Melayu Minangkabau vs Melayu Negeri Sembilan

sunting

Memadu pendapat:

  1. Dari beberapa rujukan yang dipercaya, menyebutkan ada sebahagian masyarakat Minang di Sumatra pindah ke Semenanjung, kemudian membentuk Negeri Sembilan. Masyarakat di Negeri Melayu biasa disebut menurut negerinya, sehingga penamaan Melayu Negeri Sembilan lebih sesuai, sama halnya dengan Melayu Jambi, Melayu Pahang dsb. Ini boleh dibandingkan dengan Desawarnana, sebuah kitab pada zaman Majapahit.
  2. Perkataan asimilasi menekankan peresapan kaum-kaum pendatang serta kehilangan identiti mereka, dalam konteks ini, masyarakat Melayu Negeri Sembilan sampai sekarang masih tetap menganut sistem matrilineal sama dengan di Sumatra, berbeza dengan masyarakat Melayu lain yang menganut patrilineal.
  3. Minang atau Minangkabau jelas Melayu. Batu Bersurat Kedukan Bukit telah menyebut kata "Minanga" (Minang ?), begitu juga Batu Bersurat Padang Roco, Batu Bersurat Bukit Gombak menyebut Malaya.
  4. Ada pendapat bahawa Minangkabau yang berasimilasi dengan masyarakat Melayu (Melayu yang beragama Islam[1]) tentu ayat ini menjadi bias, kerana dapat bermaksud masyarakat Minang belum Islam sebelum ke Negeri Sembilan.

-- Salam, VoteITP (bincang) 21:31, 25 April 2011 (UTC)Balas

Assalamualaikum
1. Tidak semua orang Minang di semenanjung menetap di Negeri Sembilan. Semenyih, Gombak, Kajang dan Hulu Langat di Selangor juga adalah penempatan utama orang Minang. Klasifikasi sub-etnik Melayu di dalam jadual artikel ini bukan hanya berdasarkan negeri tempat tinggal semata-mata, tapi berdasarkan sejarah, dialek dan budaya. Kerana itu, tiada istilah "Melayu Perlis", "Melayu Penang", "Melayu Selangor", "Melayu putrajaya", "Melayu Kuala Lumpur"..dsb
2. Ada beberapa tahap proses asimilasi dalam sosiologi, tidak semua asimilasi berlaku dengan sepenuhnya sehingga menghilangkan identiti asal. Sila lihat takrif Asimilasi di Britannica.
3. Kenyataan nombor tiga anda ini menegaskan yang Minang itu Melayu. Sedangkan dalam kenyataan nombor dua tadi, anda menyatakan yang Melayu dan Minang itu berbeza (Patrilineal vs Matrilineal). Yang mana satu ini pak?
4. Saya tidak pernah menyatakan yang orang Minang yang berhijrah ke semenanjung pada zaman Melaka itu masih belum Islam. Anda barangkali salah faham dengan ayat saya.Saya hanya menyatakan yang proses asimilasi di sini bukan dengan Melayu dari zaman Hindu-Buddha, tapi dengan Melayu zaman Islam (zaman kesultanan Melaka). Hal ini adalah berdasarkan fakta yang penghijrahan besar-besaran suku Minang berlaku pada zaman kesultanan Melaka. (أورخان غازي (bincang) 13:01, 18 Mei 2011 (UTC))Balas

Perkataan Melayu berasal daripada bahasa Jawa yang membawa maksud "lari'. Ia terbit daripada peristiwa Parameswara yang lari daripada ancaman/dikejar oleh Majapahit dan pelarian Parameswara daripada buruan Siam selepas membunuh wakil kerajaan Siam di Temasik iaitu Temagi. (Sila rujuk Mohd Pozi bin Arsam, 0176503817, Seremban.

??Siapa Mohd Pozi bin Arsam. Apa kelulusannya? Ada rujukan rasmi/bertulis mengenai dakwaan ini? Yosri 14:08, 7 Ogos 2006 (UTC)Balas

Perkataan Melayu berasal daripada perkataan bahasa Jawa iaitu "Mlayu" bermaksud perlarian. Kalau tidak percaya, sila rujuk buku Bahasa Melayu STPM (Penerbitan Pelangi) dalam tajuk sejarah bahasa melayu serta kamus tatabahasa dewan dalam tajuk sejarah bahasa melayu, Harap maklum . Mrzackhangrove (bincang) 12:00, 14 November 2008 (UTC)Balas

Jika berdasarkan sebab yang membawa kepada teori ini, iaitu "Melayu" dinamakan "Mlayu" oleh bangsa Jawa kerana pelarian Parameswara, harus diingat Parameswara hidup dalam abad ke 14, sedangkan perkataan "Malayur" "Malay" dan "Moloyu" telah wujud ratusan tahun lebih awal dalam teks teks di China dan prasasti di India yang merujuk kepada "bangsa gunung" . Jadi teori Jawa ini dengan sendirinya salah dan terbatal. Sejarah bangsa Melayu bukan bermula zaman Parameswara. Orhanghazi (bincang) 10:21, 16 Jun 2009 (UTC)Balas


Bebas dan Tak Disekat

sunting

Lagi satu pendapat memberi maksud perkataan Melayu sebagai "bebas" (free) atau "tak disekat" (unchecked), iaitu berasal daripada perkataan Tagalog, malaya. Saya rasa saya terbaca tentang ini dalam buku Saleh Ben Joned bertajuk "As I Please". Dalam Websters Online Dictionary versi Tagalog-English, terdapat beberapa variasi perkataan Melayu:

  • malayo far
  • malayò away, distant,far,remote
  • malayà free, unchecked

Yang mana satu perlu kita masukkan ke dalam rencana? Atau letakkan kedua-duanya? Atau tak letak langsung (mungkin sebab ini lebih kepada POV sendiri?) -- Zaim 17:23, 30 Jun 2004 (UTC)Balas


Soalan yang baik. Saya cenderung kepada anda letakkan semua itu di bawah tajuk tersendiri contoh : ==Pendapat asal perkataan Melayu == ; ===Pendapat pertama === . Sila nyatakan dengan jelas sumber yang dipetik. Mestilah menggunakan sumber yang disahkan, contoh elakkan memetik sumber Internet yang tidak mempunyai asas sokongan yang kuat. Kita kena ingat, sejarah tanah Melayu sama tua dengan sejarah Yunani (Greek) yang menyebut kita sebagai semenanjung emas. Yosri 01:26, 1 Jul 2004 (UTC)


Satu lagi pandangan mengenai usul kata "Melayu": http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/malays4.htm


For reading pleasure: http://pgoh.free.fr/malay_history.html

"duit" vs "do it"

sunting

adakah perkataan "duit" itu berasal dari perkataan inggeris "do it"? Start.default.page (bincang) 12:33, 2 Oktober 2020 (UTC)Balas

Suku, Etnik, kaum Melayu adalah istilah yang tidak lagi rasional digunakan. Bangsa dan Ras Melayu adalah istilah yang benar

sunting

Disini saya ingin bincangkan mengapa Melayu itu dikecilkan jumlahnya menjadi Suku, Etnik dan Kaum

Mengikut kajian dan pembacaan saya. Terdapat 4 Kajian yang menunjukkan Melayu sebagai sebuah bangsa dan bukan sub etnik yang kecil

a. Linguistic

Dari segi Bahasa, Bangsa Melayu berada dalam kelompok Sub Austronesia iaitu Malayo-Polynesia.

Austris/Austric > Austronesia > Malayo-Polynesia

b. Anthropology

Dari segi rupa paras dan warna kulit, Bangsa Melayu berada dalam kelompok Sub Mongoloid iaitu Malayan Mongoloid.

Mongoloid > Malayan Mongoloid

c. Geography

Dari segi penempatan Melayu, Majoriti Bangsa Melayu tinggal di pulau dan pesisir pantai dan kawasan tersebut diberikan nama sebagai Malay Archipelago atau Kepulauan Melayu.

d. History

Dari segi sejarah, terdapat 2 kerajaan yang menggunakan Istilah Bangsa Melayu iaitu Sriwijaya dan Kerajaan Melaka.

Persoalan saya, mengikut 4 klasifikasi ini iaitu Malayo Polynesia, Malayan Mongoloid, Malay Archipelago, Sriwijaya dan Melaka. Taburan kesemua aspek ini sangat besar meliputi hingga pesisir pantai Asia Tenggara yang lain. Ini membuktikan Melayu sebagai sebuah Bangsa besar dan bukan sebuah Suku, Kaum, atau Etnik.

Adakah ini cubaan memadamkan sejarah?

Sebab bagi saya taburan-taburan 4 aspek ini terlalu besar untuk dikategorikan sebagai 1 suku atau Etnik kecil.

Ada keterangan?

Kalau boleh diselipkan apa itu bangsa Melayu. Mohon selitkan 4 point penting tu

a. Anthropology (Malayan Mongoloid)

b. Linguistic (Malayo Polynesia)

c. Geography (Malay Archipelago)

d. History (Sriwijaya dan Melaka)

Ini la Bangsa Melayu sebenarnya. Penyurat (bincang) 09:38, 30 Disember 2024 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Etnik Melayu".