Penternakan burung walit

Penternakan burung walit untuk mendapatkan sarangnya merupakan satu industri yang semakin penting. Dengan harga mencecah RM4,000 sekilogram, industri ini menjana pendapatan RM1.5 bilion setahun di Malaysia. Sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi di China di mana sup sarang burung itu dilihat menjadi pengukur kepada status seseorang individu.[1] Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan sebulan.[2]

Penternakan burung Layang-layang Gua atau burung walit ini dapat dilakukan kerana burung ini mudah berhijrah ke kawasan-kawasan bandar mendiami bangunan-bangunan batu lama yang menyerupai gua batu tempat habitat asalnya. Oleh itu penternak burung akan membuat bangunan batu yang mempunyai ciri persamaan gua batu atau mengubahsuai bangunan lama menjadi kawasan sarang burung ini.

Garis panduan

sunting

Dahulunya cuma membuat sarang di gua-gua, kini terdapat 50,000 premis burung walit di rumah-rumah kedai di kawasan bandar di seluruh negara, menimbulkan bantahan penduduk setempat berhubung masalah bau, bunyi dan penyakit. Burung Layang-layang Gua ini terbang dalam jumlah yang banyak dan najis burung mengotorkan kereta, halaman rumah, kain di penyidai dan sebagainya.

Berikutan itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selaku agensi peneraju bagi pembangunan industri burung walit akan mengeluarkan garis panduan membabitkan aspek perlesenan, persampelan, pengeluaran dan pengeksportan sarang burung.

Garis Panduan Industri Burung Walit (1GP) ini melibatkan 4 kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan.

Setakat ini undang-undang sedia ada di Sarawak melarang premis burung dibina di kawasan bandar. Pulau Pinang dan Melaka melarang pembinaan rumah burung di kawasan warisan Pulau Pinang.[1]

Rujukan

sunting