Perbincangan:Kenyataan perkauman Ahmad Ismail

Ulasan terkini: 16 tahun lalu oleh Muhraz pada topik Tajuk baru

Kesesuaian rencana

sunting

Saya tak pasti, mengapa kita perlu "memberi penghormatan" kepada orang-orang sebegini dengan membuka sebuah rencana untuknya di Wikipedia? Seluruh episod berhubung kontroversi ini sepatutnya diletakkan di dalam rencana Barisan Nasional atau Kaum-kaum di Malaysia. Penamaan tajuk pun sudah salah. Racist ialah perkataan Inggeris bukan Melayu. Saya rasa rencana ini perlu dipadam! ---Tikar aurum (bincang) 13:03, 10 September 2008 (UTC)Balas

Politics aside, saya setuju. Rencana ini tidak sesuai langsung dengan piawai WIki BM. - Pp.Mm.Cc. 13:11, 10 September 2008 (UTC)Balas
Kes sebegini akan jadi sejarah . Lihat sahaja kes Suqiu yang telah dilupakan . 13 Mei juga tidak ditulis dengan tepat sehingga ramai orang Melayu percaya kepada karut-marut seperti parang terbang. Kalau bukan kita yang menulisnya , pada masa akan datang akan ada yang karut marut / tidak tepat. Sumbernya dari laman Bernama.com , BernamaTV, Radio24, Malaysiakini.com , Utusan dan lain-lain. Apa yang ditulis di sini bukan direka-reka dan bukan untuk menghina sesiapa. Dari segi emosi, orang Cina terluka dan orang Melayu juga terguris. Pelbagai kejadian telah berlaku, jadi berlapang dadalah. Tun Dr Ismail berpesan jangan menyapu sampah ke bawah permaidani. Antara sebab 13 Mei berlaku kerana cubaan menyembunyikan sentimen rakyat. Sesuatu yang rasional pada kita tetapi mungkin tidak rasional pada orang lain. Bolehkah kita memaksa orang lain menerima perspektif kita sahaja. Terpulanglah, sebaik-baiknya , bincang dan buat keputusan secara bersama. Malekhanif (bincang) 17:14, 10 September 2008 (UTC)Balas

Saya rasa rencana ini patut ada. Sudah kata "kontroversi", mana ada beri hormat kepada Ah-MAD Ismail si orang utan itu? Seluruh kontroversi ini ada cerita panjang, tak patut letak seluruhnya ke dalam rencana BN atau apa. Saya Orang Cina yang rasa dihina dan juga seorang penyokong PKR tetapi saya membantah penghapusan rencana ini. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 18:29, 10 September 2008 (UTC)Balas

Setuju dengan Edmund: strong keep. BTW, apa tajuk yang lebih sesuai? "Kontroversi perkauman Ahmad Ismail"?—Aviator, 20:12, 10 September 2008 (UTC)Balas

Saya rasa patut disatukan dengan rencana Ahmad Ismail sahaja, kerana tidak ada apa-apa rusuhan pun yang berlaku. Tak penting. Yosri (bincang) 00:36, 11 September 2008 (UTC)Balas

Memang tiada rusuhan tapi sudah jadi isu hangat di kalangan masyarakat Cina dan akhbar-akhbar Bahasa Cina banyak melaporkan kritik daripada persatuan-persatuan dan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina. Bahagian MCA Teluk Intan pula membakar gambar Ahmad Ismail! Saya tak tau keadaan akhbar Bahasa Melayu, lama tak baca. Kalau akhbar Melayu tak banyak lapor, ini kerana akhbar-akhbar Melayu dan Inggeris sudah dikawal ketat oleh kerajaan. Anwar Ibrahim memuji keneutralan akhbar-akhbar Cina dan menyeru para Orang Melayu supaya jangan baca Utusan Malaysia yang banyak mempermainkan isu perkauman. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 03:02, 11 September 2008 (UTC)Balas
Tak ada rusuhan tak semestinya tak penting. Lagipun, sampai ada kejadian koyak-koyak gambar dan berbalah dengan wartawan lagi...—Aviator, 03:31, 11 September 2008 (UTC)Balas
Berbalah dengan wartawan ini perkara biasa, tapi pasal penyokong AhMAD Ismail menanggalkan gambar Ketua Menteri Koh Tsu Koon dan mengoyakkannya adalah sangat sangat serius dan banyak melanggar "semangat BN", ini terlalu biadap kerana UMNO dan Gerakan kedua-duanya parti komponen BN, dan Koh merupakan Pengerusi BN Pulau Pinang. Yang lebih teruk, ada penyokong Ahmad Ismail yang jerit "Orang Cina balik China"! --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 05:34, 11 September 2008 (UTC)Balas

Dari segi pemilihan tajuk, ia sepatutnya berbunyi "Kontroversi perkauman Ahmad Ismail" kerana perkataan "racist" adalah perkataan Bahasa Inggeris dan kita memang ada perkataan "perkauman" bagi membawa maksud "racist". Bagi saya, rencana ini patut dikekalkan tetapi tajuknya perlu ditukar kerana ia bakal menjadi sejarah serta seharusnya menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk tidak melakukan kesalahan yang sama seperti yang dilakukan Ahmad Ismail yang sepatutnya patut disumbatkan ke dalam ISA (pada pandangan saya) kerana menimbulkan isu perkauman yang mampu mencetus satu lagi rusuhan kaum yang serupa dengan Peristiwa 13 Mei. - Hezery99 (bincang) 08:38, 11 September 2008 (UTC)Balas

Edmund, ruangan perbincangan ini tidak ada kena mengena dengan apa yang orang-orang UMNO lakukan. Sila hadkan perbincangan anda kepada isu kesesuaian rencana ini supaya tidak meleret keluar dari topik asal. Wikipedia bukan tempat untuk menghentam orang lain. Lagipun, Ahmad Ismail bukanlah orang UMNO pertama yang membuat kenyataan seperti ini. Ada lagi ramai sebelumnya yang pernah mengucapkannya (Najib? Zainudin Maidin?). Dengan alasan ada lagi individu lain, maka isu berkaitan patut disatukan dan dibincangkan di dalam satu rencana menyeluruh dengan gambaran yang lebih besar. "Hubungan antara kaum di Malaysia" lebih sesuai. --Tikar aurum (bincang) 11:35, 11 September 2008 (UTC)Balas
Sepatutnya rencana cenggini and sejenisnya perlu diletakkan dalam wikiberita bukan wikipedia. sebab ni lebih kepada berita kan? izzudin 12:28, 11 September 2008 (UTC)Balas
Nak masuk dalam Wn pun boleh, tapi jangan salah faham. Bentuk berita begini: PULAU PINANG: Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail hari ini menjelaskan bahawa beliau bukan seorang...Aviator, 14:22, 11 September 2008 (UTC)Balas

Tikar aurum, saya hanya terangkan kepentingan isu ini, kerana kepentingan isu ini berkait rapat dengan kesesuaian rencana. Kalai isu ini terlalu kecil maka tak berbaloi ada rencana ini. Tetapi isu ini sudah terlalu hangat sampai perlu ada rencana untuk menyimpan cerita panjang ini. Tentang pemimpin UMNO lain yang juga membuat ucapan perkauman, kalau menjadi isu hangat juga boleh tulis rencana isu itu juga. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 13:40, 11 September 2008 (UTC)Balas

Saya tidak fikir artikel ini sesuai diletakan di dalam ms.wikipedia dan patut dihapuskan. Kenyataan perkauman Ahmad Ismail seperti yang dilaporkan oleh wartawan akhbar Sin Chew Jit Poh adalah terlalu subjektif dan tiada laporan polis telah dibuat oleh wartawan ini dengan mengemukakan bukti rakaman audio. Penguasaan tahap Bahasa Melayu di kalangan bangsa bukan Melayu di Malaysia boleh dipersoalkan dan diragui. Terdapat juga kemungkinan kes silap dengar. Pendirian Ahmad berkaitan kenyataan bahawa kaum Cina sebelum merdeka adalah berdasarkan sejarah kecuali bukti audio ceramah Ahmad di Permatang Pauh dapat dikemukakan oleh wartawan berkenaan.

Jadi kedudukan orang Melayu di sini timbul daripada hakikat bahawa Negara ini Kerajaan di perintah oleh Raja-raja, jadi orang Melayu sebagai rakyat kepada Raja ada keistimewaan. Kebanyakan orang bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan yang lain-lain mereka adalah rakyat British kerana Negeri Selat Tanah Jajahan British. Oleh itu kedudukan mereka dengan orang Melayu tidak sama kerana orang Melayu adalah rakyat dan mereka ada hak-hak tertentu yang tidak ada pada orang lain, itulah permulaannya. Selepas 1957 orang bukan Melayu mula diserap sebagai warganegara……….Kenyataan Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim dalam Akhbar Siasah, 3-16 November 2006

Berdasarkan statistik terkini ms.wikipedia, jumlah pengguna berdaftar adalah 26,538 dan jumlah artikel pula adalah 30,514. Ini bermakna secara purata setiap pengguna hanya menyumbangkan hanya 1 artikel/pengguna. Berdasarkan saiz komuniti ms.wikipedia yang terlalu kecil, terdapat kemungkinan pengguna-pengguna lain akan menyumbangkan artikel yang berkaitan perkauman dan saya percaya perkara ini tidak baik untuk komuniti ms.wiki. Usaha patut dilipat gandakan untuk menyumbangkan artikel-artikel yang lebih berfaedah daripada berbincang mengenai artikel yang mempunyai nilai-nilai ensaiklopedia yang rendah. Terima kasih.Zamwan (bincang) 14:00, 11 September 2008 (UTC)Balas

Tolong jangan babitkan isu politik dan cari hubung kait dengan tapak web ini sebagai ensiklopedia. Kamu semua ini mengundi siapa betul siapa salah ke mengundi sesuai atau tak sesuai? Jangan salurkan pendapat peribadi pula. Subjektif ke tak subjektif ke tu diorang punya pasal la. Fakta ada, laporan ada, kenapa nak buang? Ini ensiklopedia, bukan Malaysia Today. Ahmad sudah kena gantung tiga tahun dan wartawan itu sudah kena tahan bawah ISA. Isu ini masih belum cukup besar lagi ke?—Aviator, 16:40, 12 September 2008 (UTC)Balas

Saya berpendapat elok diletak di bawah Ahmad Ismail. Rencana itu pun boleh diolah semula kerana tidak begitu menepati piawai Wikipedia. Di dalam Wikipedia English pun ianya hanya sub topik dalam entri en:Ahmad Ismail.Kamalzack (bincang) 03:48, 8 Oktober 2008 (UTC)Balas


Undian dijalankan di Wikipedia:Permohonan memadam laman/Kontroversi Ahmad Ismail racist. Keputusannya ialah rencana ini dikekalkan. ...Aurora... (bincang) 15:08, 13 Oktober 2008 (UTC)Balas

Komen balas daripada laman pengundian

sunting
Didie, di mana fakta sejarah anda? Sebelum Perang Dunia Kedua, Orang Cina sudah terdapat di Tanah Melayu. Kalau Jepun serang China, macam mana orang dari sana hendak lari ke luar negara? Saya rasa pihak tentera Jepun pasti dapat sekat jalan keluar mereka. Nenek moyang kami hanya ingin mencari rezeki di Tanah Melayu, bukan melarikan diri. Memang pada asalnya mereka bercadang memungut banyak-banyak di sini supaya dapat pulang ke China dan menikmati kehidupan di sana, tetapi mereka pun tak sangka tanah ini tanah yang sememangnya lebih bagus daripada China! Lagipun kami yang ingin kekal di sini, oleh itu terjadilah "jus soli". Dan mengatakan kami tali barut penjajah pun tidak benar. Semasa itu Orang Melayu turut serta menentang Jepun. Sesiapa yang anti-Jepun semua bersepakat menentang Jepun. Jadi kita terpaksa bekerjasama dengan British. Tetapi selepas itu? Kan ada pengganas komunis, selepas itu MCA dan MIC dengan UMNO pergi minta merdeka... Apa yang sudah berlalu biarkan saja, kita sepatutnya memandang ke depan dan memupuk perpaduan antara kaum. Dulu Amerika Syarikat mempunyai masalah perkauman yang lebih teruk daripada kita, tetapi kini keadaan adalah terbalik. Kenapa? --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 00:21, 14 September 2008 (UTC)Balas
  1. Kenyataan Ahmad Ismail tidak bertujuan untuk menimbulkan persengketaan antara kaum sebaliknya memperjelaskan semula asal-usul orang Cina dan kenapa status hak keistimewaan mereka berbeza berbanding Melayu. Jika orang luar dapat berkuasa mengatasi penduduk pribuminya maka ia sudah melebihi batas-batas yang sewajarnya. Wikipedia bukanlah medan perkauman tetapi ia bertindak menyampaikan fakta-fakta ilmiah kepada pembacanya. — Didie (bincang) 02:59, 14 September 2008 (UTC)Balas
    Tetapi pada pendapat banyak orang, penggunaan perkataan "penumpang" adalah terlalu serius! "Penumpang" bermaksud dia mesti keluar secepat mungkin. Seperti saya kata, apa yang sudah berlalu biarkan saja berlalu, kalau kami bercadang tinggal di sini buat selama-lamanya, kami bukan lagi penumpang. Biarpun buruh-buruh haram kini yang datang dari Indonesia pun kita panggil mereka "pendatang haram", bukan "penumpang haram"! Kan mereka jauh lebih layak dipanggil "penumpang"? Ucapan AhMAD Ismail lebih teruk daripada memanggil kami "warganegara kelas kedua". Sebenarnya kita boleh lihat bahawa tradisi UMNO memanglah mempermainkan isu perkauman, kebanyakan pemimpin UMNO panjat tinggi dengan main isu perkauman, Abdullah Badawi hanyalah salah satu daripada segelintir kecil yang tidak perlu main isu perkauman, because he was appreciated by Mahathir, but the ridiculous thing is selepas itu Abdullah Badawi menyokong Tengku Razaleigh mencabar Dr. Mahathir. Dan memang kita mesti mencegah Wikipedia daripada menjadi medan perkauman. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 14:39, 14 September 2008 (UTC)Balas
Hahhhhh... memang sah Pak Lah bukan pemimpin yg berkaliber. Mengapa kita perlukan pemimpin sebegini??? Masalah perkauman pun dia takleh handle. Arrrggghhhhh, Pak Lah memang tak layak jadi pemimpin. Pak Lah juga memang tak kenang budi dan legasi Dr Mahathir. Jadi, saya berpendapat agar pemimpin yg lebih layak menggantikan Pak Lah. Kami rakyat Malaysia berharap pemimpin yg lebih berkaliber dapat memandu Malaysia keluar dari ketidaktentuan politik dan bebas dari perkauman. Walaupun saya banyak mengata lebih, tapi juga banyak bersalah. Tapi sememangnya saya masih baik, InsyaAllah (Im Yirtseh Hashem -> kata khas untuk ceriakan Edmundwoods). (Sorry to say this, Edmundwood, sebenarnya saya tak pernah benci semua Yahudi, kerana ada orang Yahudi yg baik, malah juga yg Islam spt Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., Nabi Daud a.s., Mohd Asad, Maryam Jamelah. Yg bukan Islam pula , Steven Spielberg, para Rabai yg menentang Zionis).
    • Semua maki hamun di wiki he adlh gara2 para penyelia di sana padamkan rencana saya .
    • P/S:Kalau anda jadi penyelia di sana -> saya ucapkan terima kasih banyak2 kerana mahu sangat tolong saya, saya amat hargai pertolongan anda).
Kalau nak tahu, sememangnya saya tidak berpihak dengan mana-mana bangsa, asalkan bangsa itu baik. (cth:Orang Putih dan Arab) -> Meskipun saya amat pro kepada orang putih yg menguruskan dunia dgn sempurna. Serta orang Arab kerana kecantikan bahasa dan budaya mereka. Berkenaan parti politik di Malaysia pula, sememangnya saya tidak berpihak kepada UMNO atau mana-mana parti lain di Malaysia. Meskipun yg mengasaskan UMNO ialah orang baik bernama Dato Onn Jaafar. Ini kerana parti yg berkaliber ialah parti yg menjaga kepentingan diri disamping tanpa melupakan kepentingan kesejahteraan rakyat. Imran Al-Sahih (pesanan) 16:36, 22 September 2008 (UTC)Balas

Tajuk baru

sunting

Nampaknya pengundian telah tamat dan tiada keputusan muktamad. Tetapi saya masih tidak selesa dengan tajuk rencana ini. Patutkah dibuang perkataan racist pada tajuk dan ditukar kepada Kontroversi Ahmad Ismail? --Tikar aurum (bincang) 17:00, 25 September 2008 (UTC)Balas

Sepatutnya "Kontroversi perkauman Ahmad Ismail" seperti saranan Aviator dan Hezery99. ...Aurora... (bincang) 14:48, 8 Oktober 2008 (UTC)Balas

Memandangkan rencana ini dikekalkan, tetapi tajuk rencananya kelihatan tidak sesuai. Apa pendapat sekalian? Saya berpendapat dengan Zamwan untuk memilih tajuk rencana sebagai "Kenyataan kontroversi Ahmad Ismail". — Didie (bincang) 15:11, 8 Oktober 2008 (UTC)Balas

Masih ada satu hari lagi untuk pengundian, tarikh akhir adalah 10 Oktober. Kamalzack (bincang) 02:15, 9 Oktober 2008 (UTC)Balas
Saya rasa lagi elok "Kenyataan perkauman Ahmad Ismail" niduzzi 07:27, 10 Oktober 2008 (UTC)Balas
Rencana ini kan mengenai kejadian selepas kenyataan dia. ...Aurora... (bincang) 15:05, 10 Oktober 2008 (UTC)Balas

Saya tarik balik cadangan saya kerana tajuk itu tak sedap. Mungkin "Kontroversi Ahmad Ismail", sebab lebih umum dan lebih ringkas.—Aviator, 16:29, 10 Oktober 2008 (UTC)Balas

Saya berpendapat "Kontroversi Ahmad Ismail Cina Penumpang" lebih sesuai. 158.143.153.244 15:42, 8 November 2008 (UTC)Balas

Kata-kata Ahmad Ismail lagi best. Boleh masukkan dekat Wikiquote ( merek terima ke? ). Muhraz (bincang) 06:56, 9 November 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Kenyataan perkauman Ahmad Ismail".