Perbincangan:Perisian bebas

Ulasan terkini: 17 tahun lalu oleh Aviator pada topik Perisian Merdeka?

selepas membaca The Free Software Definition saya merasakan Free disini bukanlah bermaksud "Percuma" tetapi ia lebih bermaksud bebas. Dengan kata lain, pengguna adalah:

  • bebas untuk mengguna
  • bebas untuk menyalin
  • bebas untuk mengkaji dan mengubahsuai
  • bebas untuk mengedarkannya
  • bebas untuk memperbaiki

degan sebab itu saya akan menukar tajuknya kepada perisian bebas

Consultan2k 19:34, 22 May 2005 (UTC)

Perisian Merdeka?

sunting

Pada September 2005, Richard M. Stallman (RMS) telah datang ke USM untuk syarahan bertajuk "Free Software and the Danger of Software Patents". RMS telah memberitahu yang dengan menggunakan free software, kita mendapat semula kesemua empat kebebasan (atau kemerdekaan) dalam dengan perisian yang kita ada.

Ia seperti dulu kita memerintah, pada tahun 1511 kita dijajah, pada tahun 1957 kita bebas semula. Kita sebut BEBAS dari penjajahan itu sebagai satu perkataan iaitu MERDEKA.

Oleh dengan itu saya mencadangkan agar kita mengenali Free Software sebagai Perisian Merdeka.

Rizman Suzaidi 09:02, 14 December 2005 (UTC)

Perisian bebas lebih sesuai. Saya sebenarnya selalu menggunakan istilah perisian percuma, tapi melihat pandangan saudara consultan2k membuatkan saya berasa bersetuju dengan penggunaan istilah perisian bebas. Kurniasan 12:06, 28 Mac 2007 (UTC)Balas

saya cadangkan dibuat akronim bagi perisian bebas (seperti dalam bahasa inggeris freeware). Saya cadangkan periscuma (perisian percuma)Kurniasan 07:11, 2 April 2007 (UTC)Balas
Kita bukanlah badan pencipta istilah, oleh itu lebih baik kita kekalkan kepada terjemahan harafiah Perisian Bebas - Bebas digunakan tanpa kekangan royalti. Yosri 09:01, 2 April 2007 (UTC)Balas
Hahaha.. begitukah? Nampaknya pendapat saya memang lucu.. haha XD Kurniasan 09:35, 2 April 2007 (UTC)Balas
Tidak lucu. Mungkin apabila DBP memikirkan istilah baru, mereka boleh mempertimbangkan saranan anda. Yosri 09:40, 2 April 2007 (UTC)Balas
Mudah-mudahan... bahasa melayu nampak kurang berkembang berbanding bahasa lain. :) Kurniasan 09:47, 2 April 2007 (UTC)Balas
Free software dan freeware tidak sama dan tidak mempunyai kaitan. Freeware barulah bermaksud perisian percuma, sedangkan free software bermaksud perisian bebas. —Aviator, 04:34, 26 Oktober 2007 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Perisian bebas".