Perbezaan antara bahasa Melayu Baku dan bahasa Indonesia
Bahasa Melayu merupakan loghat utama dalam bahasa Indonesia yang dipergunakan oleh bangsa Indonesia, begitu pula dengan bahasa Melayu di Malaysia, Brunei dan Singapura. Penamaan bahasa Melayu di Indonesia dengan nama bahasa Indonesia bermula daripada Sumpah Pemuda tanggal 28 Oktober 1928 sebagai bentuk persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia yang memiliki khazanah budaya dan bahasa serta status. Bahasa Indonesia dirasmikan menjadi bahasa negara pada kemerdekaan negara Republik Indonesia pada tahun 1945.
Penghantar
suntingTidak dapat dibezakan secara keterlaluan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dengan alasan bahawa bahasa Melayu yang diguna pakai sebagai bahasa kebangsaan Indonesia iaitu bahasa Melayu yang dipertuturkan di negeri Riau (merupakan bahasa Melayu Tinggi atau bahasa Melayu Standard atau bahasa Melayu Piawai) dan telah ditemui bukti-bukti konkrit sejarah tentang asal-usul bahasa Melayu pada tulisan di batu tulis di daerah Sumatera Selatan dan Hulu Jambi. Kecuali dengan pernyataan yang lebih khusus mengenai perbezaan ini, barulah boleh dengan nyata perbezaan ini boleh diserlahkan. Sebagai contoh, perbezaan bahasa Indonesia dan bahasa Melayu Malaysia. Dua bahasa itu meskipun berakar daripada bahasa Melayu yang sama iaitu bahasa Melayu dari tanah Sumatera, mereka memiliki latar belakang sejarah dan perlakuan yang berbeza daripada segi tatabahasa, kedinamisan, dan kosakata.
Perbezaan itu secara garis besar dapat dipaparkan sebagai berikut:
- Dari latar belakang penjajahan asing boleh dikatakan bahawa bahasa Indonesia lebih meminjam bahasa Belanda sedangkan bahasa Melayu Malaysia lebih meminjam bahasa Inggeris.
- Dari segi perlakuan, kedua-dua bahasa tersebut diperlakukan sesuai dengan kebijakan kebahasaan di negara masing-masing, namun ada perhimpunan yang mengatur bahasa Melayu yang dipanggil dengan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).
Perbezaan yang penting antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
suntingBahasa Indonesia berbeza daripada bahasa Melayu khususnya di Malaysia kerana mempunyai perkataan yang berasal daripada Jawa dan Belanda meskipun bahasa Indonesia didasarkan dan didominasi dari bahasa Melayu Riau. Contohnya "pejabat pos" dikenali sebagai "kantor pos" di Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Belanda kantoor untuk "pejabat". Ketika zaman penjajahan, bahasa Indonesia menggunakan "oe" untuk bunyi "u", sama seperti bahasa Belanda. Namun, setelah penaklukan Jepun, ejaan tersebut ditukar kepada "u". Begitu juga dengan bahasa Melayu. Sebelum 1972, bunyi "ch" dieja dengan "ch" dan bahasa Indonesia menggunakan "tj". Oleh itu, perkataan "cap" telah dieja sebagai "chap" dan "tjap" dalam Bahasa Indonesia. Selepas "Ejaan Yang Disempurnakan" diperkenalkan pada 1972, kedua-dua bahasa menggunakan ejaan yang sama, iaitu "cap". Contoh ejaan lain ialah "dj" (Indonesia) diganti dengan "j" seperti di Malaysia. Ada beberapa ejaan yang masih dikekalkan atas sebab sejarah, contohnya "wang" (Bahasa Melayu Malaysia) dan "uang" (Bahasa Indonesia).[1]
Cara sebutan juga berbeza dengan Indonesia dan Malaysia Timur bercakap dalam bahasa baku, iaitu perkataan-perkataan disebut seperti dalam ejaan.
- Untuk rencana lanjutan, sila lihat Perbezaan sebutan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia
Perbezaan kosa kata
suntingBahasa Inggeris | Bahasa Melayu Malaysia | Bahasa Indonesia |
---|---|---|
March | Mac (daripada Bahasa Inggeris) | Maret (bahasa Belanda: Maart) |
August | Ogos | Agustus (bahasa Belanda: Augustus) |
because | kerana/sebab | karena |
car | kereta | mobil, oto (kereta juga digunakan dengan penggunaan yang berbeza contohnya iaitu kereta gantung, kereta kuda, kereta angin, kereta dorong, kereta bogi, kereta jenazah, kereta api, dan sebagainya selain yang bermakna mobil atau oto) |
chair | kerusi | kursi |
challenge | cabaran / tentangan/dugaan/ujian/
rintangan |
tantangan (cabaran [kecabaran] juga digunakan dalam makna ketakutan) |
cold | sejuk | dingin |
cool | dingin | sejuk |
disabled people | orang kurang upaya (orang cacat) | orang difabel (orang cacat) |
head office | ibu pejabat/ofis utama | kantor pusat |
hospital | hospital ('rumah sakit' digunakan sebelum kemerdekaan Malaysia) | rumah sakit (bahasa Belanda: ziekenhuis) |
speak | bercakap/bertutur/
berkata/berucap/ berbicara || berbicara (bercakap juga digunakan) | |
shop | kedai/kios/ | toko (kedai digunakan dalam erti warung) |
ticket | tiket | karcis (bahasa Belanda: kaartje; tiket juga digunakan) |
pharmacy | farmasi | apotek (bahasa Belanda: apotheek; farmasi juga digunakan [biasanya untuk yang bermakna apotek, ia didampingi dengan kata instalasi sebelum kata farmasi]) |
Monday | Isnin | Senin |
restaurant | restoran/warung/kedai makan | rumah makan (restoran juga digunakan) |
television | televisyen | televisi (bahasa Belanda: televisie) |
tree | pokok | pohon |
tree (counting) | pohon (eg. tanam tiga pohon pokok) | pohon |
university | universiti/menara gading | universitas (bahasa Latin: universitas) |
when | bila | kapan |
zoo | taman haiwan, zoo, ('kebun binatang' digunakan sebelum kemerdekaan Malaysia) [2] | kebun binatang (bahasa Belanda: dierentuin) |
Sama kata lain erti
suntingRencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Selain perbezaan kosa kata, Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Indonesia juga berkongsi perkataan-perkataan yang sama tetapi berlainan maksudnya. Oleh sebab perkataan-perkataan berkenaan kerap digunakan dalam salah satu atau kedua-dua bahasa tersebut, maka mudah timbulnya salah faham.
Perkataan | Bahasa Melayu Malaysia | Bahasa Indonesia |
---|---|---|
ahli | seseorang (yang tergolong dalam sebuah kumpulan) (hanya sebagai kata tunggal), pakar dalam sesuatu bidang |
pakar dalam sesuatu bidang |
akta | undang-undang | surat rasmi yang disahkan oleh suatu badan rasmi atau pemerintah |
baja | bahan untuk menyuburkan tumbuh-tumbuhan | keluli, besi waja |
banci | perhitungan bilangan penduduk dsb. | seorang homoseksual pondan |
berbual | bersembang | berbohong, omong kosong |
bercinta | meluahkan rasa kasih sayang sesama sendiri | bersetubuhan |
biji | pil, benih | benih |
bisa | racun, toksik | boleh, dapat; racun |
bogel | telanjang, langsung tidak berpakaian | bugil, orang kerdil |
bontot/buntut | punggung | ekor |
budak | kanak-kanak, orang muda | hamba, abdi |
butoh/butuh | alat kelamin lelaki(lucah) | perlu |
comel | cantik dan menarik, molek | (ujaran bagi) seorang yang mulut tempayan (tidak boleh menyimpan rahsia); comel dalam erti cantik juga digunakan dalam bahasa daerah tertentu |
e-mel | enamel gigi, surel (surat elektronik) | |
gampang | anak luar nikah (kesat) | senang; mudah |
jabatan | bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu | kedudukan rasmi |
jahat | nakal | durjana, penjenayah |
jawatan | kedudukan rasmi | jawatan, pejabat pemerintah |
jemput | mengajak atau menyilakan datang | memetik, mengajak atau menilakan datang |
jeruk | buah-buahan (sayur, telur, ikan, dll) yang telah dimasamkan (atau dimasinkan) | oren, sitrun |
jimat | cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros | azimat |
kacak | tampan, segak, menarik (bagi lelaki) | memegang kiri kanan pinggang dengan kedua-dua belah tangan (berkacak pinggang); segak |
kakitangan | pekerja, seorang yang diupah | ahli kongsi gelap |
karya | hasil seni (karyawan=artists) | work (karyawan= workers) |
kerajaan | mana-mana bentuk pentadbiran negeri/negara | sistem kerajaan beraja; kerabat diraja |
kereta | motokar, kenderaan beroda empat yangg digerakkan dengan enjin pembakaran dalaman | kereta api, kereta gantung, kereta kuda, kereta jenazah, kereta dorong dll; kendaraan beroda yang digerakkan dengan enjin atau tenaga makhluk hidup (kereta dalam erti mobil adalah tidak lazim dalam bahasa Indonesia selain dalam bahasa daerah tertentu) |
khidmat | servis, kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll | memberi tumpuan sepenuhnya, khidmah = hormat |
pajak | gadai janji | cukai |
pantas | laju, cepat | layak, sesuai |
pelan | rancangan pembinaan atau pembangunan | perlahan |
pejabat | tempat bekerja | pegawai |
pemerintah | badan atau kumpulan orang yang mengendalikan pentadbiran sesuatu negara | sistem menjalankan kuasa untuk mengatur kehidupan sosial, ekonomi, dan politik suatu negara (bahasa Malaysia : kerajaan) |
pengacara | juruacara, orang yg mengacarai sesuatu acara/majlis dll | peguam bela |
pengajian | pendidikan | pengajian al-Quran |
percuma | tidak dikenakan bayaran | tidak berguna, sia-sia |
pijat | kutu; ralat pemprograman komputer | urut dari pijet (bahasa Jawa) |
polis | mata-mata, angkatan keselamatan sivil | dasar (insuran dll.) |
polisi | dasar (insuran dll.) | polis |
pusing | mengelilingi sesuatu tempat, bergerak dalam bulatan, berputar | pening, keliru |
pupuk | menyemai (nilai murni dsb.) | baja (juga bermaksud 'memelihara' dalam erti kata metafora) |
tambang | bayaran penggunaan pengangkutan awam | lombong, tali |
tandas | jamban, tempat membuang air | menjelaskan (sesuatu); menyelesaikan (sesuatu perkara) dengan tegas; jamban; tempat mandi di sungai |
sulit | rahsia; sukar | sukar; pelik; langka |
Sama kata tetapi huruf berbeza
suntingInggeris | Indonesia | Melayu |
---|---|---|
bus | bus | bas |
truck | truk | trak |
different | beda | beza |
taxi | taksi | teksi |
mean | arti | erti |
is | yaitu,adalah | iaitu |
business | bisnis | bisnes |
minute | menit | minit |
answer | jawaban | jawapan |
damage | rusak | rosak |
healthy | sehat | sihat |
official | resmi | rasmi |
bridge | jembatan | jambatan |
music | musik | muzik |
position | jabatan, lokasi,posisi | jawatan |
civil | sipil | sivil |
sputum | dahak | kahak |
animal | hewan | haiwan |
try | coba | cuba |
money | uang | wang |
because | karena | kerana |
account | akun | akaun |