Perayaan Hantu

(Dilencongkan daripada Perayaan Hantu Lapar)

Perayaan Hantu (juga di Indonesia: Cioko[1], Tionggoan) ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Perayaan ini diadakan jatuh pada hari ke-13 malam ke-14 bulan ke-7 kalendar Cinayang turut bergelar Hari Hantu - bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu (鬼月), iaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh termasuklah para leluhur yang lama meninggal dipercayai keluar dari alam ghaib. Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam Syurga, Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal.

Perayaan Hantu
Fail:IMG 0087.JPG
Official nameAgama Buddha:
Ullambana
(Cina Tradisional: 盂蘭盆, Cina Ringkas: 盂兰盆, pinyin: Yúlánpén)

Fahaman Tao dan kepercayaan tradisi:
Zhōngyuán Jié
(Cina Tradisional: 中元節, Cina Ringkas: 中元节)
Also calledBulan Hantu
Observed bypenganut agama Buddha, Tao, agama tradisional Cina
TypePerayaan Asia dan agama Buddha
SignificancePembukaan pintu Neraka, membolehkan semua hantu untuk mendapat makanan dan minuman
ObservancesPenyembahan nenek moyang, menderma makanan (kepada para sami dan juga yang telah meninggal), membakar kertas topekong, berdikir
Datemalam ke-14 bulan qamari ke-7
Related toObon

Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.

Asal-usul

sunting

Kepercayaan ini difahami berasal daripada unsur beberapa agama tertentu iaitu hari raya Taoisme melalui ritual Zhongyuan dan juga Ulambana dalam agama Buddha.[2]

Ulambana merupakan satu hari suci umat Buddhis pada tanggal pertama hingga ke-15 dalam Tahun Baru Cina di mana para sami Sangha kembali daripada tempoh istirahat Vasa selama musim hujan berlangsung; sami-sami ini dipercayai akan mengalami peningkatan dalam kehidupan spritualnya sehingga menjadi "lahan teramat subur" untuk menanam kebajikan. Para penganut agama Buddha yang memberikan persembahan kepada mereka akan memperoleh karma baik lebih besar daripada biasanya; mereka juga bisa menyumbang pahala jasa kebajikan yang diperoleh dari persembahan tersebut untuk roh leluhur mereka serta makhluk-makhluk yang menderita di alam peta (alam hantu kelaparan). Bagi umat Buddha, ritual Ulambana merupakan hari di mana semua anak-anak mempraktikkan rasa hormat dan kasih sayang kepada orang tuanya yang sekarang (dalam kehidupan sekarang), orang tua pada masa lampau (kehidupan sebelum tumimbal lahir yang sekarang), dan masa depan.[3]

Sambutan setempat

sunting

Di Nusantara

sunting

Perayaan Hantu di Malaysia dimodenkan dengan pengasaan persembahan pentas seolah-olah konsert dipanggil getai (Cina Ringkas: 歌台; pinyin: gētái, bahasa Hokkien: Koh-tai). Ia dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari, dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk.

Di Indonesia pula, orang ramai akan berpusu membawa barangan ke tokong-tokong untuk dipersembahkan kepada roh orang yang mati dalam keadaan buruk sebelum barangan yang direstui tadi diagihkan kepada orang miskin.

 
Berlatarkan penerangan Jambatan Albuquerque, sukarelawan Jepun meletakkan tanglung berlilin pada Sungai Sasebo River pada perayaan Obon.

Di Jepun: O-bon

sunting

O-bon, atau cuma Bon, merupakan versi Jepun bagi Perayaan Hantu yang lama berubah menjadi cuti perjumpaan semula keluarga yang mana penduduk bandaraya kembali ke kampung halaman untuk membersihkan dan menziarahi kubur nenek moyang mereka.

O-bon yang sering merangkumi pesta tarian ini lama wujud di Jepun sejak lebih 500 tahun lalu. Perayaan Jepun ini diadakan dari 13 hingga 16 bulan Julai (masing-masing "Obon Sambutan" dan "Obon Perpisahan" respectively) di pantai timur Jepun (Kantō), pada bulan Ogos di pantai barat (Kansai).

Di Vietnam

sunting

Di Vietnam, perayaan ini bergelar Vu Lan dan dijadikan Hari Ibu. Pada hari inilah sesiapa yang ibunya masih hidup akan berterima kasih, manakala yang ibunya sudah tiada berdoa agar roh ibu-ibu mereka diberkati.

Rujukan

sunting
  1. ^ (Inggeris)Cioko festival appeases the poor, hungry spirits[pautan mati kekal], The Jakarta Post. Akses:01-09-2012
  2. ^ Bidang Litbang PTITD/ Matrisia Jawa Tengah. Juli 2007. "Pengetahuan Umum Tentang Tri Dharma", Edisi Pertama. Semarang: Benih Bersemi.
  3. ^ "The Ghosts' Seasons?", tidak dijual.