Pengasapan

penggunaan asap dalam pengawetan atau penambahan perisa makanan
(Dilencongkan daripada Penyalaian)

Pengasapan (Jawi: ڤڠاسڤن) atau penyalaian (Jawi: ڤڽالاين) ialah proses memasak, memberi rasa atau mengawet makanan dengan mendedahkannya pada asap daripada bahan yang terbakar atau membara, lazimnya kayu. Daging dan ikan ialah makanan yang paling selalu disalai, namun keju, sayur, dan ramuan untuk membuat minuman seperti bir asap,[1] dan teh lapsang souchong juga diasap.

Sandwic daging salai
Salmon asap

Dari segi sejarah, ladang-ladang di dunia barat memiliki rumah asap, di mana daging boleh disalai dan disimpan. Umumnya rumah asap ini terletak agak jauh daripada bangunan lain di ladang disebabkan bahaya kebakaran dan asap itu sendiri.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ McGee m/s. 767: "Malt whiskies from Scotland's west coast have a unique, smoky flavor that comes from the use of peat fire for drying the malt."