Perbincangan:Musa Aman
Laman ini ialah laman perbincangan untuk membincangkan penambahbaikan pada rencana Musa Aman. Laman ini bukan forum untuk perbincangan biasa topik rencana. |
Polisi rencana
|
Cari sumber: Google (buku · berita · surat khabar · sarjana · imej percuma · ruj WP) · FENS · JSTOR · NYT · TWL |
Laman ini adalah mengenai seorang ahli politik aktif yang sedang memegang jawatan atau baru-baru ini memegang jawatan, yang masih berjawatan dan berkempen untuk pemilihan semula, atau terlibat dalam beberapa kemelut atau kontroversi politik. Disebabkan itu, rencana ini berisiko tinggi dalam suntingan yang berat sebelah, perbincangan yang trol, dan laku musnah yang mudah. |
Untuk tempoh lima bulan pertama pada tahun ini, eksport negeri terus berkembang pada kadar 7.2 peratus dengan nilai mencecah RM20.7 bilion, manakala import pula telah meningkat pada kadar 30 peratus dengan jumlah mencecah RM16 bilion. Import bagi jentera serta kelengkapan pengangkutan dan barang-barang keluaran kilang, masing-masing telah berkembang sebanyak 45 peratus dan 65 peratus.
Pertumbuhan tinggi tersebut mencerminkan pelaburan besar oleh sektor swasta iaitu sebanyak RM10 bilion pada suku tahun pertama tahun ini yang mana ianya juga merupakan pelaburan swasta yang tertinggi di Malaysia. Jumlah pelaburan yang diluluskan di bawah sektor pembuatan untuk tujuh bulan pertama pada tahun ini ialah sebanyak RM5.7 bilion. Sebahagian besar daripada jumlah pelaburan ini disumbangkan oleh Petronas melalui projek Ammonia Dan Urea Sabah (SAMUR). Pelaburan dalam Koridor Pembangunan Sabah juga semakin aktif dengan jumlah pelaburan terkumpul direalisasikan (cummulative realized investment) melalui Projek-projek Permulaan (Entry-Point Projects) setakat bulan Julai 2012 sebanyak RM9.43 bilion.
http://borneobullet.blogspot.com/2012/11/ekonomi-negeri-sabah-kekal-stabil.html
Prestasi Kewangan Negeri Sabah Kekal Cemerlang
suntingSelaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan, sumber dan perbelanjaan kewangan negeri Sabah sentiasa diurus secara berhemat, berkesan dan efisien. Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang menjadikan penganugerahan ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.
Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Khazanah itu termasuklah bahan mineral, biodiversiti tanah pertanian dan warisan budaya yang merupakan asas atau tulang belakang terhadap pertumbuhan ekonomi negeri ini. Dengan mengambilkira kekayaan berkenaan serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.
Dengan galakan, pengiktirafan dan rekod pencapaian yang cemerlang seperti dinyatakan tadi, kerajaan pimpinan Datuk Musa Aman akan terus berusaha untuk memacu ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi untuk manfaat semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama, umur, gender, status, kedudukan, sektor dan kawasan.
http://borneobullet.blogspot.com/2012/11/prestasi-kewangan-negeri-sabah-kekal.html – komentar tanpa tandatangan ini diberikan oleh oleh Tombiruo KB (b • s).
- Siapa Borneo Bullet? Baca Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai. ...Aurora... (b) 04:24, 19 November 2012 (UTC)