Perbincangan:Angkatan Bersenjata Singapura
Latest comment: 15 tahun lalu by Aurora in topic "Angkatan", bukan "Tentera"
"Angkatan", bukan "Tentera"
suntingJika anda rujuk rencana bahasa Inggeris, anda akan mendapati bahawa nama BM bagi ketiga-tiga cabang SAF adalah seperti berikut:
- Singapore Army: Tentera Singapura (bukan Tentera Darat Singapura)
- Republic of Singapore Navy: Angkatan Laut Republik Singapura (bukan Tentera Laut Republik Singapura)
- Republic of Singapore Air Force: Angkatan Udara Republik Singapura (bukan Tentera Udara Republik Singapura)
Inilah nama-nama Melayu yang diberikan sejak sekian lama, harap diubah sewajarnya. Maklumlah cara BM ditutur di kota singa lain sikit dari di Malaysia. Harap maklum. 118.100.43.95 01:36, 23 Disember 2008 (UTC)
- Silakan. Anda sendiri boleh mengubahnya. ...Aurora... (b) 15:29, 23 Disember 2008 (UTC)
- Aurora, masalahnya kalau ikut Kamus Dewan Bahasa "Air Force" adalah "Tentera Udara" dan bukannya "Angkatan Udara". Sama juga "Navy" dan "Army". Nama ganti bagi "Air Force" ditulis sebagai "Angkatan Udara" hanya boleh didapati di dalam terjemahan Bahasa Melayu Indonesia. Akan tetapi, mungkin benar kata anda. Angkatan adalah nama yang digunakan oleh penduduk berbahasa Melayu di Singapura. Dan ia juga dengan jelasnya tertera di lambang. Zamwan (bincang) 16:08, 23 Disember 2008 (UTC)
- Zamwan, kalau ada nama rasmi, kita ikut nama rasmi. Kalau tiada, kita ikut kamus. ...Aurora... (b) 15:11, 24 Disember 2008 (UTC)