedang naik dan tak ramai mengenalinya termasuk saya sendiri sejak penglibatan beliau pada 2015. Tapi liputan media dan akhbar, termasuk Kosmo! sendiri sudah menemubualnya. Beliau pun sudah mula berlakon dan saya rasa hampir semua artis dulu-dulu ramai yang tidak dikenali. Tetapi jika anda rasa betul-betul rencana ini tidak relevan, anda perlu mencadangkan penghapusannya dengan cara lain. Pergi ke rencana Yusof Hashim. Lepas tu, anda nampak Butang menu runtuh "TW" pada bahagian atas kanan skrin anda. Tekan butang tu, lepas tu pilih "XFD" dan dan pada bahagian "Deletion discussion venue:" tekan menu runtuh itu dan pilih "AfD". Ramai penyelia dan pengguna lain akan diberitahu jika ada permohonan pemadaman laman berbanding mencadangkan di laman perbincangan ini. Sekian dan saya berharap ini membantu. SNN95 Talk to me, beybeh! 10:06, 1 Mei 2018 (UTC)Balas
@Limauais: Dan saya rasa, anda perlu baca semula apa yang perlu ada untuk menghasilkan rencana biografi artis, sila baca WP:BOH. SNN95 Talk to me, beybeh! 10:11, 1 Mei 2018 (UTC)Balas
@Limauais: Sebelum itu, anda perlu menghidupkan Gajet bernama Twinkle di Khas:Keutamaan#mw-prefsection-gadgets. Berbaloi mencuba kerana memudahkan penyuntingan anda dan permohonan anda. Tapi masih dalam percubaan dan pembinaan. SNN95 Talk to me, beybeh! 10:22, 1 Mei 2018 (UTC)Balas
@SNN95: Terima kasih banyak-banyak atas cadangan dan tunjuk ajar Tuan untuk cara mencadangkan permohonan untuk hapuskan laman wiki. Untuk makluman Tuan, cadangan saya ini bukanlah atas dasar pilih kasih terhadap anak muda, tetapi lebih kepada menjaga imej dan komuniti wikipedia dari dicemari oleh pelbagai maklumat yang tidak relevan untuk pengguna Internet.
Kita semua sedia maklum tentang reputasi wikipedia iaitu ianya merupakan sumber yang paling tidak boleh digunakan sebagai rujukan penyelidikan dan tesis. Hal ini kerana terdapat pelbagai pengguna yang menyunting halaman tersebut (dan juga vandalisme) sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penyelidik.
Hal ini juga sama juga untuk mewujudkan rencana untuk Artis baru nak naik ini. Jagalah kualiti Wikipedia dan reputasinya. Utamakan kualiti, bukannya kuantiti. Sekali lagi Terima kasih :D, Limauais Bumi ini, FLAT! 10:45, 1 Mei 2018 (UTC)Balas
@Limauais: 2012 dan tahun sebelumnya, ya, Wikipedia memang tidak dianggap sebagai tempat sesuai untuk membuat tesis dan rujukan. Tetapi sejak tahun 2012, tanggapan itu sudah mula berubah, kerana Wikimedia (Yayasan terbesar, Wikipedia hanya salah satu projek, lihat Wikimedia.org) ada gerakan terbaru, iaitu gerakan Wikimedia. Gerakan ini mula mengumpulkan semua pakar-pakar dalam pelbagai subjek untuk menjadi penyelia rencana berkenaan subjek yang mereka mahir. Tidak pernah ada lagi agensi yang sanggup mengumpul buku-buku lama dan mendigitalkan selain Wikimedia (tidak perlu ke perpustakaan lagi! Yay!). Tidak banyak agensi sukarelawan mengadakan Pertemuan (Meetup; macam nak ke Bali oleh 3 pengguna yang diuar-uarkan) yang dibayar segalah kos pergi dan balik atau sanggup menghabiskan duit poket sendiri selain Wikimedia. Oleh sebab ini, sekolah-sekolah hampir seluruh dunia meluluskan Wikipedia sebagai rujukan untuk tesis. Dan ada beberapa Universiti terkemuka dunia seperti Harvard dan Oxford, membenarkan pelajarnya mencipta tesis dengan menghasilkan rencana berkaitan dengan apa yang dikaji oleh mereka. Sebuah tesis berkenaan "Hubungan Wikipedia dan Malaysia" sudah pun diwujudkan (Exploring the Characteristic of Wikipedia in Malaysia oleh MYMMMC @ Daniel Chong) yang mengkaji budaya orang Malaysia menyumbang dalam Wikipedia.
Sebabnya kadang-kadang wujud rencana sebegini, kurangnya kemahiran kami di Malaysia dalam bidang-bidang tertentu. Kami sudahpun memulakan gerakan kami sendiri dengan mencipta Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia dan mengadakan beberapa pertemuan. Jadi kami sangat memerlukan orang seperti anda dan ramai lagi dalam Wikipedia ini. Sumbangan kemahiran anda sangat dihargai. SNN95 Talk to me, beybeh! 14:26, 1 Mei 2018 (UTC)Balas
Syarat kelayakan adalah memiliki liputan media utama/akhbar. Pendapat peribadi (saya tidak rasa dia cukup terkenal/saya tidak pedulikannya) tidak begitu dipentingkan. Sila baca syarat kelayakan. The evidence must show the topic has gained significant independent coverage or recognition, and that this was not a mere short-term interest, nor a result of promotional activity or indiscriminate publicity, nor is the topic unsuitable for any other reason. Sources of evidence include recognized peer-reviewed publications, credible and authoritative books, reputable media sources, and other reliable sources generally. Yosri (bincang) 01:03, 2 Mei 2018 (UTC)Balas
Mungkin maklumat boleh disunting dibawah categori 'New Media Artist- Malaysia- Emerging/ Established/ Retired'?--MYMMMC (bincang) 04:29, 2 Mei 2018 (UTC)Balas
Hanya yang memiliki rujukan akhbar/media utama (TV) layak memiliki rencana. Tiada tolak ansur dalam syarat ini. Lihat https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability_(people)#Entertainers Yosri (bincang) 04:34, 2 Mei 2018 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Yusof Hashim".