Perbincangan:Scct2013

jenis banjir yang berlaku di Malaysia ialah banjir monsun dan banjir kilat.


BANJIR MONSUN Monsun berasal dari perkataan Arab iaitu “muasim” yang bermaksud musim. Pedagang-pedagang yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem angin yang bertiup silih berganti dari arah Timur Laut semasa musim sejuk di hemisfera Utara dan dari arah Barat Daya semasa musim panas di hemisfera Selatan.

Di Malaysia hanya ada dua jenis monsun yang dikenali ramai iaitu monsun Barat Daya dan monsun Timur Laut. Monsun Barat Daya berlaku akhir bulan Mei hingga September dan monsun Timur Laut pula berlaku pada bulan November hingga Mac. Monsun Timur Laut lazimnya membawa hujan lebat terutama kepada negeri-negeri di pantai Timur semenanjung Malaysia dan Barat Sarawak, manakala monsun Barat Daya secara relatifnya lebih kering. Tempoh peralihan dua monsun ini pula dikenali sebagai musim perantaraan monsun.

Banjir monsun Timur Laut lazimnya berlaku di negeri-negeri sebelah pantai Timur semenanjung Malaysia. Pada musim ini, hujan yang turun adalah sangat lebat dan berhari-hari lamanya. Ia juga dikenali sebagai musim tengkujuh, dimana laut mula bergelora dan berbahaya. Mosun Timur Laut terjadi apabila udara sejuk bergerak keluar dari dataran Siberia akibat daripada tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi yang sangat kuat. Ledakan udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran khatulistiwa, sekali gus menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak. Di Malaysia, kebiasaannya negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, dan Pahang adalah negeri yang akan berhadapan dengan banjir monsun Timur Laut. Biasanya ia berlaku pada bulan November hingga Mac. Pada ketika ini, nelayan-nelayan, dan penoreh getah menghentikan pekerjaan mereka kerana laut bergelora dan hujan lebat. Bagi negeri-negeri ini fenomena banjir merupakan perkara biasa yang berlaku sepanjang tahun. Banjir yang berlaku biasanya akan memakan masa tiga hari hingga seminggu. Namun begitu, ia bergantung kepada kadar hujan yang turun. Jika hujan lebat dan berterusan maka banjir akan berlaku lebih lama.


BANJIR KILAT Banjir kilat membawa maksud banjir yg berlaku degan serta-merta atau degan tidak disangka-sangka. Banjir kilat berlaku dengan cepat iaitu beberapa minit hingga setengah jam selepas hujan turun dengan lebatnya. Namun begitu, banjir kilat ini berakhir dengan cepat iaitu jangka hidupnya adalah setengah jam hingga sehari.

Di Malaysia kejadian banjir kilat yang serius berlaku di sekitar bandar utama seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Selangor, Ipoh dan sebagianya. Banjir kilat ini berlaku kerana kepadatan penduduk dan binaan bangunan yang padat serta jalan yang berturap. Hujan yang turun selama dua jam sudah memadai untuk berlakunya banjir kilat. Banjir kilat berlaku kerana air hujan yang turun tiada tempat untuk dialirkan kerana sungai-sungai telah di timbus dan digantikan dengan logkang atau parit yang lebih kecil. Kesannya kuantiti air tidak dapat ditapung oleh parit atau longkang yang disediakan.

Selain itu, banjir kilat di Malaysia juga berlaku akibat daripada perubahan guna tanah. Perubahan guna tanah berlaku apabila penduduk di sesuatu kawasan mulai padat. Di mana tanah-tanah mulai diturap dan tanah yang pada asalnya dicengkam oleh pokok-pokok diganti dengan bangunan-bangunan yang tinggi dan padat. Kesannya permukaan tanah tidak telap air. Oleh itu, air hujan yang turun tiada tempat untuk diserap. Akibat daripada tanah tidak telap air, banjir kilat di Bandar-bandar yang pesat lebih cepat berlaku kerana air tidak dapat di telap dengan baik. Banjir kilat berbeza dengan banjir monsun. Seperti yang kita ketahui, banjir kilat berlaku dengan pantas dan kadang-kala ia berlaku tanpa diduga. Manakala Banjir monsun, ia berlaku dalam masa yang lebih lama. Bagi banjir monsun, mangsa banjir lebih bersedia dan mempunyai tanda-tanda terlebih dahulu, sebaliknya, banjir kilat berlaku dengan pantas dan mangsa banjir tidak mendapat petanda bahawa banjir kilat akan berlaku.

Kembali ke laman "Scct2013".