Perbincangan:Greece

Ulasan terkini: 17 tahun lalu oleh Master2841 pada topik Greece atau Yunani?

kenapa mengguna Greece? kenapa tidak Greek? bukankah terdapat penggunaan bahasa Melayu menggunakan Greek dan bahasa Yunani untuk bahasanya. - Hafrul

Boleh rujuk di karyanet. Mengikut karyanet, perkataan Greece ialah bagi negara, manakala Greek untuk bahasa dan bangsa. Lagipun perkataan Yunani untuk kerajaan purba mereka. — Master2841 17:17, 7 Jun 2007 (UTC)Balas

Greece atau Yunani?

sunting

Perkataan "Greece" diimport terus dari bahasa Inggeris. Kenapa tidak "Yunani"? Hebat sangatkah bahasa Inggeris? Teruk sangatkah bahasa ibunda kita hinggakan terpaksa menciplak perkataan dari bahasa golongan Anglo-Saxon tanpa segan-silu?

Wikipedia Indonesia menggunakan "Yunani" (dari bahasa Arab). Dari dahulu lagi Bahasa Melayu juga menggunakan "Yunani" - sampailah British datang.

Minta tukar tajuk artikel ini kepada "Yunani".

Seperti di atas, karyanet telah katakan perkataan "Greece" adalah untuk negara yang wujud sekarang. Perkataan Yunani adalah untuk kerajaan kuno mereka. Master2841 17:12, 17 Jun 2007 (UTC)Balas

Yakah? Kalau diikutkan logik begitu, mari kita tukarkan Lubnan kepada Lebanon, Amerika Syarikat kepada United States of America, Filipina kepada Philippines, Belanda kepada Netherlands, Sepanyol kepada Spain dsb.

Kalau itu yang dikatakan oleh karyanet yang merupakan laman web kamus Dewan Bahasa dan Pustaka maka itulah logiknya. Kalau nak buat aduan penggunaan perkataan ini tidak betul sila ke DBP. Melainkan anda ialah Pengarah DBP yang baru dan anda arahkan supaya digunakan perkataan Yunani. Master2841 16:55, 25 Jun 2007 (UTC)Balas
Berasas ker KARYANET ni, walaupun diberi mandat dari DBP..payah juga kalu semua dikampungkan disatu tempat je nih - Hafrul
Memandangkan ini satu-satunya sumber kamus yang disahkan, jadi terpaksa terima. Master2841 20:08, 25 Jun 2007 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Greece".