Perang England–Sepanyol (1585)

Perang 1585-1604 antara kerajaan Sepanyol dan England

Perang England–Sepanyol (1585–1604) adalah satu konflik pasang-surut di antara kerajaan Sepanyol dan England yang tidak pernah diistiharkan dengan rasmi. Perang ini bermula dengan ekspedisi tentera England pada tahun 1585 ke atas Belanda di bawah arahan Earl Leicester bagi menyokong tentangan Jeneral Negara ke atas pemerintahan Habsburg.

Perang England-Sepanyol
Sebahagian daripada Perang Lapan Puluh Tahun

Persidangan Rumah Somerset di antara para diplomat England dan Sepanyol
Tarikh1585 – 1604
Lokasi
Keputusan Perjanjian London[1][2]
Pihak yang terlibat
Sepanyol Sepanyol
Portugal Portugal (di bawah Habsburg Sepanyol)
England England
 Republik Belanda
Komandan dan pemimpin
SepanyolPortugal Philip II/I
SepanyolPortugal Philip III/II
Sepanyol Marquis dari Santa Cruz
Sepanyol Duke dari Medina Sidonia
Sepanyol Duke dari Parma
England Elizabeth I
England Francis Drake
England John Hawkins
England Earl Leicester

England mendapat kemenangan di Cádiz pada tahun 1587, dan ke atas Armada Sepanyol pada tahun 1588, tetapi kalah apabila serangan Armada England ditangkis pada tahun 1589 di La Coruña dan Lisbon. Dua buah Armada Sepanyol kemudian dihantar tetapi matlamat mereka gagal dicapai di sebabkan oleh cuaca buruk.

Dalam dekad seterusnya selepas kekalahan Armada, Sepanyol menguatkan tentera lautnya dan kemudian berjaya dalam mempertahankan konvoi armada barangan berharganya dari benua Amerika. England mengalami kekalahan pada pertempuran seterusnya. Perang ini ditamatkan dengan Perjanjian London, yang dirundingkan pada tahun 1604 di antara perwakilan Philip III dan raja Scotland baru dari England, James I. Sepanyol dan England bersetuju untuk tidak melibatkan campur tangan tentera di Ireland dan Belanda Sepanyol, dan England menolak pelanunan di laut lepas. Kedua-dua pihak mencapai beberapa tujuan mereka, akan tetapi hampir kesemua perbendaharaan telah digunakan dalam perang ini.

Rujukan

sunting
  1. ^ "The first item of Jame's agenda was to bring to a close the long standing war with Spain. This was done by the Treaty of London in August 1604. Its terms were flagantry generous to the Spanish, the first black mark against the new king. Morover James, unlike Elizabeth, had every intention of honoring them." Burgess, Douglas: The Pirates' Pact: The Secret Alliances Between History's Most Notorious Buccaneers and Colonial America. McGraw-Hill Professional, 2008, page 29. ISBN 0-07-147476-5
  2. ^ Channing, Edward: A history of the United States. Octagon Books, 1977, v. 1, page 158. ISBN 0-374-91414-1

Pautan luar

sunting