Perawan Maria Kesihatan Baik

Bunda Maryam Penyembuh yang Baik ( Tamil ''ஆரோக்கிய அன்னை''' Ārōkkiya annai ) juga dikenali sebagai Perawan Maria dari Vailankanni (Our lady of Vailankanni), adalah Gelaran yang diberikan kepada Perawam Maria yang diberkati oleh para penganut. Dia dikatakan telah menampakkan diri dua kali di bandar Velankanni, Tamil Nadu, India, pada abad ke-16 hingga ke-17. [1]

Perawan Maria Kesihatan Baik
புனித ஆரோக்கிய அன்னை
Tradisi/genreBasilika Perawan Maria Kesihatan Baik

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Basilika

sunting
 
Basilika Perawan Maria Kesihatan Baik

Basilika bergaya Gothic berdiri di Velankanni untuk mengenang penampakan. Basilika yang didirikan oleh Portugis dan India berdiri di tapak di mana penjual susu mentega melihat Maria dan Yesus. [2] .Penggambaran ikonik Madonna adalah unik kerana ia merupakan salah satu daripada dua ikon di mana Maria digambarkan memakai Sari India, manakala patung yang lain dikatakan telah dikebumikan bersama Aurangzeb, Maharaja Mughal. Basilika ini dikenali sebagai tempat ziarah bagi umat dari seluruh India dan mengadakan himpunan doa berbilang bahasa setiap hari.

Hari Keraian

sunting

8 September, Perayaan Kelahiran Maria, juga diperingati sebagai perayaan Perawan Maria Kesihatan Baik. Sambutan bermula pada 29 Ogos dan berakhir pada hari perayaan. [3] Doa hari raya diucapkan dalam bahasa Tamil, Marathi, India Timur, Malayalam, Telugu, Kannada, Konkani, Hindi dan Inggeris . [4]

Rujukan

sunting
  1. ^ Description of the miracles at the Velankanni Shrine
  2. ^ Mukherjee, Rila. 2009. 'Locality, history, memory: Vailankanni and a new geography of citizenship.' In Mukherjee, Rila and Tajesh, M.N. (eds.), Locality, History, Memory: The Making of the Citizen in South Asia, pp. 152–181. Newcastle on Tyne: Cambridge Scholars Publishing.
  3. ^ Velankanni festival ends with feast mass on The Hindu news
  4. ^ "Velankanni Feast Day 2018 | Our Lady Of Good Health | Vailankanni.info". Velankanni.info. Dicapai pada 30 August 2018.