Perbincangan:Bas Bersiri Sejagat
Bas Bersiri Sejagat
suntingAdakah ini terjemahan DBP? Kalau ya, saya diam, kalau bukan, saya rasa terjemahan ini salah. Pada pendapat saya, Bas Sesiri Sejagat lebih sesuai. Ini kerana serial bus adalah satu istilah, ditambah universal gabungannya menjadi nama. kurkur 23:41, 25 September 2008 (UTC)
- Universal: Semesta. Serial: Bersiri. Bus: Bas.—Aviator, 23:51, 25 September 2008 (UTC)
- Serial bermaksud bersifat sesiri, maka sesiri lebih sesuai. Bersiri lebih kepada "Seried", dan ya, "serial drama" diterjemahkan sebagai "drama bersiri". Tetapi bagu serial bus, ianya tidak sesuai. Bas ada dua (mungkin anda sudah tahu), serial dan parallel yakni, bersifat sesiri dan selari (cara penghantaran datanya), bas itu sendiri cuma ada satu. Kalau penerangan saya kurang memuaskan hati, cuba lihat dbp. kurkur 00:28, 26 September 2008 (UTC)
- OK. Bagaimana pula dengan universal?—Aviator, 00:50, 26 September 2008 (UTC)
- Universal kerana ia serbaguna, piawai dsb. Sejagat tiada masalah rasanya. kurkur 01:01, 26 September 2008 (UTC)
- Walaupun begitu, kena terjemah ikut makna harfiah.
- international: antarabangsa
- global: sejagat
- universal: semesta
- Walaupun begitu, kena terjemah ikut makna harfiah.
- Terdapat beberapa istilah teknikal yang mengandungi perkataan universal diterjemahkan menjadi semesta:
- universal donor: penderma semesta (perubatan)
- universal set: set semesta (matematik)
- Coordinated Universal Time: Waktu Semesta Berkoordinat
- —Aviator, 01:51, 26 September 2008 (UTC)
- Terdapat beberapa istilah teknikal yang mengandungi perkataan universal diterjemahkan menjadi semesta:
- Hmm, nampaknya DBP mempunya terjemahan baginya di sini. Serial = bersiri, Universal = Semesta. Tidak sama dengan apa yang saya katakan. Bersiri seperti menunjukkan yang bas itu dipasang bersiri, tapi kalau DBP sudah cakap begitu, saya terpaksa akur. *PFFT*.. Bagaimana? Bas Bersiri Semesta atau Bas Sesiri Semesta? kurkur 06:35, 26 September 2008 (UTC)
- DBP kata: Bas Bersiri Semesta. Saya akan alihkan ke tajuk ini. Tiada bantahan kan? kurkur 06:42, 26 September 2008 (UTC)
- Hehehe. Mungkin bersiri tidak semestinya bermaksud dipasang secara bersiri, tetapi cara penghantaran data adalah bersiri. Pembunuh bersiri bukan wujud secara bersiri, tapi melaksanakan pembunuhan secara bersiri.
- Aneh. Saya semak kamus istilah simpanan saya tak jumpa pun istilah ini. Mungkin DBP menguruskan daftar istilah-istilah baru di laman webnya. Malangnya laman webnya sungguh lembap.—Aviator, 12:35, 26 September 2008 (UTC)
- Kalau boleh buat persian kamus untuknya kan bagus, mereka ada keluarkan perisian kamus untuk kamus Dewankah? Saya pelik, sekejap mereka gunakan sesiri, sekejap lagi bersiri, sekejap lagi lain. Adakah mereka yang membuat terjemahan istilah ini orang yang ahli dalam sesuatu bidang itu, ataupun sekadar seorang yang ahli di dalam bahasa Melayu? DBP sekarang sungguh meragukan. Apa-apa pun, saya tukarkan tajuk rencana ini mengikut yang sepatutnya. kurkur 12:45, 26 September 2008 (UTC)
- Lihat Kamus Dewan#Versi digital. Perisian ini bagu, tapi untuk Windows sahaja.—Aviator, 12:58, 26 September 2008 (UTC)
penggunaan usb
suntingadakah penggunaan usb adalah terhad ?.. maksudny , ia memerlukan folder lain utk memindahkan sesuatu maklumat apabila perpindahan maklumat berlaku dan mencapai kadar maksimum ?..
- Saya kurang faham. Adakah anda berbicara mengenai pemacu kilat USB? ...Aurora... (b) 15:29, 14 Jun 2011 (UTC)
- Terdapat kekangan bagi format FAT - File Allocation Table di mana hanya 255 files boleh disimpan dalam satu folder termasuk root. Ini bukanlah kekangan USB. Yosri (bincang) 15:40, 14 Jun 2011 (UTC)
Pindahkan ke Bas Bersiri Sejagat
suntingSalam dan hai semua, say atahu Semesta (ruj: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=USB&d=103448&#LIHATSINI) dan Sejagat (ruj: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=USB&d=226112&#LIHATSINI) ada maksud yang berbeza jika diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Tetapi terdapat satu terjemahan dalam PRPM yang menggunakan Sejagat. Dua-dua tidak salah, tapi kalaulah nak guna BM sebagai penggunaan seharian, bagi saya Sejagat lebih sesuai. Tinggalkan undian anda dibawah:
Pindahkan ke "Sejagat"
sunting- Setuju - SNN95 07:21, 19 November 2021 (UTC)
- Setuju - EmpAhmadK - (bincang) 07:30, 19 November 2021 (UTC)
- Setuju - MNH48 (bincang) 14:04, 21 November 2021 (UTC)
- Setuju - saya berpendapat ia ralat dari PRPM sendiri memandangkan Universal dalam konteks sains komputer lebih masuk akal bermaksud sifat keserasian peranti dihubungkan kepada apa-apa sahaja alat peranti lain dalam sistem komputer (rujuk Techopedia). Anumengelamun (bincang) 13:26, 22 November 2021 (UTC)
Kekalkan "Semesta"
sunting- Tiada sokongan
Keputusan
sunting100% menyokong pemindahan ke Bas Bersiri Sejagat. Terima kasih atas respon anda semua. SNN95 17:42, 22 November 2021 (UTC)