Perang Candu
Perang Candu, juga dikenali sebagai Perang Anglo-China, merupakan kemuncak pertelingkahan perdagangan dan diplomatik yang tercetus antara China di bawah pemerintahan Dinasti Qing dengan Empayar British selepas China mencari jalan untuk menghalang British daripada menyeludup candu. Peperangan ini merupakan sebahagian daripada Perang Candu Pertama yang berlaku dari tahun 1839 sehingga 1842[1] dan Perang Candu Kedua dari 1856 sehingga 1860[2].
Perang Candu | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Gambaran pertarungan di Guangzhou semasa Perang Candu Kedua (dari buku 社会历史博物馆) | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Amerika Syarikat Amerika Syarikat(1856 and 1859 sahaja) | Empayar Qing | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Michael Seymour |
Empayar Daoguang Empayar Xianfeng Lin Zexu Sengge Rinchen | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
~40,000 tentera, Amerika: 287 tentera, 3 Kapal Perangs | ~110,000 tentera | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
lebih daripada 2,800 mati semasa beraksi atau hilang semasa beraksi | 47,790 mati semasa beraksi atau hilang semasa beraksi |
Candu adalah sesuatu yang tidak diharamkan Great Britain dan ia diseludup masuk oleh saudagar pedagang dari India British ke dalam China, sesuatu kegiatan yang mengingkari undang-undang larangan China. Penyelesaian secara diplomatik mungkin dapat menyelesaikan masalah ini tetapi masalah dalam komunikasi dan pengasingan yang diamalkan oleh China menyebabkan usaha perbincangan tidak dapat dilakukan. Peperangan secara terbuka antara Britain dan China tercetus pada tahun 1839. Peperangan yang tercetus menyebabkan kontroversi di Britain dan mendapat kritikan yang hebat daripada William Gladstone. Perbalahan yang berlanjutan ke atas layanan yang diberikan ke atas pedagang British di pelabuhan China menyebabkan berlakunya Perang Candu Kedua.
Kekalahan China pada kedua-dua peperangan menyebabkan kerajaan China terpaksa membenarkan candu diperdagangkan . Pihak Britain memaksa kerajaan China menanda tangani Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin, dua perjanjian yang juga dikenali sebagai Perjanjian Berat Sebelah. Antara kandungan perjanjian ini ialah persediaan untuk membuka pelabuhan tambahan dengan tiada larangan kepada pedagang asing, penetapan tariff tetap, yang diakui oleh kedua-dua negara sebagai sama dalam surat menyurat. Pihak British juga mendapat hak wilayah yang lebih besar. Terdapat beberapa negara yang mengikuti Britain dan berminat membuat perjanjian yang sama dengan China. Ramai orang China mendapati perjanjian ini satu penghinaan dan sentimen ini telah menyebabkan Pemberontakan Taiping (1850-1864), Pemberontakan Boxer (1899-1901) dan kejatuhan Dinasti Qing pada tahun 1912 yang menyebabkan berakhirnya Dinasti China. Peperangan Candu telah menyebabkan, dan memaksa China menjadi lebih terbuka kepada dunia luar.[3].
Latar belakang
suntingPerdagangan secara terus di antara Eropah dan China bermula pada kurun ke-16, selepas Portugis berjaya menawan penempatan India di Goa pada pertengahan kurun ke-16, dan Macau pada tahun 1557 di Selatan China. Selepas pihak Sepanyol memperolehi Filipina, pertukaran barangan dagangan antara China dan Barat meningkat dengan mendadak. Kapal layar Manila yang membawa masuk lebih banyak perak terus dari lombong Amerika Selatan ke China dan kemudian melalui jalan darat yang dikenali sebagai Jalan Sutera. Apabila terlalu banyak barang dagangan dibawa masuk, kerajaan Qing cuba untuk mengehadkan kontrak perjanjian dengan negara luar, mengehadkan pertukaran barang di pelabuhan Canton (kini dikenali sebagai Guangzhou). Perdagangan merupakan subjek yang perlu diselidiki dengan teliti oleh pegawai China. Empayar Sepanyol mula menjual candu, bersama-sama dengan barangan keluaran baharu seperti rokok dan jagung, ke China supaya dapat mengelakan defisit ke atas perdagangan yang menyebabkan harga melebihi perak
Disebabkan kekurangan permintaan ke atas barangan dagangan Eropah dari pihak China, dan permintaan yang tinggi terhadap barangan China dari pihak Eropah seperti teh,sutera dan tembikar menyebabkan pihak pedagang Eropah terpaksa membeli barangan keluaran China dengan perak, barangan yang hanya diterima oleh pihak China. Dari pertengahan kurun ke-17 lebih kurang 28 juta kilogram perak telah diterima oleh China, disebabkan oleh kuasa permintaan yang tinggi dari Eropah, bagi membuat pertukaran barangan dengan pihak China[4]. Masalah pihak Britain bertambah lebih rumit apabila mereka mengunakan standard emas dari pertengahan kurun ke-18 dan ini menyebabkan pihak Britain terpaksa membeli perak dari negara-negara Eropah yang lain, menyebabkan beban hutang akibat daripada tambahan kos pertukaran[5].
Pada kurun ke-18, walaupun mendapat protes daripada kerajaan Qing, pihak perdagang British mula mengimport candu dari India. Disebabkan oleh rasa yang kuat dan tarikan semula jadinya, candu merupakan salah satu cara yang berkesan dalam menagani masalah perdagangan yang dihadapi oleh pihak British. Apabila perminataan terhadap candu yang mendapat sambutan yang baik daripada ribuan orang China yang ketagih dengan candu. Pada 1729, Emapayar Yongzheng telah mengharamkan jualan dan rokok yang dibuat daripada candu, dan hanya membenarkan sebahagian kecil bilangan candu diimport ke China bagi tujuan perubatan[6].
Lihat Juga
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Perang Candu |
Rujukan
sunting- ^ (World Civilizations: The Global Experience FOURTH EDITION AP* EDITION)
- ^ Hanes, William Travis; Frank Sanello (2002). Opium Wars: The Addiction of One Empire and the Corruption of Another. pp. 3.
- ^ "The Opium War and the Opening of China". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-04-02. Dicapai pada 2004-04-02.
- ^ Early American Trade
- ^ Liu, Henry C. K. (September 4, 2008) [1] Diarkibkan 2015-09-23 di Wayback Machine.
- ^ Chisholm, Hugh (1911). The Encyclopædia Britannica: A Dictionary of Arts, Sciences, Literature and General Information. pp. 130.