Perbincangan:Kuih denderam

Ulasan terkini: 7 tahun lalu oleh Yosri pada topik Bahan

Bahan

sunting

Dalam artikel The Star ditulis oleh Cik Zieman, mengatakan inspirasi atau ilham. Penggunaa perkataan Inspired pun dah boleh difahami bahawa penulis sendiri pun tidak tahu betul ke tidak,ada kemungkinan penulis juga meneka atau membuat andaian saja. Dalam artikel oleh Zieman sendiri menyatakan bagaimana kuih ini boleh dipanggil denderam/peneram menjadi misteri. Adakah Zieman tahu sejarah kuih ini? Kenapa tidak dia nyatakan dalam artikel tersebut? Zieman adalah editor dalam The Star, bukan calang-calang. Bukankah ini bigotry?. Rujukan dan sumber tidak diberitahu, bagaimana dia boleh mengatakan kuih peneram ini datang dari India Selatan? Hanya kerana bentuknya serupa? disebabkan warna coklat kemerah-merahan disebabkan gula? Adakah rasa dia sama? Macammana wiki boleh terima kesahihan rujukan yang dia sendiri tidak tahu untuk dijadikan sebahagian dalam artikel ini yang ditulis oleh Visnu92. Seorang India dan sendiri mengaku bangga dengan kebudayaannya (dalam laman peribadinya), tidakkah ini boleh jadi bigotry juga? Bagaimana perenggan yang ditulis pengguna Visnu92 terus menyatakan kuih denderam/peneram ini asal dari India, sedangkan rujukan dia sendiri dari artikel The Star menyatakan inspired dalam perenggan pertama. Pengguna Visnu92 juga menyunting artikel Adhirasam , ada satu bahagian dia juga menulis tentang perkara yang sama, cuma artikel dalam Adhirasam, pengguna mengguna perkataan inspirasi. Kemudian, di artikel denderam, dia tidak menyatakan perkataan inspirasi.

Sila rujuk artikel yang ditulis pengguna Visnu92: Adhirasam.

Adhirasam dalam bahasa Tamil, Ariselu dalam bahasa Telugu,kedua-dua kuih ini sama bahan tiada perubahan. Rasa dan bentuk pun sama dan serupa. Penggunaan bahan seperti Tepung beras, gula tebu (warna merah) atau dalam bahasa Inggeris - Jaggery, serbuk pelaga dan minyak sapi (ghee) bukan mentega. Kenapa pengguna Visnu92, tidak mahu selitkan nama dalam bahasa Telugu. Bukan itu saja, dalam artikel Ariselu (Ariselu) juga menyatakan, kuih ini merupakan kuih tradisi. Kalau pengguna Visnu92, berniat baik untuk menerangkan sejarah tentang kuih ini, kenapa hanya menggunakan perkataan Tamil? Walhal, kuih ini dimakan oleh orang India Selatan yang lain juga, bukan menyeluruh di India seperti pengguna Visnu92 nyatakan, apa bukti kuih Adhirasam ini dimakan diseluruh India?. Adakah budaya orang India Utara, India Barat, India Timur samadengan orang India Selatan? Adakah orang Bengali sama seperti orang Tamil? Adakaha orang Punjab sama seperti orang Telugu? Bukankah keturunan Dravadia tidak sama seperti yang berada di India Utara? Kenapa perkataan Tamil digunakan (Adhirasam) walhal orang seperti Telugu (Ariselu) , Kannada dan Malayalam juga makan kuih ini, malah dikatakan kuih ini juga kuih tradisi.

Beza Adhirasam & Denderam/Peneram/Peniaram
Berbeza dengan Adhirasam, denderam/peneram menggunkan bahan seperti tepung beras, gula warna wmerah (gula melaka/gula kabong/gula apong (Sarawak, Brunei & Sabah)) yang datang dari pokok Nipah atau Kelapa. Kemudian, denderam tidak ada serbuk buah pelaga dan minyak sapi. Tidakkah ini berbeza dari segi rasa? Sepertimana mentega, lepa susu dan marjerin. Semua nampak serupa, tapi bahan dia berbeza bukan. Kenapa tiada disebut lepa susu (minyak sayur + susu) dan marjerin (minyak sayur) merupakan inspirasi dari mentega dalam artikel?

Kuih Adhirasam digunakan untuk pemujaan, sebab itu Ghee digunakan. Perenggan yang ditulis oleh pengguna Visnu92, dalam artikel Denderam memang berbeza dengan artikel Adhirasam yang disunting oleh dia. Sekiranya, Denderam itu adalah Adhirasam, kenapa artikel Adhirasam diwujudkan dalam wiki Bahasa Melayu? Kenapa tiada pembaikpulihan seperti menyatakan kuih peneram asal dari Tamil Naidu? Kenapa artikel Denderam dengan Adhirasam (wiki English) tidak sama?

Saya mohon perenggan akhir yang ditulis pengguna Visnu92, dikaji semula atau dibatalkan terus. Tiada sumber sahih atau rujukan yang betul untuk diterangkan sebagai sejarah. Hanya sekadar cakap-cakap mulut, adakah boleh dijadikan sebagai bahan dokumentasi? Sekiranya, denderam itu adalah Adhirasam, saya mohon artikel denderam ini dipadam, hanya gantikan artikel Adhirasam.

Secara peribadi saya ingin tekankan, Denderam dan Adhirasam adalah tidak sama dari segi rasa, walaupun warnanya serupa. Saya nyatakan sekali lagi, denderam tidak ada bahan seperti gula tebu, serbuk pelaga, dan minyak sapi. Tiga bahan ini saya sudah cukup membezakan rasa kuih tersebut. Adakah ini boleh dianggap kuih Adhirasam yang ternyata bahannya berbeza?

Mohon Yosri mempertimbangkan semula artikel ini dan Adhirasam yang juga disunting oleh anda.

Terima kasih. — --Hafrul (bincang) 07:28, 6 Jun 2017 (UTC)Balas

Sila rujuk:-
Baiklah kalau begitu, mengikut Verifiablity,_not truth, dalam perenggan akhir dalam artikel Denderam ini juga tidak mengikut at least on reliable source yang betul. Headline artikel oleh Zieman sendiri menyatakan Inspired by. Kemudian perenggan pertama, Zieman menulis, this sweatmeat, adakah ia merujuk Adhirasam atau Denderam? sedangkan Headline sudah tertulis Inspired. Mohon perkataan inspiarasi diselitkan dalan ayat perenggan terakhir dalam artikel Denderam ini sepertimana Headline yang ditulis sendiri oleh Zieman dan juga sama seperti dalam artikel Adhirasam. --Hafrul (bincang) 08:14, 6 Jun 2017 (UTC)Balas
Inspired itu bererti, diilhamkan. Saya rasa perkataan berasal itu sudah mencukupi, kerana berasal juga merujuk pada perkara yang telah diubah suai dengan selera tempatan. Bagaimanapun permohonan anda diperkenankan. Yosri (bincang) 17:05, 6 Jun 2017 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Kuih denderam".